Berkesankah Pengurusan Kewangan Kakitangan Awam Mentadbir?

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.

Sekitar Laporan Ketua Audit Negara Perbelanjaan dan Pendapatan Agensi Kerajaan bagi Tahun 2011.


Pada awal minggu lalu laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan di Parlimen. Laporan Audit ini merupakan unjuran perbelanjaan dan pendapatan agensi berkaitan kerajaan bagi tahun 2011. Ia juga menunjukkan prestasi penambah-baikan dan unjuran menurun agensi berkaitan untuk tahun tersebut.

Sesebuah audit diperlukan dan akan dijadikan penanda aras bagi mengenal-pasti, bukan sekadar kelemahan urusan tadbir tetapi penentuan penambah-baikan yang diperlukan bagi sektor serta agensi yang berkenaan bagi sesebuah pentadbiran.

Ketua Audit Negara

Khabar gembira telah diterima, dimana kerajaan berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM 185.42 billion berbanding 159.65 billion pada tahun sebelumnya (2010), suatu penmbahan sebanyak 25.77 billion. Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, pencapaian luarbiasa dikala ekonomi suram ini sangat menakjubkan. Ia nyata menunjukkan motivasi dan kaqalan perbelanjaan efektif dari kesemua pegawai kuasa agensi yang berkaitan.

Laporan Audit Negara yang telah dibentangkan juga menunjukkan peningkatan agensi jabatan kerajaan yang  bertaraf 4 bintang (31.7%) berbanding 21.6% bagi pada tahun lalu (2010) dan 12% pada tahun 2009.

Menurut laporan itu lagi, Ketua Audit Negara telah merangkumkan pengurusan kewangan dan prokumen antara agensi kerajaan adalah faktor kelemahan utama. Dibawah merupakan kelemahan pentadbiran yang telah dikenal-pasti:-

Gambar Hiasan
 

Projek Ipoh-Padang Besar Trek Elektrik Berkembar


Dilaporkan projek tersebut telah lewat selama 669 hari oleh Kementerian Pengangkutan serta faktor kontraktor dilantik tidak melalui tender yang kompetitif.

Projek Hospital Kluang


Pembinaan Hospital Kluang bernilai RM380 juta didapati  berkualiti rendah serta tidak berjaya disiapkan mengikut jangkawaktu ditetapkan.

Pengurusan Peralatan di Kementerian Kesihatan (KKM)


Dilaporkan pengurusan peralatan KKM adalah dibawah tahap kepuasan serta kos penyelenggaraan Sistem Informasi Hospital (HIS) telah melebihi jumlah alatan-guna kesihatan sebanyak 75 kali. KKM juga dilaporkan membuat lebihan perbelanjaan terhadap 119 peralatan kesihatan bernilai RM404 Juta yang tidak digunapakai sepenuhnya.

Skim Tajaan Lanjutan Pelajaran ke Pengajian Tinggi untuk Kakitangan Awam


Skim tajaan untuk kakitangan awam (akedemik) bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dan kedoktoran di universiti tempatan tidak mencapai sasaran. Kementerian Pengajian Tinggi hanya menaja 3,517 kakitangan awam berbanding 6,103 orang pada tahun sebelumnya.

Projek restorasi alatan purba oleh Kementerian Kebudayaan, Komunikasi dan Informasi


Projek restorasi alatan purba bernilai RM 100 juta tidak mencapai kepuasan kerana restorasi yang dijalankan dibawah kualiti sebenar, kelemahan pengurusan kewangan serta seliaan projek.

Bayaran Lebihan RM174.43 juta oleh Kementerian Pertahanan


Penambahan bayaran RM174.43 Juta oleh kementerian berkenaan bagi projek perumahan (kuarters) anggota, keluarga serta kakitangan pertahanan kerana faktor kelewatan siap bina. Selain itu, dilaporkan perumahan tersebut adalah berkualiti rendah dan sebahagian telahpun mengalami kerosakan.

Tidak menyalurkan Bantuan Kebajikan bernilai RM1.58 juta


Kali ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilapor tidak menyalurkan bantuan bernilai RM 1.58 juta kepada mereka yang memerlukan. Disamping itu, bantuan secara online yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan tidak digunakan sepenuhnya.

Berikut adalah antara kelemahan pengurusan dan pentadbiran kewangan agensi kerajaan yang telah dilaporkan melalui pengauditan. Bagi edisi ini, tujuan kami menyingkap hasil laporan tersebut sebenarnya ada kebenarannya kerana penglibatan kami secara langsung dan tidak langsung dengan agensi berkaitan.

Disamping itu, ia sebenarnya memberikan informasi berguna bagi syarikat-syarikat kecil sederhana, bahawa kerja-kerja pengauditan adalah sangat penting untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan perniagaan anda, on-line mahupun off-line. Disamping itu, keperluan kerja-kerja auditing berkala adalah sangat diperlukan walaupun perniagaan anda pada tahap kecil-kecilan. Audit sebegini perlu bagi mengenalpasti ruang kelemahan pengurusan perniagaan anda serta bakal menentukan hala tuju kerja penambah-baikan terbaik pengurusan perniagaan anda dimasa akan datang.

Nantikan edisi seterusnya, kami merungkaikan beberapa masalah yang dialami agensi kerajaan serta penambaikan yang boleh dicontohi untuk rujukan anda.

Namun, apakah kesimpulan Ketua Audit Negara bagi tahun lalu (2011) mencerminkan tahap sebenar pengurusan kakitangan awam bagi semua peringkat? Ataupun, adakah laporan ini bakal menjadi penanda aras utama PM 1 Malaysia dalam penambahbaikan peringkat atasan barisan pentadbiran beliau pada masa akan datang? Bersama kita berhemah berkongsikan idea relevan. Komen anda sangat dihargai.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!