Salam Warga Enterprise. Seminggu Team Irsah Indesign sibuk dengan menyiapkan Tender dan Sebutharga 19 buah dokumen untuk Alliance dan Associates kami dan Alhamdullillah kesemuanya berjalan lancar, dah submit pun.
Sebenarnya kami betul-betul tak cukup tidur dalam beberapa hari nih sampai peti inbox e-mail pun tak sempat baca. Nah.. seperti biasa… dah buka e-mel… tuh dia……… tersusun satu per satu. Maklumlah, bila dah gunakan service online nih, memang melambaklah pertanyaan dan soalan dari rakan-rakan Associates kami. Termausklah persoalan Associates kami: dokumen tender dan sebutharga mereka dah diselaraskan ke?
Gmbar Hiasan |
Ada diantara langganan entri-entri blog yang tak sempat kami balas, harap bersabar yea… itupun curi-curi balas entri Denaihati.com-Pelancaran Peugeot 408 Malaysia, thanx DH info. Memang gempak juga design kereta tuh.
Berbalik kepada tajuk siapkan tender sebutharga E-perolehan, memang kami tak menang tangan. Dalam masa 3 hari kami membantu Associates kami untuk siapkan 19 buah tender sebutharga. Yea 19 buah tender sebutharga… sampai kami pun tak kenal siang malam.. huhuhuhu…
Hari-hari terakhir nak dekat submission tuh memang kritikal, setelah menyemak, ada juga dokumen tender sebutharga yang diisi oleh rakan Associates mempunyai kesilapan2 kecil. Walaupun nampak kesilapan kecil, hakikatnya boleh menjejaskan dokumen anda. Penyemak tender sebutharga tersebut boleh mengetepikan dokumen tersebut…… tak ke merugikan masa.Tips dan panduan ada saya bongkarkan dalam entri sebelumnya Tips dan Panduan Mengisi Tender dan Sebutharga.
Hah… seperti biasa dokumen-dokumen sebutharga tersebut telah pun diterima dengan selamatnya dan di dalam proses pemilihan. Memang cepat sistem tender sebutharga E-perolehan MOF nih, memudahkan tugas Pentadbir agensi/jabatan kerajaan dan kontraktor seperti Associates kami.
Berita terkini, sebahagian diantara dokumen tersebut telah pun disenarai pendek-kan.. Kira top 10 atau top 5 le tuh. Persoalannya… bagaimana kita dapat tahu???… Jawapan dari kami muda saja: Untuk kami mengetahui jawapannya dan untuk anda mencari jawapannya….
Inilah polisi kami dan kami terikat dengan privacy policy yang ketat seperti diarahkan oleh mana-mana jabatan/agensi kerajaan mahupun dari pihak sahabat2 Associates kami. Kami juga terikat dengan akta rahsia dan maklumat dokumen eperolehan di bawah naungan Kementerian Kewangan dan diharap anda diluar sana begitu juga.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.