Order/Checkout Form ShoppingCart-My Themes Blogger Percuma

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Update Mac 2013 - Kini tema MyBlogShop Pro boleh di download/muat-turun percuma. Tutorial dan tips pemasangan disediakan

Update Feb 2013 - Upgrade terkini tema blogshop boleh diperoleh tidak lama lagi. Lebih mesra pemasangan kerana kemaskini perubahan sistem dashboard, template dan layout blogger. 
Jika mempunyai masalah sila hantar PM ke kami ataupun rujuk ruang komen untuk langkah2 tambahan. Selamat mencuba. 

Oleh kerana ramai telah bertanya dari sahabat blogger yang telah memasang template kedai on-line ShoppingCart-My/blog shop percuma, berikut adalah tutorial dan langkah untuk meletakkan/memasang custom checkout/order form untuk laman checkout custom kedai on line anda supaya kelihatan profesional, kemas serta teratur.
tutorial pasang order form laman checkout custom shopping cart themes

Pada dasarnya tutorial ini diletakkan di dalam que posting akan datang, namun atas permintaan, kami dahulukan posting ini untuk rujukan semua.

Untuk peringkat ini, agak mudah kerana checkout/order form untuk laman blogshop anda dijanakan oleh Jotform.me, sebuah aplikasi percuma untuk membuat form/borang on line. Di laman ini, ia mempunyai berbagai rekabentuk serta mudah untuk custom-kan form checkout/order anda supaya kelihatan seiringan/selaras dengan rekabentuk template anda kelak.

Berikut adalah tutorial dan langkah untuk memasang order form/checkout form/contact form, laman custom checkout/order blogshop anda untuk template percuma kedai online tersebut;

Membuat Checkout Form Percuma Dengan JotForm.Me


1. Daftar secara percuma dengan laman Jotform.me disini dan masukkan semua perincian diperlukan. Selalunya e-mail anda terkini, nama user pilihan anda dan ada ketika memerlukan verifikasi anda melalui e-mel semula.

tema blogger kedai online percuma - cara pasang order form percuma

2. Klik Done > dan anda akan dibawa ke laman user Jotform anda seperti dibawah.

3. Jika ingin mudah, anda bolehlah menekan pada tabs Form Templates dan pilihlah antara beratus template form sedia ada. Pilihlah from bersesuaian dengan template blogshop anda serta tugasan form yang diperlukan.

shopping cart - themes kedai online blogger


4. Jika anda ingin membuat form tersendiri anda pergi ke > New Fom dan seterusnya dihala laman pembikinan template form anda.

5. Sebelah kiri merupakan pautan untuk memasang keperluan untuk form anda sebagai contoh; ruang untuk nama, alamat, alamat e-mel dan sebagainya serta mudah edit untuk meng-custom-kannya. Anda boleh lihat  contoh paparan seperti dibawah bagi menunjukkan kaedah pautan digunakan.

Bina kedai online guna blogspot - tema percuma dan mudah jual

6. Setelah selesai > pergi ke tabs > E-Mail Alerts > Notification > Masukkan Email Anda > Finish - set kan form anda ke alamat e-mail dikehendaki. Penting kerana setiap pengisian form tersebut akan dihantar ke e-mail ini. Selalunya alamat e-mel bagi kedai on line anda.

7. Untuk Notifikasi kepada pelanggan pula, anda pergi ke tabs > E-Mail Alerts > Pilih/buat Auto Responder > klik Finish - disini juga anda boleh customkan pesanan setelah kustemer anda submit form tersebut.

Menjual tudung dengan kedai online blogspot - senang dan murah

8. Klik save dan kerja custom form seterusnya boleh dilakukan, tetapi disini kami tidak akan menerangkan secara terperinci. Anda boleh mencuba apabila diperlukan kelak.

menjual design baju dengan kedai online percuma - tema shopping cart my

9. Pergi ke tabs > Embed Form > pop up akan keluar > pilih Embed > dapatkan kod Javascript, copy kod tersebut dan simpan di perisian msword/notepad di komputer anda untuk rujukan kelak. Contoh kod dijanakan adalah seperti berikut;

<script type="text/javascript"
src="http://form.jotform.me/jsform/22740982171454"></script>
- dimana nombor adalah rujukan form dengan akaun anda 

10. Selesai anda boleh log out dan keluar dari laman.

Memasang Checkout/Order Form Custom di Template Kedai On Line Anda


1. Anda boleh pergi ke blogger.com dan pilih blog kedai on line anda.

2. Jika anda belum membuat laman cutom checkout, anda boleh melihat tutorial membuat laman checkout/order custom ini terdahulu sebelum memulakan langkah embed form custom seterusnya.

3. Anda pergi ke > Pages > Pilih page anda telah bina sebelumnya yang dikhaskan untuk laman custom checkout/order anda.

4. Buka Page tersebut dan klik butang HTML (atas kiri) > ambil kod dijanakan Jotform.me tadi > paste di ruang posting anda.

5. Selesai, anda boleh klik > Compose > dan lihat kod javascript tersebut menjana checkout/order form yang anda bina tadi. Selalunya tidak dipaparkan kerana anda berada pada edit mode. Penting disini supaya jangan menambah sebarang tulisan atau kod di laman posting (mod Compose) kerana ia boleh mengganggu skrip form custom anda.

6. Jika berpuas hati anda boleh klik Save > Publish > dan seterusnya klik Save Arrangements (penjuru atas kanan)

Contoh embed Jotform.Me laman checkout/order form custom anda boleh lihat disini.

Tips - Sila masukkan/buat kod barangan anda jual disamping keterangan ringkas sebagai tajuk bagi memudahkah rujukan pelanggan anda di paparan ruang Checkout anda nanti.

Anda boleh view page tersebut ataupun anda boleh uji dengan pergi ke laman utama anda. Klik barangan untuk dibeli dan kemudian klik Checkout dan anda akan terus menghala ke page custom checkout/order anda bina sebentar tadi.

Ada berbagai lagi laman pembina form yang berada dipasaran, samada percuma mahupun berbayar. Kaedahnya hampir sama, pentingnya ialah kod "embed" atau "source code" untuk dipindahkan ke laman custom checkout/order anda itu.

Bagi akaun percuma Jotform.Me, mereka menghadkan 200 pengunaan setiap bulan bagi form tersebut untuk akaun percuma anda. Sangat memadai untuk permulaan kedai online anda tersebut. 

Untuk menambah nilai penggunaan kadar guna checkout/order form tersebut, bayaran hanyalah USD 9/sebulan. Pada pendapat kami harga bersesuaian dengan sistem aplikasi diberikan, kerana form mereka kelihatan professional, mudah custom dan seterusnya SPAM FREE termasuk notifikasi penggunaan percuma kepada akaun e-mel anda daftarkan serta pengguna submit form tersebut juga turut menerima notifikasi secara automatik. Memudahkan kerja anda bukan?

Diharap dapat membantu para pembina kedai online blogshop menggunakan laman custom checkout/order form. Dengan adanya form custom checkout/order ini, dapat memudahkan pelanggan anda untuk membuat pesanan dan seterusnya memudahkan anda mengurus pesanan belian, walupun anda belum mendaftarkan akaun percuma dengan Paypal. Selamat Mencuba!
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!