Design Baju Raya Rizalman for Zalora - Empayar Fesyen Muslimah Urban

@ written .Friday, May 17, 2013   

Design Baju Raya Rizalman for Zalora - Empayar Fesyen Muslimah Urban
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Penghujung April 2013, pereka fesyen tersohor negara, Rizalman telah selamat melancarkan koleksi terbaru design baju raya Aidilfitri bagi tahun ini. Kini  koleksi baju raya beliau telah pun tersergam indah di galeri pakaian wanita on-line terkemuka negara - Zalora.Com.My

koleksi design baju raya Rizalman for Zalora

Image by Rizalman @ http://zalora.com.my


Kolaborasi sebegini nampaknya menjadi trend diantara pereka fesyen tekemuka negara, sejak dahulu lagi, termasuklah, kolaborasi designer Jovian Mandagie (JM) yang juga perkenalkan koleksi design baju raya beliau di Zalora pada Aidilfitri yang lalu.

Nampaknya, koleksi baju raya kali ini oleh Rizalman menyajikan rekaan kurung moden dengan penggunaan perincian / corak geomerik, sesuai untuk muslimah urban, moden dan trendy. Di samping itu, pendekatan yang sama juga diterapkan pada koleksi kaftan beliau untuk edisi kali ini.

Harga ditawarkan di Zalora.Com.My bermula dari RM380 sehingga RM480 untuk koleksi baju raya Rizalman 2013 dan nampaknya ia khusus untuk golongan wanita muslimah bekerjaya dan urban serta berpendapatan sederhana keatas.

Berbandng dengan koleksi Aidilfitri Rizalman pada tahun yang lalu, dimana koleksi baju raya beliau diedarkan pada kadar harga mampu milik di beberapa rangkaian Tesco di seluruh Malaysia.

Berikut adalah beberapa koleksi penuh design baju raya koleksi Rizalman di Zalora.Com.My, jika berminat boleh ke Zalora untuk tempahan on-line. Kepada designers / pencinta fesyen / muslimah, semoga rekaan Rizalman+Zalora dapat memberikan ilham untuk gaya trendy anda di musim perayaan ini.

design baju raya rizalman for zalora

koleksi design baju raya rizalman di zalora

design baju raya rekaan rizalman di zalora







Mungkinkah Rizalman+Zalora bakal menurunkan harga koleksi design baju raya kali ini? Ataupun Rizalman bakal menyediakan "boxing day" seperti yang telah berjaya dilaksanakan Jovian pada Aidiladha yang lalu? Kita tunggu dan lihat perkembangan koleksi beliau nanti, sudah pasti...

Catatan Pengaran : Ini merupakan antara contoh terbaik "a small business that thinks big, looks big and goes big! Syabas!"

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.