MyBlogShop Pro for Him/Her- Tema Kedai Online Blogger Percuma

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Update April 2013 - My Blogshop Pro v 1.1

Kini tema Blogger Store My BlogShop Pro (Him and Her) ditingkat taraf. Pembaikan dan penambahan themes percuma Blogger ini merangkumi:-

  • Kemaskini kod sedia ada. 
  • Menambah "related product" pada post pages. 
  • Kemaskini kod dan CSS background image (My Blogshop Pro for Him) 
  • Mengeluarkan link atom pada semua pages. 
  • Demo pages background image tersedia. 

Muaturun file tersedia seperti diruangan dibawah. Harap Maklum

Artikel Asal

Seperti dinantikan MyBlogShop Pro kini boleh dimuaturun (download) secara percuma. Kini lebih mudah, rekabentuk trendy, dan blog shop anda tidak akan kelihatan seperti blog lagi!.

Asas struktur dan tema Shopping Cart oleh bloggermmint.com - designer Franklin Emmanuel, dan dikuasakan oleh simple cart oleh simplecart.js, kini anda boleh membangunkan kedai blog online dengan lebih bersistem dan kelihatan lebih kompetitif

MyBlogShop for Her v1.0 (klik untuk imej zoom)

Download Sini!           Demo Blogshop
Fail Update Tema Terbaru v1.1 - April 2013

MyBlogShop for Him v1.0 (klik untuk imej zoom)



Terdapat dalam 2 versi MyBlogShop Pro for Her dan MyBlogShop Pro for Him, mengadunkan 2 kombinasi warna berbeza. Antara ciri-ciri kelebihan MyBlogShop Pro ini adalah:-

  1. Antara tema blogshop dengan loading laju dari blogshop sedia-ada dipasaran. (lihat keputusan test dan demo di link disediakan dibawah)
  2. Integrasi slider dengan caption serta upload imej pilihan.
  3. Desain dan pendekatan rekabentuk yang lebih serius dan trendy sesuai sebagai blog shop atau e-commerce.
  4. Mesra enjin carian dengan konfigurasi tags meta, deskripsi, page name dan page title.
  5. Link Google+ author disediakan. 
  6. Permukaan blog page lebih lebar dan luas. (1000px lebar)
  7. Integrasi checkout ke laman blog checkout sendiri.
  8. Navigasi menu menggunakan widget asal blogger (Link List widget)
  9. Ruang imej thumbnail Homepage lebih lebar.
  10. Penggunaan google fonts yang trendy.
  11. Integrasi breadcrumbs mengikut kategori/Label produk.di-integrasikan
  12. Ruang sidebar lebih luas.dan 3 kolum footer.
  13. Penggunaan warna gradient dan efek hover untuk navigasi dan button.
  14. Integrasi search bar carian produk dalaman dengan rekabentuk Google Search.
  15. Memaparkan nilai RM pada shopping cart
  16. Ruang widget Nuffnang atau ads banner menggunakan widget.
  17. Integrasi kod Nuffnang atau ads untuk ruang Home page.
  18.  Fungsi threaded comments diaktifkan dengan penanda komen author.
  19. Terbaru! Integrasi imej background penuh skrin dan responsive.

Featur Teknikal/Tambahan MyBlogShop Pro


  1. YSlow score A (97) tanpa slider (browser plug-in Chrome)
  2. YSlow score A (91) dengan slider, widget integrasi, ads nuffnang (2 buah), imej background dabnya.  (browser plug-in Chrome)
  3. Load time blogshop kurang 5 saat (4.9s tested) bagi Homepage dengan imej thumbnail (keputusan semakan Webpagetest.org disini
  4. Load time blog page kurang 4.2 saat (4.1s tested) bagi post page (produk) (keputusan semakan Webpagetest.org disini
  5. Pagespeed score 82 kerana faktor-faktor ketidak-upayaan sistem Blogger kepada pemilik (tweaks).
  6. Slider menggunakan Jquery sepenuhnya. (tidak menggunakan js external)
  7. Mesra enjin carian - Tags meta, title, page name 
  8. Navigasi mesra pengguna, mudah selenggara dan mudah update (melalui posting)
  9. Milik sendiri melalui akaun blogger yang telah atau baru diaktifkan.
  10. Kepelbagaian untuk produk jualan.
  11. Desain dan featur e-commerce - Membezakan blogshop anda dengan blogshop sedia ada yang "kelihatan se-olah tidak serius"
  12. Keupayaan untuk capaian ke laman sosial dengan integrasi Blogger..
  13. Kod-kod telah disemak, mesra penyusunan, dilengkapi dengan penanda-penanda custom mengikut keperluan ubahsuai.


Bagaimana untuk mendapatkan MyBlogShop Pro?


Untuk memuaturun My BlogShop Pro for Her boleh kilik disini:-

Fail Update Tema Terbaru v1.1 - April 2013

Untuk memuaturun My BlogShop Pro for Him boleh download disini

Fail Update Tema Terbaru v1.1 - April 2013

Saiz fail adalah < 85KB dan muaturun dikuasakan oleh Mediafire bagi memastikan muaturun anda adalah bebas serangan virus dan infeksi trojan yang tidak diingini.

Kaedah Muaturun


  1. Klik pada pautan muaturun disediakan
  2. Di MediaFire > klik butang DOWNLOAD > Save ke PC anda
  3. Cari fail download sebentar tadi > Klik fail dan ekstrak guna WinZIP atau Win RAR (Windows)
  4. Pada Dashboard Blogger > pergi ke Template > Restore /BackUp
  5. Cari fail yang anda ekstrak tadi dan mulakan muat-naik (Langkah No. 3).
  6. Untuk integrasi tambahan seperti slider, searchbar dan lain-lain, sila pergi ke laman tutorial tema My BlogShop ini.


Tutorial penuh pemasangan dan integrasi MyBlogShop Pro, anda boleh peroleh di laman pemasangan tema blogshop pro ini. Di laman ini disediakan segala maklumat lengkap bagi memudahkan pemasangan tema blog shop anda.




Tema ini menggunakan checkout ke laman blog page anda sendiri. Anda juga boleh menggunakan integrasi borang on-line (form) untuk melengkapkan integrasi e-commerce BlogShop anda. Contoh tutorial menggunakan perkhidmatan borang atas talian adalah di sini.

Demo, Pemasangan dan Sumbangan Tema MyBlogShop Pro


Demo penggunaan borang checkout anda boleh lihat di laman ini. Jika anda mempunyai masalah atau partanyaan sila hubungi kami di pautan Contact Us atau pun pautan Hubungi Kami di atas.

Anda juga boleh memasang menu navigasi drop down bagi memudahkan navigasi di BlogShop anda dan contoh menu drop down anda boleh lihat di blogshop contoh ini. Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut.

Apa kata dan pandangan mereka tentang MyBlogShop dan Shopping Cart.

Terima kasih kerana sokongan dan dorongan membina to these people  +tomato gurl a.k.a cik tom +Jebeng Otai  +Akma Omar dan semua sahabat-sahabat.
... Saya ada set untuk satu blog perniagaan tetapi sistem pembayaran pay pal menghalang untuk saya kekal dengan thema berkenaan. Apa pun theme ini dengan sistem pembayaran memang sudah cukup mantap. - +AkuBiomed
...salam. bagus lah ada e-commerce template untuk blogspot. dibangunkan oleh anak malaysia pulak tu. tahniah dan hebat. siap boleh letak iklan nuffnang, macam template blogspot yang lain, yang boleh letak google adsense - WanDisini
mmg bgus..bru la guna 100% potensi blogspot.. :) -  jebengotai.com
Pado yang ado plan nak ceburi bisnes online tue memang elok sangatlah cuba. Usoho tue yang ponting. - +Kamal Mustafa 
tutorial yang lengkap. memang bagus. rasa nak bukak kedai online dgn blogspot pulak :) - http://blog.amirez.com/
Memang terbaekkkk tutorial nih. Tak pernah aku jumpa tutorial shopping cart blogger template selengkap nih. thanks share - http://sobrimansor.com/

Dan banyak lagi disini Feedbacks for irsah.com

Selamat Mencuba dan selamat berniaga!
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!