Pengiun 2.0 - Update Terbaru SEO Carian Google dan Video Halatuju

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!

Jarang sekali ketua spam carian Google, saudara Matt Cutts mendedahkan sebuah video berkenaan hala tuju kemaskini update sistem carian terbaru dari Google, Penguin 4 (juga dikenali Penguin 2.0) khususnya kepada peneraju industri SEO.

Persoalan utama ditujukan kepada Matt Cutts adalah berkenaan;
Apakah harus pengguna dan pengiat SEO tempuhi setalah kemaskini terbaru dari Google tersebut?

Jawapannya, beliau telah mengutarakan 10 aspek utama kemaskini penambah-baikan, termasuk berkenaan  hasil keputusan enjin carian di Google sendiri, memberikan kelebihan kepada laman yang lebih baik dan seterusnya mengetepikan semua spammers dan "black hats" di hasil carian Google.

penguin updates by google search engine

Kemaskini Penguin (Penguin Updates)


Di dalam beberapa minggu lagi, kemaskini terbaru Penguin 4 (aka Penguin 2.0) bakal dilancarkan dan ia adalah kemaskini hasil carian paling terperinci dan bakal memberi kesan jauh lebih mendalam dari kemaskini-kemaskini terdahulu. Maka anda akan menerima banyak luahan rasa pengiat SEO di masa-masa akan datang.


Pengiklanan (Advertorials)


Pada awal tahun ini, Google telah "menahan" beberapa laman yang menyalahguna pengiklanan (advertorial) yang berupa link ke profil yang tidak pernah wujud. Oleh itu pihak Google akan lebih menekankan aspek penggunaan pautan profil yang palsu yang sememangnya melanggar webmaster guidelines.


Spammy Queries


Query yang dikatakan spammy seperti  [pay day loans] ataupun perkataan berunsur lucah serta porno bakal tidak ditekankan oleh Google untuk kemaskini update Penguin ini.


Going Upstream


Nampaknya pihak Google akan terus menekan spammers dengan melihat lebih teliti "value" pautan mereka dan seterusnya memperoleh sumber pautan tersebut. Maka nampaknya Google akan terus memberi impak kepada pihak yang menyediakan link "network" seperti yang telah dilakukan oleh Google terdahulu.


Analisa Pautan Lebih Canggih (Sophisticated Link Analysis)


Ketua Carian Spam Google, saudara Matt Cutts, telah berjanji bahawa mereka akan menyediakan analisa pautan yang lebih canggih dan sofistikated. Ketika ini, Google dalam peringkat awal membangunkan sistem analisa pautan tersebut, tetapi apabila diperkenalkan, pihak mereka akan lebih mengenali berkenaan sesebuah npautan.


Penambah-baikan Terhadap Laman DI Godam (Improvements On Hacked Sites)


Google banyak membantu laman-laman yang telah digodam dengan melabel laman tersebut di enjin carian, memberikan amaran dan sebagainya. Dijangka, Google bakal memeperkenalkan featur baru kepada webmaster untuk memudahkan penemuan laman-laman yang telah digodam tersbut.


Authority Boost


Google berharap memberikan lebih authority kepada laman mengikut industri masing-masing. Oleh itu, jika laman anda adalah berkenaan pakaian dan industri tekstil, Google bakal memeberikan authority / kelebihan kepada laman anda berdasarkan frasa kata carian yang berkaitan.


Simpati si Panda (Panda Sympathy)


Walaupun banyak laman telah menerima kesan dari kemaskini Panda update terdahulu, tetapi kebanyakan laman tersebut berada di tahap "border-line". Ini bermaksud, pihak Google akan menilai laman tersebut mengikut metrik-metrik lain yang bersesuaian.


Domain Clusters In SERPs


Jumlah hasil carian yang berkait dengan nama domain bakal berkurangan selepas kemaskini Penguin 2.0 ini. Google berharap hasil carian di laman utama akan lebih diverse. Google sentiasa  memantau penggunaan hasil carian dengan penggunaan nama domain dan memastikan hanya satu carian sahaja terhasil di first page.


Meningkatkan Komunikasi dengan Webmaster


Seperti terdahulu, Google akan menambahbaik hubungan mereka dengan pengguna khususnya webmaster. Di masa akan datang, webmaster bakal menerima banyak lagi notifikasi dari Google Webmaster Tools.


Pada penghujung video ini, saudara Matt Cutts telah menerangkan tujuan penambah-baikan Pengguin terbaru telah bakal dijalankan dalam beberapa minggu lagi. Secara keseleruhan, nampaknya, Google memberikan kelegaan / berita baik kepada peniaga internet kecil (small business owners) dengan memberikan lebih ruang kepada mereka jika menggunakan SEO mengikut landasan sebenarnya.

Berikut adalah video yang telah dipratontonkan oleh saudara Matt Cuuts, ketua carian spam Google berkenaan isu kemaskini Penguin 2.0 dan kesannya kepada pengguna / penggiat SEO terbaru


Anda juga boleh membaca kronologi dan evolusi update dan kemaskini Google di sistem carian mereka dan kesannya kepada pengguna / penggiat SEO di artikel kami disini.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!