SSM Bertindak Suara Inisiatif SUARAM Bakal Didakwa

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!

Bukti Kukuh SSM Boleh Membuka Kes Terhadap Suara Inisiatif Sdn. Bhd. Syarikat Disebalik  Pertubuhan Bukan Kerajaan SUARAM

Update: 11-09-2012 1230

Sekitar perkembangan terbaru dan terkini isu LHDN-SSM dan Suaram-Suara Inisiatif Sdn. Bhd.. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Bank Negara bakal menerima bukti dan fail yang mengaitkan Pertubuhan Bukan kerajaan NGO SUARAM dengan penerimaan dana asing. Berikut adalah penerangan beliau dipetik dari sinarharian.com:-

“Saya gesa pada Bank Negara sekali lagi untuk siasat dan mengambil tindakan dan saya difahamkan pada Rabu ini SSM akan mengadakan mesyuarat bersama Bank Negara dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk lihat perkara ini dengan teliti,” katanya.
Tambahnya, jika benar yayasan Soros terlibat dengan Suaram, ia adalah perkara yang malang untuk rakyat Malaysia sebab Soros ini adalah individu yang bertanggungjawab mensabotaj ekonomi negara.
“Kita kesal kerana ada pertubuhan di negara ini yang berani bekerjasama dengan penyangak mata wang yang pernah menyebabkan ekonomi di beberapa negara Asia hampir lumpuh satu masa dahulu,” katanya.

Update: 11-9-2012

Menurut laman themalaysianinsider.com, tindakan mendakwa Suaram oleh LHDN melalui SSM yang dikaitkan dengan syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd., adalah berkenaan isu disebutkan dibawah ini. Berikut adalah penerangan dan keratan diperoleh dari laman themalaysianinsider berkenaan isu LHDN dan SSM serta Suaram dan Suara Inisiatif Sdn. Bhd.:-

" Kebelakangan ini Suaram menjadi sasaran serangan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional selepas memfailkan kes ke atas firma gergasi pembuat kapal perang Perancis DCNS dengan mendakwa firma pertahanan itu membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu... "
sumber: themalaysianinsider.com
Sejauh mana kebenaran dan dakwaan tersebut? Benarkah ia adalah sebahagian dari tindak balas pihak tertentu kerana tindakan membuka kertas siasatan dan menfailkan kes isu pembuat kapal perang Perancis itu?

Artikel Asal

ssm-suara-inisiatif-salur-dana-suaram-isu-politik-arahan-menteri
Sekitar perkembangan terbaru tindakan SSM keatas syarikat Suara Inisiatif, penyalur dana kepada SUARAM.

SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mengenal pasti lima 5 kes untuk mengambil tindakan terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suara Inisiatif) mengikut Akta Syarikat 1965.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walau bagaimanapun buat masa ini, hanya satu kes sahaja yang akan dibawa ke pengadilan, dan akan bertindak dalam seminggu dua lagi. Beliau ditemui di Pekan pada 8/9/2012.

Menurut Dato’ Ismail Sabri lagi, kes seterusnya adalah masih dalam siasatan dan ia berkemungkinan akan juga diambil tindakan sewajarnya setelah siasatan lengkap dijalankan oleh pegawai belaiu di SSM nanti. Beliau ditemui ketika merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Umno Pekan Pahang.

Ketika ini, beliau (Dato’ Isamil Sabri) dikecam hebat bersama seluruh tenaga kerja, pegawai pertengahan, pegawai siasatan dan tenaga pengurusan atasan termasuk CEO Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM. Dato’ Ismail Sabri juga telah mengadakan sidang akhbar, baru-baru ini, bagi menjelaskan kedudukan “pencerobohan” pegawai siasatan SSM ke pejabat syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd dikaitkan pula dengan Suaram.

SSM sendiri didakwa dan dikritik beberapa pihak kerana gagal bertindak terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Ini kerana, ada dikalangan pihak Suaram telah mendedahkan, menerima dana dan peruntukan dari negara asing dan individu dari seluruh negara. Seterusnya bermaksud Suaram bukannya sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO.

Susulan dari dakwaan dan laporan dari SUARAM tersebut, menurut SSM, Suaram bukannya sebuah NGO  pertubuhan bukan kerajaan, tetapi sebuah syarikat dikenali sebagai Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dan boleh diambi tindakan dibawah undang-undang Akta Pertubuhan Syarikat.

Menurut pihak SSM, mereka mengesahkan Suara Inisiatif Sdn. Bhd. berdaftar dengan mereka di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai syarikat perbadanan pada 24 Oktober 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.

Menurut Daro’Ismail Sabri lagi, tindakan SSM ke atas Suara Inisiatif itu bukan didokong oleh politik tetapi berdasarkan kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Syarikat 1965.serta pertubuhan syarikat tersbut. Itu lah sebabnya segala dokumen berkaitan syarikat merangkumi data-data transaksi dan kewangan, audit dan sebaginya diambil untuk di buat siasatan penuh.

cynthia-gabriel-pegawai-disebalik-isu-kapal-selam-scorpene-suaram-suara-inisiatif

Imej atas: Orang kuat di sebalik isu kapal selam : Pengarah Eksekutif SUARAM , Cynthia Gabriel (tengah) dan kanan, Fadiah Nadwa Fikri, peguam cabang PKR, Lawyers for Liberty (LFL), menurut laman ini.

Di beberapa laman pihak media dan individu tertentu berkenaan isu SSM “ menggeledah”  pejabat Suara Inisiatif dan mereka tidak menjalankan tugas boleh diperoleh dari laman pemilik bergelar sebagar seorang peguam ini. Menurut laman tersebut;
"Waran mesti ditandatangani oleh pendaftar. Ia tidak ditandatangani dan orang yang datang bersama mereka hanyalah seorang timbalan. Mereka memutuskan untuk datang semula esok," kata Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel kepada Malaysiakini.” – Isu pegawai SSM yang telah menggeledah pejabat Suharam untuk memperoleh maklumat tanpa waran geledah yang sah.
Namun begitu, menurut laman ini dan disiarkan di berita nasional,
“Pegawai dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengeledah pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif Sdn Bhd serta merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu.

Notis untuk menggeledah dan merampas dikeluarkan mengikut Seksyen 7C dan 7D (1) Akta Syarikat 1965.
Dalam satu kenyataan, Suaram berkata, pihaknya percaya kerajaan dan agensi-agensinya dalam kempen untuk menakut-nakutkan dan mengganggu Suaram sebagai tindak balas terhadap pendedahan NGO itu berhubung skandal kapal selam.....”
Hasil dari kecaman masyarakat dan dunia politik negara, pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM telah mengeluarkan kenyataan bertajuk LAPORAN MAKLUM BALAS BERKAITAN ISU ‘SUARAM’ DAN SUARA INISIATIF SDN BHD, khusus berkenaan isu tersebut dan disiarkan pada 3 September 2012 dan anda boleh diperoleh pada kenyataan akhbar dikeluarakan oleh SSM ini.

Antara petikan dari laporan SSM tersebut, ialah:-
4. Walaubagaimanapun berdasarkan laporan yang tersiar, pihak SSM sedang  menjalankan siasatan terhadap syarikat SUARA INISIATIF SDN. BHD (‘SISB’) yang dikaitkan dengan SUARAM. SISB didaftarkan dengan SSM di bawah Akta Syarikat 1965. Pemeriksaan SSM terhadap SISB merangkumi pelbagai aspek dengan mengambilkira Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang diserahsimpan dengan SSM iaitu samada laporan tahunan dan penyata kewangan memberi gambaran yang benar dan adil (true and fair view) terhadap kedudukan kewangan syarikat. 
Antara aspek siasatan  yang diambilkira berkaitan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang diserahsimpan dengan SSM adalah ianya memberi gambaran sebenar berkenaan status dan objek syarikat, disediakan mengikut piawaian  perakauan yang diluluskan (approved accounting standard), kesemua pendapatan direkodkan dan memberi gambaran yang tepat dan benar, perlaksanaan kuasa fidusiari (fiduciary powers) oleh pengarah-pengarah syarikat SISB berhubung tadbir urus SISB dan dokumen-dokumen perakaunan yang menyokong transaksi-transaksi yang telah dilakukan oleh syarikat disimpan secara teratur dan sempurna oleh SISB.
Oleh itu, diminta untuk melihat ini dalam segala aspek, sama ada berkaitan dengan isu politik mahupun penyalahgunaan kuasa yang melampau sesetengah pihak. Ataupun tindakan ini hanya sebagai salah satu skandal dalam situasi kekecohan dan ketidak tentuan politik Malaysia selepas Merdeka ketika ini. Tidak pasti pula setakat mana “geledah” dan tindakan pihak SSM terhadap syarikat Suaram, jika benar-benar syarikat tersebut telah menyalahi undang-undang pertubuhan syaraikat. Namun begitu, sudah tentu mempunyai segala protokol wajib bagi mereka menjalankan tugas mereka.

Yea bagi kami yang sering berurusan dengan SSM, mungkin lebih tahu tentang kewajarannya pegawai SSM menjalankanj tugas tersebut, sama ada mempunyai segala dokumen lengkap bagi menjalankan tugas. Namun begitu, kami tidak dapat maklumat terprenci sejauh mana tindakan pihak SSM seolah-olah digambarkan seperti “gangster menceroboh pejabat”. Setahu kami, segala penyiasatan dijalankan oleh pihak SSM mahupun jabatan lain, mempunyai protokol yang sangat ketat, sehingga kami sendiri pun sukar untuk menterjemahkannya. Semoga, ia serba sedikit memberikan gambaran keadaan yang berlaku untuk bacaan anda, pembaca setia kami.

Seperti biasa, jangan bersikap terburu-buru. Bertindak mengguna akal dan bukannya perasaan. Sentiasa berfikir di “luar kotak” dan jangan mudah serta cepat melenting dan menuding jari. Anda adalah lebih arif dari mereka-mereka

Update SUARAM dan SSM
Reviewed by Irsah Imihar on Sep 11 2012
Rating: 5
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!