Sekilas pandang teknologi dan evolusi gelaran update Google di sepanjang 12 tahun terkebelakang ini. Semua pengguna internet telah mengetahui Google membuat update (naik taraf) terhadap sistem enjin cariannya dari masa kesemasa. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, untuk memperoleh keputusan carian yang lebih relevan dan berkualiti kepada pengguna. Ini menyebabkan contents yang popular akan mendapat tempat di mukasurat utama. Oleh itu mari kita lihat sejarah gelaran pembangunan evolusi (update) sistem carian Google untuk memperoleh carian lebih relevan kepada pengguna disepanjang 12 tahun terdahulu.
Tahun 2000 - Google telah melancarkan Google Toolbar dengan penilai Page Rank. Ingat bukan? Ketika itu, jika disemak melalui toolbar tersebut, website atau blog melantun-lantun rank naik dan turun sehingga dipanggil Tarian Google. Namun tidak mendapat perhatian kerana masalah loading browser web yang begitu lembab. - gelaran update Google Dance.
Febuari 2003 - Google talah membuat penambah-baikan kiraan algoritma dan laman-laman web diindex dalam sebulan sekali sahaja. Website dan blog yang membuat backlink diantara saru sama lain telah digugurkan, manakala sebaliknya, website/blog yang menerima links dinaik taraf dalam sistem indeks. - gelaran update Bouston
April Tahun 2002 - Penambah-baikan dalam menjejak link terselindung, tulisan yang disorok serta links diantara website/blog yang dimiliki oleh pengguna yang sama - update digelar Cassandra.
May 2003 - Google telah membuat carian penuh (deep crawl) dan mengumpulkan jumlah backlinks secara global.- update digelar Dominic.
November 2003 - Taktik lama seperti keyword stuffing telah dikenakan penalti. Indusrtri SEO telah dimulakan dan terus bertapak. Website/blog yang telah mematuhi garis panduan (white hats) telah mendapat tempat di sistem carian. - update digelar Florida.
January 2004 - Perkataan yang halimunan (invisible) dan stuffed keyword dikenakan penalti. - digelar Austin Powers.
Tahun 2004, Februari - Google telah memulakan untuk melihat anchor text, kawasan pembangunan links (links neighbourhood) dan kata kunci perumpamaan.- update digelar Brandy.
Januari 2005 - Tag no-follow telah diperkenalkan . Ia bertujuan supaya links yang di tag no-follow tidak dikira sebagai keputusuan me-rank sesuatu website/blog.- digelar update No-Follow.
Bulan Febuari 2005 - Websites dan blog yang telah mengalami perubahan Page Rank dengan ketara, namun tidak pasti tujuan update tersebut - gelaran update Allegra.
Bulan Mei 2005 - Google telah memperkenalkan 3.5 updates namun ia telah dikatakan bertujuan menilai www dan non www sub domain supaya tidak ada pertindihan dan persamaan. Tahun yang sama, Google telah bertukar ke data centre yang baru - gelaran update Bourbon.
Tahun 2005 Mei - XML sitemaps telah diperkenalkan dan boleh di hantar kepada Google untuk peng-indeks-an laman. Ia bertujuan memberitahu Google bahawa bahagian tertentu yang boleh di-indeks oleh sistem carian. - gelaran update Sitemaps.
Bulan Jun 2005 - Google telah menambah baik browser PC anda dengan History untuk mendapatkan customise search pages di web browser anda.- gelaran update diberi Personalised Search.
Tahun 2005, September hingga November - Merupakan jangkawaktu dimana Google menilai tahap links di laman dan seterusnya memperkenalkan Page Rank kepada umum. Banyak website telah dikenakan penalti. - gelaran diberi Big Daddy.
Tahun 2008 April - Keputusan carian Google agak mengelirukan, namun tidak ada kepastian tujuan update dijalankan - gelaran dibery Dewey.
February 2009 - Website yang mempunyai branding telah mendapat tempat di sistem carian. Gelaran diberi Vince.
Musim Panas 2009 hingga musim panas 2010 - Infrastruktur asas Google telah dinak taraf secara penuh. Keputusan sistem carian sangat relevan berdasarkan rank dengan indexing yang pantas. - gelaran update diberi nama Caffien.
Tahun 2010 May - Website yang mempunyai contents yang sedikit telah dikenakan tindakan. Sebaliknya, laman mempuyai contents mendapat tempat. - gelaran update diberi nama Mayday.
Tahun 2010 bulan Disember - kecenderungan carian Google terhadap signal dari media sosial - gelaran update diberi nama Social.
Tahun 2010 bulan January dan February - Rangkaian laman web terbesar seperti Overstock dan JCPenny telah dikenakan penalti kerana penggunaan keyword stuffing. - Brand Penalties.
Jun 2011 - Website dan blog yang mempunyai content yang banyak tetapi mempunyai banyak iklan dan isu visitors telah menerima padah setiap bulan. Dianggarkan lebih kurang 12 % dari keseluruhan website yang aktif dikenakan tindakan. Laman persendirian yang mempunyai persamaan juga dikenakan tindakan - gelaran diberi Panda.
Bulan Mac 2011 - Pemegang akaun Google telah diperkenalkan butang +1 bagi menunjukkan kesahihan sesebuah laman. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada laman tersebut. - dikenali Plus One
Jun 2011 - Alamat data (Adresses Datas) telah diterima pakai dari olahan Schema.org. Ia bagi menyelaraskan penggunaan kod data tersebut - gelaran update diberi nama Schema.
Jun 2011 - Sosial media terulung Google diperkenalkan dengan 25 juta pengguna dalam masa 5 minggu pelancarannya. Pengguna nama sebenar telah digalakkan seperti diwujudkan oleh Facebook. - gelaran diberi Google+.
July 2011 - Ranking website berubah dengan ketara tetapi tiada maklumat update diperoleh - gelaran Panda 2.
Ogos 2011 - update Panda telah dijalankan secara menyeluruh, hanya negara tertentu sahaja tidak dilaksanakan. Google analytics telah mengira semua keyword visit sebagai visit terbaru. Ia telah mengelakkan hasil keputusan zero-views-zero-pages yang sering di rekodkan oleh analytics - nama update Panda 2.4
Ogos 2011 - Google meminta bantuan pengguna untuk submit laman penyalin supaya algorithma dapat mengesan laman tersebut. Namun begitu, ia berdasarkan konten yang mana dipostkan terdahulu. Jika didapati laman dipost dan mempunyai konten persamaan terkemudian, Google akan mengenakan tindakan - update gelaran diberi nama Scraper.
September 2011 - Panda sekali lagi dijalankan tetapi tiada penjelasan dari Google. Namun begitu, hasil rujukan mendapati laman yang menunjukkan perubahan ketara secara mendadak dikenakan tindakan.
September 2011 - Panda sekali lagi dijalankan tetapi tiada penjelasan dari Google. Namun begitu, hasil rujukan mendapati laman yang menunjukkan perubahan ketara secara mendadak dikenakan tindakan.
November 2011 - Ad Choice diperkenalkan dimana pengguna akaun boleh mengawasi dan mengawal jenis iklan yang dipaparkan di laman masing-masing.- Gelaran diberi Ad Choices
Januari 2012 - Laman yang mempunyai layout pengiklanan melampau telah diberi tindakan. Pengguna internet yang cenderung kepada marketing diberi pengawasan dan diminta untuk menambah-baikan.
Februari 2012 - penambah baikan update Panda telah dijalankan dan hasilnya, sistem carian semakin memberikan keputusan yang relevan kepada pengguna.
March 2012 - Google telah mengenal pasti salah laku links atau dikenali Blog Networking. Blog dan web yang didapati menggunakan teknik tersebut dikenakan tindakan. - minor Panda updates
April 2012 - Google telah mengesan content webspam. Google meyarankan untuk update content secara regular tetapi di dalam format yang berlainan dan tidak mengharap pada sumber trafik yang sama. Panda Penguin Update.
April 2012 - Tumpuan diberikan kepada webspam. - gelaran update Penguin.
Sumber carian dan perbincangan bersama: seomoz
Diatas adalah antara update dan evolusi penambah-baikan serta gelaran update sistem carian Google disepanjang 12 tahun terdahulu. Updates tersebut telah menaik-taraf industri SEO dalam mewujudkan kepelbagaian strategi bagi memastikan laman mereka sentiasa dihadapan. Tujuan nya ialah untuk menunjukkan kepada klien Google bahawa untuk setiap pencarian dengan sistem Google tersebut, adalah sentiasa relevan.
Diharap, dengan adanya sejarah penglibatan dan naik taraf Google ini dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk menjadi lebih berhemah mengeluarkan kontens yang relevan. Semoga ia serba sedikit memberi panduan dalam pengaturan strategi SEO untuk anda di masa akan datang. - irsah indesign.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.