Perkembangan Halatuju Terbaru Bantahan Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 - Komuniti Internet Menjadi Tanda Tanya
Updated 16/8/2012: Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan telah dibahaskan di Parlimen tetapi tidak menjalani undian. - Chua Soi Lek (MCA)
Perkembangan terkini protes Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, Datuk SaifuddinAbdullah pula berkata, pihak kerajaan perlu menimbangkan semua pihak berkepentingan dalam perbincangan yang bakal diadakan. Beliau mengalukan pendirian dan pandangan DS Najib PM 1 Malaysia berkenaan protes dan bantahan komuniti siber dan internet Malaysia.
Sumber myAsylum |
Beliau berkata, "Apabila membuat pindaan kali ini, kerajaan perlu mengadakan perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti (Pusat Bagi Kewartawanan Bebas) CIJ dan Majlis Peguam.” Menurut beliau lagi, "Mereka memberitahu saya yang mereka sedia berbincang demi kebaikan semua," Datuk SaifuddinAbdullah adalah anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Persoalannya, kenapa harus membuat pindaan tanpa merujuk kepada agensi berkaitan secara langsung atau tidak terlebih dahulu? Ditambah lagi, kenapa tidak memikirkan serta lebih peka terhadap pandangan dari memutuskan keputusan yang sudah pastinya menerima pendapat yang berbeza. Dan kenapa, baru (selepas mendapat bantahan dan wujudnya Kempen STOP 114A) barulah tersedar dari alunan mimpi? Bukankah pada dasarnya, sebagai kumpulan yang telah diberi kepercayaan oleh komuniti dan masyarakat, telah menyelami dan mengkaji akan tindak balas yang akan dan bakal berlaku, terutamanya terhadap warga komuniti internet dan masyarakat secara amnya?
Datuk SaifuddinAbdullah juga berkata bahawa, beliau sedia mengaturkan perundingan itu dengan pihak berkaitan berkenaan isu Kempen STOP 114 A dan protes ke atas Seksyen 114A Akta Keterangan yang dipinda April lalu dan dikuatkuasakan 1 Jun 2012. Menurut beliau lagi, malam tadi, Perdana Menteri berkata, beliau telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan, ekoran bantahan, kritikan dan protes pelbagai pihak – komunit internet, pemimpin Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) dan pertubuhan bukan kerajaan.
Mesej Twitter PM 1 Malaysia dari Makkah ketika itu boleh diperoleh disini: http://blog.irsah.com/2012/08/terbaru-pm-tweet-kempen-stop114a.html
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua April lalu, dipetik berkata, Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) berkata, “penggunaan Internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.” Katanya lagi, “pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.”
Persoalan terhadap kenyataan tersebut, tahukan mereka-mereka ini, sejak tahun 2000, syarikat gergasi dunia maya seperti Yahoo, Google dan sebagainya, yang telah memberikan perkhidmatan-perkhidmatan percuma seperti e-mail, menjalankan berbagai langkah penambah baikan untuk mengenal identiti pengguna masing-masing? Pernah terfikir untuk bekerjasama dengan pengendali-pengendali internet, peringkat nasional dan internasional untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia marhain dan kominiti internet berhemah?
Datuk Saifuddin juga berkata, "…penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung,".
Maksud kenyataan diatas, jika seorang pelanggan, menggunakan komputer untuk membuat penulisan berbaur hasutan di premis siber kafe, maka pemilik sebenar siber kafe tersebut akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 114A Akta Keterangan, jika pemilik siber kafe itu gagal mengenal pasti pelanggannya yang menggunakan komputer di premis itu untuk membuat penulisan hasutan tersebut? Betul ke?
Persolaan lain komuniti internet yang menyokong Kempen STOP 114A, kenapa tidak dibentangkan secara hebahan am melalui sistem media massa sedia ada berkenaan hala tuju pindaan yang telah dilakukan tanpa membahas? Dan kenapa tidak membuat perincian akan kesahihan dan keputusan pindaan tersebut kepada umum? Bukankah komuniti internet dan rakyat harus menjadi keutamaan kerana kumpulan ini yang terlibat secara langsung berkenaan isu ini?Tambahan kepada perincian pindaan seksyen tersebut, tujuan peruntukan adalah anggapan berasaskan 'owner-onus principle' adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Bagaimanapun, pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.
Berikut adalah penerangan Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 dimaksudkan:-
- Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.
- Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui Internet.
Maklumat lagi anda boleh peroleh disini: http://blog.irsah.com/2012/08/terbaru-pm-tweet-kempen-stop114a.html
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu lagi, …”kita memerlukan undang-undang untuk melindungi rakyat daripada kesalahan-kesalagan dalam Internet seperti jenayah dan terorisme. Tetapi ia tak boleh dalam bentuk Seksyen 114A yang terlalu luas yang memungkinkan ia disalah guna, menerbitkan budaya takut, menggugat transformasi politik dan mengganggu perniagaan internet," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Malah katanya, ia juga berlawanan dengan janji kerajaan satu masa lalu yang tidak akan mengadakan sekatan Internet.
Maknanya, kenapa sudah tahu akan berlawanan dengan janji yang harus ditepati kerajaan, namun tetap meluluskan pindaan terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1250? Adakah mereka menjalankan tanggungjawab mereka atau sekadar menurut kata semata-mata? Mana pendirian mereka?
Berdasarkan respons dari PM 1 Malaysia DS Najib melalui laman Twitternya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, “…Najib akhirnya mendengar kuasa solidariti komuniti atas talian di Malaysia. Hasil hari bersejarah 'Internet Blackout Day' - komuniti atas talian harus terlibat bersama dan disertakan dalam proses merangka undang-undang Internet," Menurut Naib Presiden PKR pula, Nurul Izzah Anwar pula berkata, “…kerajaan seharusnya telah membincangkan perkara tersebut sebelum kempen memprotes Seksyen 114A dimulakan.” - Info Komnuniti Semasa irsah indesign.
Sumber – Sinar Harian Online, Blog Irsah.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.