Proton Preve Aksiden Lagi : Penjelasan Proton Edar

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!
Salam Warga Enterprise. Isu Proton Preve Incident atau accident, pada yang telah berlaku pada pertengahan bulan March yang lalu telah menerima reaksi yang pelbagai dari banyak pihak. Disini kami bukannya untuk meng-kritik tetapi melihat dari aspek luar kotak yang perlu kita renungkan bersama. Proton Preve incident atau accident mendapat liputan hebat juga dikalangan forum dan blog pada ketika itu sehingga kini.

Berikut adalah petikan laman Facebook Proton Edar yang dikeluarkjan pada pertangahan bulan April, bagi membalas spekulasi gambar dan kejadian Proton Preve Incident atau Accident.

Proton Preve Penjelasan Accident dai Laman Facebook

Menurut laman Facebook Proton Edar berkenaan isu Proton Preve incident atau accidentt; ia adalah akibat kecuaian Pembantu Jualan Proton Edar membawa kereta pandu uji Proton Preve, terbabas, lalu melanggar pembahagi jalan, meremuk-kan terus lower arm kanan hadapan kenderaan dan terus kenderaan berkenaan seperti dalam gambar. Berdasarkan laman Facebook Proton Edar juga,, kejadian tersebut berlaku pada jam 4.45 petang.
Menurut Paul Tan pula, moderator Paultan.org: sebuah blog kenderaan paling berpengaruh,
We think Proton Edar has used its social media channel effectively in this case – rather than try to bury the story it has come out to try to explain what actually happened (many people were coming up with their own conclusions on how the wheel ended up in such a position), and signed off with an advice to everyone to drive safe so that such accidents would not happen. Of course, only those at the scene would have really 100% known what really took place exactly. There doesn’t appear to be much other damage that can be seen on the car other than the wheel.
Petikan dari Blog PaulTan.org

Menurut beliau ada kebenaran-nya, memandangakan begitu longgar sekali klarifikasi ataupun pengesahan dari wakil-wakil Proton berkenaan Proton Preve incident atau accident, mahupun pemilik Proton itu sendiri. Tetap, para pembaca dan pengguna masih lagi tertanya-tanya kerana ketiadaan bukti bagi mengukuhkan ulasan dari laman Facebook Proton Edar. Human error ataupun mechanical error?
Sudah menjadi lumrah pengguna kita di Malaysia: kereta Proton termasuklah kereta Proton Preve keluaran terbaru ini, adalah gred ke-2. Itu tidak boleh dinafikan. Ini adalah kerana, minda kita disogokkan sedemikian oleh orang-orang terdahulu. Maka sekarang kita harus berfikir diluar tempurung bagi selaraskan minda kita dengan arus pemodenan supaya kita tidak tertinggal terkebelakang.

Kesimpulan

Pendekatan Proton Edar melalui laman Facebook mereka berkenaan isu tersebut sangat dialukan. Menunjukkan mereka menggunakan pendekatan laman sosial bagi menjawab isu-isu berbangkit serta dapat mendekatkan produk mereka. Paul tan dari paultan.org juga menyokong pernyataan tersebut. Bagi kami yang merupakan enthusiasts kereta, tidak kira tempatan mahupun buatan luar negara, walau dalam apa keadaan pemanduan apa sekalipun, kita sebagai pemandu harus berhati-hati, dalam keadaan, pemanduan biasa ke atau dalam keadaan kebiasaan.

Kaitan penjenamaan anda boleh baca di artikel denaihati.com: Penjenamaan Bersih dan Ambiga
Memikul satu brand seperti Proton ini adalah berat termsuklah jenama keluaran terbaru, Proton Preve, dan begitulah beratnya yang akan didokong oleh pemilik-pemilik Proton yang baru. Sekian lama sebuah jenama yang hasil dari idea dan wawasan warga Malaysia sendiri, seharusnya tanggungjawab tersebut tidaklah boleh diendahkan ataupun diambil sikap acuh tidak acuh. Kesalahan pemandu ataupun mekanikal bagi kenderaan pandu uji Proton Preve harus dijelaskan dengan lebih relevan tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak supaya tidak timbulnya spesikulasi liar.

Tanggungjawab pemilik Proton agak berat juga atas dorongan semulajadi rakyat Malaysia yang cenderung kepada gossip dan kurangnya kearah fakta dan kajian. Sebenarnya pemilik proton haruslah berbangga kerana perbandingan pengguna tempatan terhadap produk mereka seperti Proton Preve adalah dengan jenama yang jauh lebih senior dan telah bertapak kukuh dalam industri permotoran tempatan mahupun luar negara. Secara umumnya, Proton telah berjaya membawa penjenamaan mereka setaraf dengan keluaran yang ternyata lebih hebat. Syabas.
Ada ke cerita atau penulisan melampau berkenaan kereta Satria Neo yang sedang bersaing di litar Rally Asia Pasifik dan menduduki tangga teratas perlumbaan? Tak banyak bukan? Dan dah ternyata kita memang cenderung kearah kesilapan dan kesalahan tanpa berhenti dan merenung dari semua aspek.
Oleh itu, gunakanlah segala media yang ada untuk: reach out to these people. Pandangan umum kepada jenama Proton dan Proton Preve adalah sangat tinggi sekali dan sebagai pemilik haruslah dilihat dari pelbagai aspek, bukan setakat keuntungan dan keboleh-capaian produk sahaja.
Sekian dari meja Irsah Indesign.

Artikel berkaitan:

Gambar Proton Preve Incident atau Accident
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!