Perolehan Trafik RM Blog Dengan Google Analytics Mudah

@ written .Wednesday, September 12, 2012   

Perolehan Trafik RM Blog Dengan Google Analytics Mudah
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Google Analytics bantu perolehan duit dan jana pendapatan? Analisa blog boleh tambah nilai perolehan perniagaan marketing blog dan website anda? Memang sedap jika analisa pun boleh peroleh RM dengan tools percuma dari Google ini. Selepas alat percuma , kali ini saya ingin kongsikan analisa web percuma dari Google, iaitu mengoptimakan laman web pages blog dan website anda dengan Google Analytics dan jana perolehan pendapatan dengan menggunakannya.

How-Google-Analytics-Analyse-Easy-SEO-Success-Measurements-Reports-To-E-Mail

Mesti ada orang kata, leceh lar? Banyak betul metrik, figura, geraf, data, informasi? Aku mana lah nak faham! Hah, kini tidak jadi alasan. Saya ingin kongsikan rahsia pakar-pakar SEO kepada anda supaya akan lebih rajin lagi berbloging, menulis, menambah perolehan pendapatan, menambah trafik, menambah kllk ke laman anda secara percuma. Saya harap, tidak dihentam oleh pemilik-pemilik e-book sebab membongkarkan rahsia mereka menjana trafik dan menambah pendapatan ribuan ribu ringgit sebulan. Nama pun internet dan blog, bukan ke tempat perkongsian maklumat?

OK. Cara mudah dapat duit dengan Google Analytics, konsep pun mudah iaitu:  1. Guna keputusan tertentu dari Google Analytics, 2. dapatkan Keyword yang pekat masuk blog atau website, 3. tambah trafik dari pengguna internet atau Google, 4. jana pendapatan dengan cara anda (klik ads, advertorial services dan sebagainya). Mudah kan? Itu sebabnya dengan Google Analytics pun boleh menjana pendapatan. Tak dapat tugasan artikel, job advertorial, sekurangnya dapat klik untuk iklan-iklan affiliate anda seperti Says, Nuffnang, Adverlet, Clixsense, dan sebagainya kan?

Ingin tahu tips untuk orang klik dengan banyak iklan SAYS, anda boleh baca tutorial lengkap (pengguna Wordpress) tambah berlipat kali ganda pendapatan dari iklan SAYS anda dengan mudah. Pengguna Blogger (Blogspot) PM saja admin blog tersebut. Beliau memang sudi membantu - bukan seperti jawapan klise sesetengah pemilik blog, adakalanya tidak layan e-amail anda kan?

Jika anda “clueless” apa itu Google Analytics, anda Google sahaja. Sebab saya ingin berikan links pun, memang ramai otai-otai bloggers SEO sana sudah sediakan tutorial lengkap. Jadi, saya “assume” anda sudah perolehan daftar blog atau website anda di Google Analytics ini dan sudah pun meletakkan kod serta di-verifikasi dengan lengkap dan jayanya.

Apa Data Penting Yang Perlu Diambil dari Google Analytics?

Tujuannya ialah untuk peroleh data perlu saja dari Google Analytics untuk laman anda. Anda inginkan SEO kan? Anda ingin tahu laman mana yang pengunjung cari melalui Google kan? Geraf dan laporan itu penting kerana memberikan gambaran sebenarnya dari mata Google, laman mana (pages) blog atau website anda pengunjung kerap singgah. Oleh itu anda boleh optimakan lagi laman tersebut, atau menambah nilai artikel mempunyai katakunci (keyword) mengikut laporan disediakan supaya anda akan mudah peroleh pengunjung berlipat kali anda.

Untuk makluman, jadual dan laporan utama yang diperlukan untuk mengoptimakan laman anda, mengikut pakar-pakar SEO ialah:-
  1. Organic Keywords atau kata Kunci organik
  2. Landing Pages atau laman mana blog anda orang suka klik dan mencari bahan.
Apabila anda mempunyai laporan sebegitu dan yang lebih ringkas, anda boleh lihat jadual dan geraf tersebut sahaja setiap kali masuk dalam Google Analytics. Bak kata Ucop, Idok ler fening sangat… Jadi korang dah tahu laman mana orang suka klik blog dan web anda, lebih mudah anda ingin target cerita dan artikel yang akan menambah nilai pengunjung. Tidak perlu anda mengikut perkembangan semasa dengan menulis berita yang sama ajer dengan blog lain. (Melainkan anda dibayar untuk menjalankan kewajipan heee…)

Langkah-Langkah untuk Mendapatkan Laporan dan Geraf Kata-Kunci Diperlukan dari Google Analytics

Google-Analytics-getting-the-best-SEO-report

Langkah 1 – Mencari Kata Kunci (keyword) pekat yang masuk ke halaman anda.

Login akaun Google Analytics > Klik… Standard Reporting > Search > Organic > Di Primary Dimensions lihat perkataan “Keyword”. (Kedudukannya terletak diantara geraf dan jadual laporan disediakan-sila lihat gambarajah bawah.)

Organic-Search-Traffic-Google-Analytics-Measure-SEO-Easy-Report

Langkah 2 – Mencari Laman-Laman Pengunjung (visitors) Paling Kerap Singgah (klik) melalui Web Browser Google (Search Engine).

Kaedah sama seperti diatas cuma anda klik perkataan link “Landing Page” (bersebelahan sebelah kanan perkataan link “keyword”).

Langkah 3 – Gabungkan Laporan Kata Kunci (Keyword) dan Landing Page untuk Dashboard Custom Anda di Google Analytics

Untuk mendapatkan 2 perkara penting memajukan laman anda ini, anda perlu membuat “dashboard custom” di dalam akaun Google Analytics anda. Jadi anda perlu klik “Dashboard” (di menu pertengahan atas geraf), paparan akan dibuka dan anda klik New Dashboard > Label-kan mengikut nama kesukaan anda (contoh: “Laman SEO Blog Saya Tak Power”) > klik (atau tandakan dua-dua kotak kecil - penting) > klik Save. Contoh pop-up untuk menamakan “dashboard custom” boleh lihat imej dibawah.

Organic-Search-Traffic-Google-Analytics-Create-New-SEO-Dashboard-Report

Anda akan dibawa ke paparan dashboard baru anda mengikut nama di-berikan tadi dan anda akan melihat paparan geraf untuk kata kunci dan laporan disediakan.

***Ulangi langkah diatas untuk paparan “Landing Page” anda pula. Masukkan ke dashboard yang sama seperti anda namakan tadi. jangan lupa untuk klik 2 butang kecil sekali sebelum anda save.

Anda akan peroleh paparan untuk dashboard baru anda seperti ini di dashboard custom akaun Google Analytics anda. Olahkan dengan "drag" tables dan jadual mengikut citarasa anda.

New-SEO-Dashboard-Google-Analytics-SEO-Simple-Reporting

Langkah 4 – Menggabungkan Kedua-dua Data Diperlukan untuk Dihantar secara Automatik

Adakala anda rasa, takkan tiap-tiap hari nak mengadap Google Analytics semata-mata ingin menjenguk keyword pekat dan laman kesukaan pengunjung di blog website saya? Jadi, baru-baru ini, Google Analytics perkenalkan “Statistics” untuk memudahkan anda. Anda hanya perlu pergi ke: idari Dashboard Custom Anda > Standard Reporting > Search > Organic > di kotak diantara Geraf dan laporan disediakan anda pergi ke Secondary Dimensions > Traffic > Keyword (paparan kotak warna hijau tua). Anda boleh lihat langkah seperti dibawah:-

Organic Search Traffic - Google Analytics reporting SEO easy and like experts

Apabila klik butang “Statistics”, anda akan ke paparan baru dan terus namakan label tersebut, sebagai contoh: “Laporan Analisa SEO Blog Cepisan Saya” > kemudian klik Save. Anda akan melihat label statistik anda pada laman Home sebelah kiri. Mudah untuk anda akses ketika anda log-in ke paparan akaun Google Analytics anda kelak.

Langkah 5 - Memperoleh Laporan Gabungan kedua-dua Data Tersebut dan Hantar ke E-Mail Secara Automatik.

Haa.. kan lagi mudah. Tidak perlu log-in setiap kali ke akaun Google Analytics, semata-mata nak tengok kata kunci pekat dan pengunjung ke laman anda. Tetapi memandangkan tulisan dah panjang sangat dan meleret anda boleh ke http://irsah.com/seo/easy-measure-analyse-seo-with-google-analytics/ dan meneliti langkah tutorial lengkap. Ia merangkumi kaedah perolehan e-mail secara automatik laporan keyword pekat dan laman landing page pengunjung dari Google Analytics terus ke e-mail seara harian, mingguan, bulanan dan sepanjang masa. Contoh E-mail yang bakal dihantar termasuk laporan statistik seperti dibawah. Laporan dihantar dalam bentuk format spreadsheet CSV, PDF dan sebaginya mengikut pilihan anda.

SEO Dashboard - Google Analytics SEO report sent by irsah-com

Kelebihan Kepada Anda Jika Memperoleh Data Tersebut dari Google Analytics

  1. Membantu anda mengoptimakan laman-laman di dalam blog anda dengan lebih tertumpu.
  2. Memberikan inspirasi untuk anda menambah nilai artikel anda - mengikut kata kunci yang relevan.
  3. Anda tidak akan kebuntuan idea untuk menulis dan membuat posting - kerana minat anda telah lebih cenderung melihat trafik meningkat dengan ketara.
  4. Anda boleh targetkan visitors - kerana sudah pasti pengunjung cenderung mencari maklumat ke laman anda. Sesuai untuk marketers dan perniagaan on-line.,
  5. Jana pendapatan, jika anda menambah nilai trafik dan mempelajari on-page dan off page optimisation, sudah tentu memperoleh menfaat nya bukan?
  6. PERCUMA, tak perlu bayar, perolehan laporan dari Google, tepat dan jitu mengikut bagaiman dilihat dari perspektif enjin carian Google.
  7. Memberikan inspirasi kepada anda bahawa kerja-kerja SEO anda telah meningkat atau menurun.
  8. Dapat menilai kepakaran anda apabila anda telah membuat kerja-kerja dan tugasan SEO.
  9. Menurun ranking anda dengan Alexa, jika anda konsisten menambah nilai trafik anda.
  10. Mengurangkan Bounce Rate untuk laman anda, jika artikel anda memberikan maklumat yang diperlukan untuk pengunjung.
  11. Yang nih paling best, oleh kerana ia adalah laporan secara formal, jadi saya dengan mudah, cepat dan pantas serta automatik menghantar laporan keberkesanan atau Key Performance Indeks –KPI tugasan SEO yang diamanahkan. Maka klien dan boss anda tidaklah menuduh anda menipu ataupun tidak buat kerja bukan?
Selamat Mencuba… – irsah indesign.

P/S: Maklumat lengkap tutorial Google Analytics ini boleh menjadi perolehan anda di http://irsah.com/seo/easy-measure-analyse-seo-with-google-analytics/ (saya juga sediakan artikel tersebut dibantu pakar SEO ini dan pengolah SEO ini,  heeee) Anda boleh menggunakan tools ini juga untuk menambah nilai laman blog website anda juga dengan PERCUMA. Maaf kerana mengkaburkan data kerana terikat dengan akta rahsia saya, syarikat dengan klien.

Info SEO perolehan perniagaan:  Enjin carian Google merupakan enjin carian pilihan pengguna di seluruh dunia. Ketika ini (2012), perolehan pengguna yang menggunakan enjin carian Google mencecah hampir 70% di sesetengah negara termasuk Malaysia. Suka atau tidak, walaupun ada yang bosan ketetapan Google ini, namun enjin arian ini merupakan market terbesar untuk menambah nilai pendapatan perniagaan dan persendirian anda. - Kemenangan bukan dicari, hanya ilmu untuk berkongi.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.