Update Feb 2013 - Upgrade terkini tema blogshop boleh diperoleh tidak lama lagi. Lebih mesra pemasangan kerana kemaskini perubahan sistem dashboard, template dan layout blogger.
Jika mempunyai masalah sila hantar PM ke kami ataupun rujuk ruang komen untuk langkah2 tambahan. Selamat mencuba.
Eksklusif di irsah blog kali ini kami menampilkan sebuah tema percuma yang boleh dimuat-turun dan memasang di platform blogger/blogspot untuk kedai profesional on line anda, Pemasangan jenis plug and play dengan sedikit modifikasi khusus unutk kaum hawa dan adam yang ingin memulakan kedai on line pertama secara profesional dalam 20 minit sahaja.
Tema ini pada aasnya dibangunkan oleh rakan-rakan kami di Bloggermints.Com dengan kerjasama pembina javascript Simplecart.Com bagi membolehkan blogger memiliki sebuah laman blog berintegrasi secara automatik dengan sistem "Add to Cart", sama seperti laman pembelian on-line komersil yang lain. Dengan menggunakan posting anda, anda boleh memasukkan barangan yang ingin dijual on line, tajuk, descripsi, harga, dan perincian barangan bagi memudahkan pengurusan jualan anda dan lebih mesra kepada pengguna.
Antara kelebihan tema ShopBlogCart yang bakal anda teliti ialah:-
- Integrasi dengan akaun Paypal Check Out dengan verifikasi dan lalun sekuriti Paypal terbina.
- Mempunyai sistem "Add to Cart" berfungsi secara automatik mengikut posting barangan anda.
- Proses "Clear Cart" secara automatik dengan satu butang.
- Pengiraan barang pilihan dibuat secara automatik.
- Mempunyai rekaan terkini dengan "cross browser friendly" Chrome, Fireefox, IE8+ dll..
- Mempunyai kelajuan loading mencecah 86-96 di Yslow untuk laman hadapan dan laman dalaman.
- Upgrade menu navigation yang boleh dibuat talaan sendiri.
- Upgrade social share icon twitter dan facebook untuk setiap laman.
- Sistem komens boleh diaktifkan untuk memudahkan pelanggan dan pengguna.
- Talaan optimum meta dan mesra enjin carian sebagai contoh tag meta tajuk, meta diskripsi, meta keyword (untuk enjin carian selain Google).
- Kebolehan paparan barangan muka hadapan tiada had jumlah. (mengikut talaan disetkan.)
- Rangka tema lengkap dengan header, body dan footer untuk mesra robot enjin carian.
- Olahan drag and drop widget mengikut olahan sendiri - sama seperti mengolah tema asal blogger/blogspot.
- Mudah memasukkan koding diperlukan dengan langkah-langkah pemasangan tersedia.
- Bantuan dari designer/pembina (Malaysia) dengan "response time" kurang dari 2 jam (atau sehingga diberitahu)
- Kod disahkan oleh sistem Paypal dan Google Wallet/Market.
- Kod disahkan melalui cubaan ujian enjin carian dan Google sniplets .
- Pengindeksan disahkan jika mengikut langkah-langkah disyorkan Google Webmater.
- Masih mengekalkan URL mesra enjin carian blogger.
- Imej di-"upload" sama seperti penggunaan blogger dengan maksima resolusi 250x250 bagi menitik beratkan kelajuan loading dan mesra talian internet.
- Rangka tersedia untuk posting bagi meletakkan tajuk barangan, perincian barangan, harga, kuantiti stok dan keterangan tambahan yang tiada batasan. Hanya kreativiti sahaja yang menjadi penghalang.
- Serta banyak lagi...
Anda boleh melihat secara "live", contoh tema rekaan blogger e-commerce percuma di pautan ShopBlogCart ini. Anda boleh mencuba "Add to Cart", "Clear Cart", contoh membuat bayaran, melihat detail barangan dan sebagainya. Anda juga boleh memuaturun fail tema MyBlogShop ini di ruangan muaturun disediakan.
Pengenalan Rekaan Asas ShopBlogCart
Rekaan dan ubahsuai sulung ini telah lebih relevan bagi blogger dan pengguna platform blogspot percuma. Target pengguna bagi tema kali ini adalah golongan hawa yang bercita-cita memulakan laman kedai on-line profesional sendiri dalam masa 20 minit, menggunakan platform percuma blogspot!. Warna merah jambu sangat dominan sebagai asas warna tema ini. Namun begitu ia diseimbangkan dengan warna putih untuk kelihatan lebih profesional dan pandangan laman lebih bersih serta tertumpu kepada pelawat.
Navigasi menu utama adalah jenis "drop down" dan boleh dibuat talaan sendiri untuk "pages" yang diinginkan. Kod asas menu utama juga diadaptasi dari Bloggermint.Com dan sangat interaktif kerana menggunakan koding CSS3 sepenuhnya (tanpa Jquery). Segala pengubahsuaian anda boleh lakukan sama seperti tema blogger yang lain, tanpa kemahiran koding yang melampau. Sesuai untuk ramaja dan suri rumah tangga dalam mencari alternatif untuk menjual produk mereka secara on line tanpa batasan.
Contoh gambaran laman hadapan MyBlogCart-Y
Klik imej untuk menghala ke laman web tersebut.
> Live Demo
> Muaturun Tema MyBlogCart Percuma
> Cara-cara pemasangan mudah di blogspot dan terus menjual on-line.
Contoh muka laman dalaman (post) dengan butang "Add to Cart" siap sedia.
Klik imej untuk menghala ke laman web tersebut.
Dalam masa terdekat pihak designer juga dalam menaik taraf tema dengan warna sesuai untuk gologan adam bagi memudahkan mereka berniaga secara on line dalam masa 15 minit sahaja. Jika ada sebarang pertanyaan ataupun permintaaan terhadap tema ecommerce percuma untuk blogger kaum hawa ini, boleh hubungi kami di ruang komen dibawah. - irsah indesign
Perhatian!: Tema ini adalah didaftar di bawah Creative Commons 'Share Alike', yang khusus membenarkan pengguna untuk muaturun, mengguna dan membuat jualan atas talian. Ini tidak bermaksud anda boleh menjual "tema percuma" ini. Sila kekalkan links designer pembina jika anda ingin meneruskan penggunaan secara peruma atau anda boleh hubungi Irsah.Com dan Bloggermint.Com untuk membuang pautan melalui bayaran premium disediakan. Jika berlaku pelanggaran syarat Creative Commons 'Share Alike' ini, anda boleh dikenakan tindakan.
> Live Demo dengan integrasi automtik "Add to Cart" dan "Check Out" ke Paypal.
> Muaturun Tema ShopBlogCart Percuma
> Cara-cara pemasangan mudah di blogspot dan terus menjual on-line.
Nota:
Jika memerlukan bantuan pemasangan, pihak kami juga menyediakan bantuan pemsangan on-line dan semasa untuk memudahkan pengurusan tema sulung e-commerce ShopBlogCart anda. Mengubahsuai juga disediakan dan boleh membuat pertanyaan Contact Page kami.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.