Disini kami ingin kongsikan satu lagi panduan SEO yang mudah iaitu penggunaan susunan perkataan ber-bold dan tulisan huruf besar.
Terlebih dahulu tahniah kepada Manchester City diatas kejayaan merangkul takhta Liga Barclays dan kemenangan Arsenal. Cuma ‘bad luck’ kepada Manchester United kerana tidak merangkul apa2 pingat atau gelaran bagi musim kali ini. Tahniah juga kepada kelab dimiliki tycoon Malaysia tuh yang masih kekal di Liga Perdana Barclays pada musim akan datang.
Berbalik kepada tips mudah dan panduan SEO tersebut, ujian kami telah menunjukkan bagaimana langkah mudah ini dapat ‘pengiktirafan’ dan digemari oleh robot2 pencarian (indexing).
Apabila anda ingin memulakan sesuatu perenggan, pastikan anda bold=kan ayat pertama bagi permulaan perenggan tersebut. Pastikan juga ayat pertama setiap perenggan tidak mempunyai persamaan atau berulang dengan perenggan yang berikutnya. Pastikan olahan dan susunan ayat mempunyai maksud yang hampir persamaan tetapi dengan struktur penyampaian penulisan yang berbeza.
Contohnya anda boleh lihat diruang penulisan saya ini, bagaimana saya menggunakan bold dan susunan ayat yang hampir sama diantara satu perenggan dengan perenggan yang lain tetapi jika di-imbas semula, maksud penyampaian ayat tersebut adalah sama.
Bukti penggunaan perkataan bold dan penyusunan ayat anda boleh lihat pada screenshot ini. Pengaturan webpage anda yang mudah sebegini dapat di-index pada mukasurat pertama sistem pencarian google. Siapa sangka?
ULASAN
Robot2 sistem pencarian tidak gemarkan perkataan berulang bagi setiap laman web atau webpage. Bagi robot2 tersebut, jika terlalu banyak perkataan dan susunan ayat yang sama berulang, mereka menganggap ia sebagai ‘spam’ dan akan mengelak dari mengindex webpage anda.Jika membuat peyusunan ayat yang lain tetapi dengan maksud dan penggunaan patah perkataan yang hampir sama, robot2 pencarian mengganggap bahawa anda sedang membuat ‘penekanan ayat’ pada penulisan anda. Oleh itu, robot2 mengganggap perkataan2 tersebut penting dan akan meng-index laman web anda pada kedudukan yang lebih tinggi.
Dengan meng-bold kan ayat penting anda didalam perenggan seolah-olah anda sedang menulis point utama bagi perenggan tersebut. Oleh itu, robot2 index juga begitu, mereka mengganggap ada kepentingan berkenaan perenggan dengan ayat ber-bold tersebut dan seterusnya mengindex laman web anda pada kedudukan yang lebih tinggi.
Akhir sekali, penggunaan HURUF BESAR. Pada dasarnya robot2 gemar kepada tulisan huruf kecil dan mengesan sesebuah ayat apabila anda bermula dengan huruf besar dan seterusnya nokhtah. Oleh itu, tulislah dengan penggunaan dan struktur ayat yang lengkap. Walaupun huruf besar menunjukkan sesuatu ‘tekanan’pada struktur ayat tersebut, tetapi sebenarnya, ia kurang di crawl oleh robot2.
Hasil sistem carian dan index tidak akan sama diantara satu laman dengan laman yang lain walaupun menggunakan pendekatan dan strategi peningkatan SEO yang sama.Semoga panduan dan tip SEO mudah pada hari ini dapat dimanfaat sepenuhnya.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.