Perniagaan On-Line - Realiti Trend Kelemahan Laman Kedai Masa Kini

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!
Sebelum ini kami ada berkongsikan 9 kelemahan dalam memajukan perniagaan on-line, tidak beberapa lama dahulu. Bagi menambah nilai informasi tersebut, kali ini kita mendalami salah satu sub-topik kelemahan tersebut, serta tindakan wajar yang harus dilaksanakan.

Jika anda terlepas 9 masalah/kelemahan dikesan bagi pemilik laman perniagaan on-line, anda boleh rujuk semula disini.  Kali ini kita mendalami sub-topik tidak mengoptimakan muka halaman hadapan laman kedai on-line anda.

Kelemahan Muka Halaman Utama Kedai On-Line Anda serta Pendekatan Wajar


Paparan Yang Lambat (Slow Loading)

Rata-ratanya kebanyakan kedai on-line, blogshop, mini-shop, laman e-dagang dan sebagainya mengalami kesan sebegini. Trend pengguna kini adalah untuk mencari maklumat dengan cepat, dan bagi perniagaan on-line (menjual/memberi perkhidmatan) anda juga harus sealiran dengan kepesatan tersebut.

maju perniagaan on-line blogshop dan kelemahan


Pastikan muka laman hadapan anda dapat dipaparkan dengan cepat kepada pelawat. Kurang kan imej berskala besar mahupun mempunyai saiz fail yang besar. Faktor imej memang menjadi masalah utama melembabkan paparan laman anda tetapi dengan berbagai tweaks masa kini, ia boleh diatasi seperti:-

  • Menggunakan 2 imej berlainan saiz - 1 untuk paparan thumbnail dan 1 paparan besar beresolusi tinggi. Apabila pengguna klik imej trsbut imej besar akan dipaparkan kelak.
  • Compress imej - mengecilkan sesebuah imej menggunakan aplikasi atas talian atau PC sebelum dumuatnaik dan dipaparkan pada laman.
  • dan berbagai cara lagi...


Disamping itu, pilihan struktur dan desain rekaan laman anda juga memainkan faktor dengan talaan (setting) yang salah bakal mengndang ERROR. Ia juga boleh melembabkan paparan laman anda dan anda hendaklah sentiasa peka tentang perkembangan terkini.

Banyak lagi pendekatan teknikal perlu diuraikan, namun kali ini pendekatan secara umum di senaraikan bagi mencetuskan kemungkinan berlakunya masalah yang berlaku.

Jangan Guna Javascript Jika Tidak Diperlukan

Javascript merupakan sebuah penetapan bagi membantu laman kedai on-line anda supaya kelihatan lebih dinamik disertakan pula pelbagai fungsi penggunaan atas talian. Ia banyak digunakan bagi tugas pautan ikon social, search bar, slider anda, buttons, penyusunan imej-imej dan sebagianya.

Oleh itu kurangkan penggunaan javascript atau jika diperlukan, pastikan ia dipanggil (load)  di bahagian terakhir sekali (selalunya selepas elemen utama laman anda) supaya laman anda akan diapaparkan dengan cepat.  Gunakan skrip java yang di hoskan sendiri melalui CDN dan kurangkan link luaran secara terus.

Jika anda lebih bijak dan kreatif, anda aktifkan (load) javaskript tersebut mengikut laman yang memerlukan sahaja. Sebagai contoh, di laman utama saya tidak memerlukan ikon pautan share, memadai untuk laman produk saya. Maka saya paparkan pautan ke laman sosial sahaja.

Di laman sana pengguna boleh share maklumat laman saya. Jika saya mempunyai 5 ikon sosial javascript, kini saya telah kurangkan 5 panggilan/penggunaan java tersebut di laman muka hadapan lalu meringankan lagi bebanan laman dan mempercepatkan paparan.

Menyediakan Click To Action (CTA)

CTA merupakan method bagi mengalihkan/menumpukan pandangan pengguna/pelawat terhadap sesuatu subjek di sesebuah laman. Ia memberikan satu tindakan pantas supaya pelawat lebih teruja untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan subjek tersebut.

maju perniagaan kedai on-line blogshop tema percuma
Contoh Click To Action menjual produk

desain maju perniagaan kedai on-line blogshop tema
Contoh Click To Action perkhidmatan



Untuk kedai online (e-dagang mahupun menyediakan perkhidmatan) penggunaan method ini sangat penting bagi memastikan pelawat/pengguna akan lebih teruja terhadap produk dinyatakan. Oleh itu CTA ini anda boleh aplikasikan kepada produk terpilih melalui produk pilihan ataupun produk terbaru anda lancarkan Berikan sedikit desain dan kelihatan lebih dominan dari produk/perkhidmatan anda yang lain.

Ulasan Pengguna

Feedback atau ulasan pengguna penting bagi menyakinkan bakal pelawat/pembeli di kedai online anda. Ia menunjukkan kebolehcapaian kedai anda serta membezakan kedai anda dengan yang lain.


perniagaan kedai on-line blogshop dropship tema percuma
Contoh pandangan pengguna dengan pautan asal

Sediakan 2-3 kata-kata pengguna (dengan link terus ke punca feedback) dan juga sebuah arkib laman keseluruhan feedback pengguna-pengguna yang pernah menggunakan perkhidmatan kedai on-line anda. Disamping itu ia dapat menambah nilai perniagaan anda dan adalah sangat penting untuk anda sentiasa berinteraksi dengan pelanggan anda dan dapatkan pandangan mereka.

Telefon Alamat, Info Keterangan Perniagaan Anda

Ironinya bagi usahawan on-line di Malaysia (terutamanya blogshop), masih banyak laman kedai on-line tidak memaparkan ruang khusus untuk maklumat perniagaan seperti nombor telefon yang sah, alamat perniagaan lengkap, nombor telefaks dan sebagainya.

Jika ada pun anda sediakan satu laman lain yang memaksa pengguna mencari dengan lebih lanjut. Ini menyukarkan mereka dan bagi pengguna, jika tidak diperoleh, mereka akan beralih ke laman lain.

maju perniagaan kedai on-line blogshop e-dagang

Adalah lebih baik menyediakan ruang kenyataan tersebut disetiap laman kedai on-line anda supaya mmdah mereka untuk menghubungi. Ia juga baik untuk enjin carian! Ini kerana enjin carian akan memberikan pngkhususan terhadap carian penggunanya berdasarkan sesuatu kawasan dan kelebihan akan diberikan ke kedai on-line anda kelak.

Jika berkesempatan sediakan juga Live Chat Service atau direct e-mail service supaya anda akan sentiasa mengetahui perkembangan semasa kedai online anda dengan pengguna.

Navigasi Link Utama dan Sub Menu

Navigasi adalah menjadi nadi ke laman anda. Menu yang jelas serta disokong oleh sub menu (drop down atau berasingan pada sidebar) harus dutamakan.

e-dagang e-commerce blogshop kedai on-line perniagaan relevan
Contoh navigasi utama dan sub menu

Kedudukan yang jelas memudahkan pengguna melayari laman kedai on-line anda dan memastikan mereka tidak terlepas produk/perkhidmatan yang anda tawarkan. Kurangkan "bling-bling" dan sediakan desain yang lebih mudah dan mesra pandangan. Lokasi menu dan links anda hendaklah senang dicapai dan tidak terselindung.

Pastikan kategori dan label produk/perkhidmatan anda adalah betul dan pautan tidak putus. Gunakan kreativiti anda untuk memberikan lebih inspirasi kepada pengguna anda untuk terus melayari laman kedai on-line anda.

Keperluan Memantapkan Laman Utama Perniagaan On-Line Anda


Ingat LESS IS ACTUALLY MORE, KEEP IT SIMPLE & UNIQUE! Terlalu banyak sangat produk/konten/perkidmatan dalam sesebuah laman bakal mengelirukan. Gunakan pendekatan dan kajian dengan perkembangan pengguna semasa kerana ia mudah diperoleh.

Kenapa? Sebab kebanyakan laman e-dagang (dalam dan luar negara) telah pun mengkaji aliran pengguna/pembeli mereka. Ambil laman-laman tersebut sebagai contoh untuk memudahkan aplikasi di laman kedai on-line anda mengikut kesesuaian semasa dan aliran bakal pelanggan anda kelak.

Akhir sekali, dalam apa jua langkah untuk menstruktur semula laman perniagaan anda, letakkan diri anda sebagai pengguna terdahulu bagi memudahkan penyusunan di laman kedai on-line anda kelak. Ia supaya laman anda tidak kelihatan seolah "syok sendiri" serta tidak berbentuk seperti "kedai peribadi"!.

Dapatkan juga pandangan dan informasi dari pembina-pembina lama, khusus untuk perniagaan on-line yang adakalanya boleh membantu dengan ide-ide yang lebih relevan. Jangan mudah putus asa, kerana menubuhkan perniagaan adalah mudah naumn untuk melaksanakan dan menjalankannya adalah paling sukar, kerana kamajuan dan pembaharuan evolusi pengguna internet masa kini.

Kata akhir, sentiasa kemaskini diri dan laman perniagaan anda dengan perkembangan dan trend on-line semasa. ~Imej ikhsan Google.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!