Berbaloi Berniaga Dengan Blog? Realiti Niaga BlogShop 3 Hari

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Soalan cepumas: berbaloi ke berniaga on-line menggunakan blog tertamanya platform percuma mahupun melalui e-commerce website. Jawapan kami mudah sahaja. YA! Kenapa?. Kali ini kita bentangkan kajian kes blogshop baru di muat-naik/diaktifkan dan beroperasi serta melihat hasil (result) pencapaian blog shop tersebut serta pendekatan pemiliknya (blogger).

Ini merupakan pendedahan yang jarang sekali bloggers kita dedahkan memandangkan ia agak sensitif lebih-lebih lagi isu hal ehwal pendedahan terbuka maklumat peribadi. Namun begitu kami mengambil beberapa langkah perlu bagi membantu menyokong kenyataan kami tadi.

Secara amnya, blogshop tersebut telah dinaik taraf dengan menggunakan tema integrasi terbaru blogshop dengan pelbagai lagi intipati dalaman. Ia bertujuan untuk memperoleh keputusan penggunaan ang optimum bagi pemilik dan juga bakal pelawat. Sentuhan (tweaks) blogshop tersebut, kebanyakkannya dari segi off-page (teknikaliti), bagi memastikan keupayaan memberangsangkan di enjin carian, walaupun blog shop tersebut belum sempat di indeks mahupun berdaftar dengan mana-mana tools enjin carian.

Berikut adalah beberapa kajian kes yang boleh diambil pendekatan:-

Penjanaan Trafik  Luar Jangka



Skrin shot diatas menunjukkan bahawa blogshop tersebut memang baru diaktifkan oleh pemilik blog.  Dengan pemantauan pengurusan strategik, menggunakan kuasa enjin carian, SEO dan SEM dengan mudah menjana 2,000 hingga 3,000 pelawat dalam masa kurang 3 hari dari tarikh blogshop tersebut mula beroperasi

Anda boleh melihat rekod (bertanda kotak merah) penambahan mendadak jumlah pelawat yang telah melawat blogshop tersebut mengikut tarikh pada geraf.

Anda juga boleh melihat link referer dibawah geraf tersebut menunjukkan enjin carian mendahului carta kedatangan pelawat. Anda boleh klik imej untuk dibesarkan (zoom)

Mungkn anda berkata, mungkin pemilik mempunyai lebih 5000 pengikut di laman sosial seperti Facebook Twitter, LinkedIn, Google Plus atau gabungan kesemuanya? Tanggapan anda mungkin salah, kerana agak sukar  untuk memperoleh trafik sebegini mendadak dari laman sosial, lagipun sudah terang lagi bersuluh, top referer blogshop tersebut adalah dari enjin carian (rujuk link referer pada geraf).

Oleh itu, talaan (tweaks) yang betul dibantu dengan integrasi dalaman, strategi pemasaran (SEM) disokong dengan talaan SEO, yang sah penggunaannya, dapat melonjakkan pelawat blogshop anda ke satu tahap luar jangka. Jika diikutkan, memang tiada satu pun komen atau keperluan blog walking (seperti diwar-warkan, blogshop ini mudah sahaja menjana trafik tersebut.

Analisa Jualan dan Feedback Pelanggan


Berikut adalah beberapa skrin shot notifikasi e-mail dari borang pesanan produk untuk blog shop tersebut. Kami terpaksa menutup ruang perincian peribadi pelanggan kerana terikat dengan rahsia maklumat pendedahan maklumat.

Skrin Shot Pesanan Pelanggan dari BlogShop





Ini adalah beberapa skrin shot diambil dari sistem e-mail blog shop tersebut secara random. Terima kasih kepada Jotform.Me, segala notifikasi dan penghantaran notifikasi balasan dijana secara automatik dan pemilik blogshop tidak perlu untuk membalas e-mail.

Anda boleh klik dan besarkan imej dan lihat tarikh (kotak berwarna merah) yang diambil selang beberapa hari selaras dengan peningkatan mendadak pada trafik blog shop tersebut.  Memang banyak lagi pesanan dan juga pertanyaan telah dihantar dan dalam masa kurang dari 3 hari (pada tarikh post ini di publish) blog shop tersebut berjaya mendapat tempahan, membuat jualan dan sudah mula berinteraksi dengan bakal-bakal pelanggan.

Banyak faktor telah memainkan peranan dalam merealisasikan keputusan sebegini, dan kini ia tidak mustahil! Walaupun talaan (tweaks) blogshop tersebut adalah pada kadar minmum, namun terbukti jawapannya YA, menjalankan perniagaan on-line menggunakan blog adalah berbaloi, lebih-lebih lagi dengan berbagai sokongan seperti  pembangunan perkhidmatan kedai on-line blogger ini.

Kesimpulannya,dengan membina trafik, wujudnya strategi pemasaran on-line yang betul, produk yang berkualiti serta kaedah mempersembahkan produk tersebut dengan lebih relevan serta integrasi keperluan perkhidmatan yang mesra  pelanggan, telah memainkan peranan utama.

Nantikan seterusnya, beberapa langkah mudah serta perincian skop pernyataan diatas, hasil dari pendekatan blogshop kajian kes ini. Ia bagi membantu anda memulakan perniagaan on-line anda kelak. Di harap perkongsian positif sebegini dapat memberikan satu pandangan yang lebih luas, serta perdekatan perniagaan on-line yang lebih relevan serta strategik dan seterusnya memperoleh keputusan yang didamkan.

Berjumpa disiri akan datang.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!