Menggunakan Bounce Rate Tambah RM Trafik Masuk Berkualiti

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Rasanya  ramai yang masih keliru tentang maksud "bounce rate", apa itu "bounce-rate" dan bagaimana fungsinya dalam penganalisaan sesebuah blog mahupun website. Yang pastinya, "bounce" bukannya bermaksud meloncat-loncat seperti kera, dan "rate" bukan kadar pertukaran wang asing. Bounce Rate merupakan perkataan digunakan oleh pengendali laman dalam menentukan peratus jumlah pelawat yang singgah ke laman website dan blog anda mengikut kecenderungan pelawat tersebut.

Kali ini kami ingin memudahkan anda dalam memahami keperluan kadar bounce rate bagi laman dan web-blog anda, bagaimana ianya diukur dan cara mudah bagi menambah nilai laman web anda lebih-lebih lagi kepada anda yang terlibat dalam perniagaan on-line mahupun ingin menjana pendapatan melalui Nuffnang, Says, Komli, Affiliate Marketing, Direct Marketing, On-Line Marketing dan sebagainya.

Guna-bounce-rate-jana-rm-duit-on-line-tambah-trafik-lman-blog

Maksud Bounce Rate


Ia merupakan kadar dikira dalam peratus, jumlah pelawat ke laman web-blog anda, tetapi, pelawat tersebut hanya singgah di satu sahaja muka laman dan terus berubah ke laman website/blog yang lain.

Apabila jumlah peratus yang tinggi bagi website dan blog anda, pelawat sebenarnya hanya melawat satu mukasurat tanpa pergi ke laman (pages) anda yang lain. Manakala, sebaliknya, peratusan yang rendah bermaksud, pelawat telah pergi ke laman mukasurat blog anda yang lain kerana kecenderungan mereka terhadap bahan tulisan/navigasi yang anda sajikan.

Kenapa Harus Mengetahui Peratusan Bounce Rate Laman?


Jika ingin menentukan jumlah peratusan bounce rate bagi sesebuah laman, dalam sesuatu masa,  ia memudahkan anda dalam mengenalpasti laman (pages) yang "cenderung" kepada pelawat. Namun begitu, kadar peratusan bounce rate yang tinggi bukannya bermaksud laman blog telah gagal! Selalunya ia berdasarkan faktor semulajadi laman itu di enjin carian.

Kini, di dunia maya, terdapat 2 jenis website atau blog yang menyajikan bahan informasi dan sumber rujukan. Berikut adalah 2 jenis kategori laman tersbut:-

1. Laman Web Berbentuk Rujukan - Merupakan sebuah laman yang memberikan sumber rujukan tanpa menyebelahi mana-mana pihak tetapi informasi diberikan sangat berguna. Static Pages merupakan jenis laman tersebut, selalu dikaitkan dalam memberikan sumber rujukan untuk pengguna. Laman sebegini mempunyai kadar bounce rate yang tinggi kerana pelawat akan singgah ke laman tersebut dan terus pergi ke laman yang lain.

2. Laman Penghasilan Kontens - Merupakan laman yang selalu memberikan bahan rujukan terkini dan dikemaskini dengan berbagai informasi berguna. Contoh terbaik adalah seperti direktori artikel, blog dan sumber informasi berita. Jika laman sebegini mempunyi kadar bounce rate yang tinggi, bermaksud ia adalah jenis berkualiti rendah dan tidak relevan kepada pembaca. Adakalanya, ia juga berlaku kerana kelemahan pada pengolahan navigasi di laman tersebut.

Bagaimana Menggunakan Bounce Rate Untuk Memajukan Perniagaan On-Line Anda?


bounce-rate-penentu-kejayaan-tambah-duit-masuk-on-line-laman-blog
Dengan memberikan inspirasi untuk pelawat laman anda untuk terus membaca, menjamukan mereka dengan kontens yang berkualiti dan relevan, adalah langkah terbaik. Bagi pemilik perniagaan kecil sederhana, menggunakan laman blog anda untuk memberikan panduan dan pengisian yang berkaitan dengan industri perniagaan anda adalah sangat berkesan. Ia membolehkan pelawat memperoleh maklumat dan seterusnya menimbulkan rasa kepercayaan, lebih-lebih lagi terhadap perkhidmatan dan produk anda.

Ada beberapa strategi yang boleh dilaksanakan, bagi pemilik perniagaan, dalam memastikan kualiti pelawat dan blog anda dan boleh di-praktikkan.

  1. Kemaskini kandungan kontens dengan konsiten.
  2. Memberikan opsyen bagi menarik perhatian pelawat anda.
  3. Jika dapat berinterksi secara on-line adalah langkah terbaik.
  4. Menyediakan ruang untuk pelawat terus mendalami laman anda dengan aktiviti kuiz dan sebagainya.
  5. Memeriksa kerja-kerja pautan ke laman anda.
  6. Membawakan pelawat ke laman anda dengan konten yang lebih relevan dan berguna.

Bagaimana Untuk Mengetahui Kadar Bounce Rate Laman Anda?


turotial-guna-google-analytics-tentu-bounce-rate-jana-trafik-pendapatan-blog
Google Analytics adalah antara perisian terbaik yang boleh digunakan, dan ia pun percuma! Anda boleh mengetahui bagaimana trend kemasukan pelawat ke web-blog anda, jangkamasa mereka melawat, jumlah pelawat dan juga peratus bounce rate untuk laman anda.

Oleh itu, anda boleh membuat analisa laman (pages) yang lebih cenderung dan relevan kepada pelawat anda dan juga menyelesaikan beberapa persoalan berikut:-

  1. Kualiti penulisan artikel anda.
  2. Isu yang berbangkit berkenaan navigasi di laman web anda.
  3. Keyword atau frasa kata kunci yang cenderung terhadap laman anda di enjin carian.
  4. Menentukan kawasan strategik iklan.
  5. Jumlah patah perkataan yang "ideal" untuk pembaca.

OK. Jangan melompat lagi! Jika laman anda mempunyai kadar bounce rate yang tinggi, dan analisa Google Analytics mengatakan purata pelawat yang datang adalah melebihi 2 minit, sebenarnya laman anda dalam kedudukan "biasa". Ini boleh lah dibanggakan kerana pelawat sebenarnya telah berjumpa maklumat dan informasi diingini, membaca dan seterusnya pergi ke laman/blog yang lain.

Tetapi sebaliknya, jika laman blog-site anda menerima bounce rate yang tinggi dengan pelawat yang hanya singgah dengan purata dibawah 1 minit - penambah baikan seperti diatas haruslah dilaksanakan.

Kesimpulan


Dengan memahami betapa dinamik dan kebolehcapaian laman anda, merupakan kunci kepada keberkesanan dan kejayaan website dan blog tersebut, terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam dunia perniaagaan on-line. Dengan mengetahui kadar bounce rate, anda dapat membuat tumpuan terhadap pelawat yang diingini dan seterusnya memudahkan menjana pendapatan dan seterusnya peroleh klien berkualiti.

Sebelum ini, kami ada berkongsikan tutorial mudah, yang selalu dilaksanakan oleh pakar-pakar website dan blog, dalam memperkasakan laman menggunakan Google Analytics. Disamping itu, mereka turut berkongsikan tutorial bagi memudahkan anda untuk mengetahui peratus bounce rate laman anda, dengan secara automatik menggunakan Google Analytics, supaya anda akan terus konsisten menerima trafiks yang berkualiti. Selanjutnya menjana pendapatan dari blog dan website anda, selamat mencuba.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!