New Hari Raya Fashion Design Launch ~ Orked by Jovian Mandagie Pre-Order at Tesco Apparel and 20 Tesco Stores Malaysia
Pertengahan bulan Mei lalu, design baju raya 2013 koleksi Orked by Jovian Mandagie telah selamat dilancarkan. Ia bakal menemui peminat setia dan fashionista muslimah di 20 rangkaian Tesco di seluruh Malaysia pada bulan Jun nanti.
Pre-order telah pun di buka di http://www.tesco.com.my/orkedbyjm/ bagi peminat fesyen untuk mebuat tempahan on-line koleksi baju raya design terbaru Jovian Mandagie (JM). Sebagai penghargaan, kolaborasi JM dan Tesco juga akan menghadiahkan sehelai skaf bernilai RM49 secara percuma kepada pelanggan yang membuat tempahan / pre-order.
Jadi apa lagi untuk ditunggu?
Disini kami tampilkan keseluruhan 24 desain koleksi Orked baju raya terbaru dari Jovian Mandagie untuk Aidilfitri 2013 yang boleh diperoleh dari 20 Tesco Stores dan pre-order di Tesco Apparel Harga ditawarkan adalah mampu milik diantara RM180 sehingga RM 300 bagi sepasang rekaan baju kutrung moden ataupun kebaya pendek moden nukilan rekaan Jovian Mandagie (JM).
My Personal Favorite - Got This One For You Know Who? |
Ternyata Tesco telah banyak membantu usahawan dan entrepreneur muda dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan kerjasama dan kolaborasi strategik sebegini.
Pada Hari Raya Aidilfitri terdahulu, Rizalman Ibrahim, designer tersohor negara, telah pun melancarkan koleksi 20 at Tesco untuk koleksi design baju raya beliau. Kini beliau melancarkan koleksi terbaru design baju raya di Zalora pula, gedung fesyen wanita on-line terkemuka negara.
Diharap juga design baju raya Jovian Mandagie (JM) ini bakal memberikan inspirasi kepada anda untuk bergaya pada Hari Raya tahun ini.
Kini, semua orang boleh memiliki design baju raya rekaan designers terkemuka negara dan sentuhan usahawan / entrepreneur paling berjaya di dalam industri fesyen tempatan dan juga antarabangsa.
Image Courtesy: www.tesco.com.my
Designer: Jovian Mandagie
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.