Terbaru! PM Tweet Kempen #STOP114A Komuniti Internet

@ written .Wednesday, August 15, 2012   

Terbaru! PM Tweet Kempen #STOP114A Komuniti Internet
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!

Perdana Menteri DS Najib Arah Kabinet Kaji Seksyen 114A - Komuniti Internet Didahulukan?


Baru-baru ini, perkembangan terbaru STOP114A, pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 telah diluluskan oleh anggota kabinet tanpa membahas. Ia mendapat kritikan dan bantahan kuat dari komuniti internet, bloggers, web developers, pengendali internet, laman sosial persendirian, Ahli Parlimen, anggota komponen Pakatan Rakyat dan semua warga pengguna internet di seluruh Malaysia. Kempen STOP114A telah secara rasminya dilancarkan dan dikaitkan pula hasil buah fikiran idea pihak pembakang, ahli komponen Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan. Perkembanagan terbaru dari laman Twitter oleh PM 1 Malaysia, DS Najib Tun Razak, telah mengatakan, "sebarang tindakan oleh kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan masyarakat dahulu kerana rakyat didahulukan."


Eyriqazz Vs Denaihati Komuniti internet bantah Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, kempen #STOP114A mendapat sokongan warga internet

Updated 16/8/2012: Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan telah dibahaskan di Parlimen tetapi tidak menjalani undian. - Chua Soi Lek (MCA)

Menurut orang Nombor 1 Malaysia itu, "…apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," yang dilaporkan melalui laman Twitter beliau dari Makkah. Ia Tweet beliau, khusus untuk reaksi terhadap Kempen STOP114A iaitu bantahan terhadap Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 tersebut. Menurut DS Najib lagi, anggota kabinet akan bersidang dan bermesyuarat esok (14/08/2012) yang akan dipengerusikan oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kempen #STOP114A – yang diterajui oleh komponen Parti Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian mereka berkenaan isu Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan tanpa sebarang perbahasan di dalam kabinet. Komponen Parti Pakatan Rakyat juga menggesa Seksyen 114A Akta ini dikaji sepenuhnya kerana pada ketika ini, kabinet telah meluluskan serta menguatkuasakan Akta ini sejak bulan Jun 2012 yang lalu tanpa sebarang bahas. – sumber Sinar Harian Online.

Menurut akhbar online tersebut lagi, pihak mereka telah menerima banyak bantahan, tentangan dan bantahan keras dari pelbagai sudut masyarakat, Komuniti internet, komponen-komponen Pakatan Rakyat termasuk juga dari ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri. Merujuk kepada asas pindaan tersebut, Sekyen 114A Akta Keterangan 1950 (Pindaan) yang terbaru, ia seolah meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Perkara pindaan ini juga didapati diperkatakan oleh Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin serta ia juga mendapat gesaan kajian semula oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Eyriqazz Vs Denaihati
Kempen protes batahan dan gesaan Akta 114A Seksyen Keterangan 1950 ini turut meminta orang ramai dan komuniti internet melahirkan ketidak-puas-hatian dengan menandatangani petisyen dan meletakkan banner di blog dan laman sosial mereka sebagai tanda sokongan. Laman sosial media seperti Blog, Wordpress dan Facebook juga dibuka bagi tujuan itu.

Ketika memberikan kenyataan balas oleh Khairy yang juga merupakan Ahli Parlimen, beliau telah  meminta perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan untuk menambah baik Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang telah berkuat kuasa dan dilaksanakan sejak 1 Jun lalu. Beliau turut berkata, "...akta ini dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web walaupun telah dipinda". Khairy juga berkata, peruntukan dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan tanggungjawab pihak yang mengendalikan laman web mahupun pengendali peyimpan hos laman dan senagkatan dengannya. Beliau juga telah menbangkitkan beban bukti kerajaan kepada peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan,

Fakta lain berkenaan isu Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 (Pindaan) yang diluluskan pada 1 Jun 2012 sepanjang minggu lalu ialah:-
  1. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah telah berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.- sumber Sinar Harian
  2. Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.
  3. Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen baru, 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.
  4. Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin berkata, "...Parlimen akan bersidang mulai 24 September hingga 27 November ini berkenaan isu tersebut." – sumber Sinar Harian Online.
Oleh itu masyarakat dan komuniti internet dan dunia maya Malaysia, memerlukan penjelasan yang konkrit berkenaan keputusan yang telah dibuat oleh anggota kabinet berkenaan isi Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang dilaksanakan sejak 1 Jun 1950. Di samping itu, pihak rakyat dan pengguna internet Malaysia, ingin juga mengetahui kenapa Pindaan Akta tersebut dilaksankan tanpa sebarang perbahasan dan kenapa ia telah telah diluluskan tanpa mendapat perhatian dari semua pihak yang berkaitan secara langsung mahupun tidak. Tambahan lagi, kemanakah hala tuju kali ini berkenaan isu Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang telahpun diluluskan itu, kerana ia tidak pun diperbesarkan melalui media massa awam seperti di Stesen Swasta No. 1 Malaysia serta stesen-stesen media cetak dan media massa awam? Kenapa tidak meyiarkan sebarang laporan media (melalui tv dan radio) secara terperinci berkenaan isu ini, seperti dilakukan terhadap isu-isu membabitkan pihak pembangkang dan sebagainya?

Eyriqazz vs Denaihati
Ada juga komuniti internet telah mengatakan bahawa Kempen STOP114A ini merupakan dakyah dan niat jahat yang diterajui oleh komponen Parti Pembangkang. Namun, kepada anda readers kami, tepuk dada tanya selera dan sentiasa berfikiran terbuka. Kaji dahulu apa tujuan kempen dilaksanakan disamping melihat perkembangan terkini isu tersebut dan memastikan bahawa kita sebagai rakyat marhain sentiasa didahulukan, bukan sekadar menjadi mangsa keadaan.

Secara amnya membuatkan kita berfikir, sama ada untuk menyokong atau menidakkan Kempen STOP114A, namun di dunia maya Malaysia (walaupun hanya minoriti), internet adalah salah satu sumber saluran maklumat yang paling cepat dan terkini. Oleh itu, bertindak dengan bijak dan sentiasa melakukan tindakan dengan sewajarnya. Kerana tindakan sebegini (pindaan tanpa mendahulukan rakyat terutamanya masyarkat komuniti internet) akan membakar diri sendiri. Percayalah, sejarah (tidak beberapa lama dahulu) telah membuktikannya, tidak mustahil ia akan berulang – irsah indesign.

sumber : Sinar Harian Online, denaihati.com, utusan.com


Updated 16/8/2012: Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan telah dibahaskan di Parlimen tetapi tidak menjalani undian. - Chua Soi Lek (MCA)

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.