Manifesto Parti Politik : Janji atau Etika?

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.

Memahami Manifesto dan Membuat Pilihan - Janji Ditepati, Deklarasi dan Etika


Sebelum kita semua disogokkan dengan berbagai berita dan kenyataan dari berbagai pihak berbaju kolar merah, hijau, putih, mahupun biru muda, mari kita mendalami maksud MANIFESTO dan relevan perkataan tersebut seperti diperkatakan oleh pakar-pakar intelek yang banyak disiarkan di dada akhbar dan berita nasional tempatan


Politik berpolitik juga... kini lebih mudah setup kedai online secara percuma dengan Blogger. Layari http://blogrcart-white2.blogspot.com & download secara percuma - mudah setup tanpa sentuh sebarang kod!

Maksud Asas Manifesto


Maksud manifesto menurut  laman basicknowledge101.com ialah pengisytiharan kepada pihak awam berkenaan sesebuah prinsip dan hasrat. (A Public Declaration of Principles and Intentions.) Jika menurut laman wikipedia.org pula, maksud perkataan manifesto adalah satu perisytiharan tulisan berniat secara awam, motif atau pandangan penerbit, individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan. Maksud manifesto sering dikaitkan dan bersifat kearah politik, tetapi boleh memberikan pendirian tentang kehidupan seseorang individu. Manifesto yang berkaitan dengan agama secara umumnya dirujuk sebagai kepercayaan terhadap agama tersebut.

Manifesto Dalam Situasi Perniagaan


Di dalam situasi perniagaan pula, manifesto bermaksud satu deklarasi akuan bertulis dengan niat atau mempunyai prinsip menurut laman perniagaan investorwords.com. Dan jika kita merungkaikan maksud prinsip ialah satu peraturan atau etika. Kemudian bagi memahami maksud deklarasi dalam perniagaan merupakan satu istilah undang-undang bagi satu perisytiharan bertulis, yang dibuat di bawah sumpah, apa yang individu itu tahu untuk menjadi fakta dan maklumat. Dalam insurans liabiliti atau harta, pengisytiharan adalah sebahagian daripada kontrak yang mengandungi maklumat asas; misalnya, maklumat kenalan diinsuranskan atau alamat harta, menurut laman investorwords.com lagi.

Pemahaman Manifesto Menurut Parti Sayap Kanan Kolar Merah


Salah sebuah sayap parti berkolar merah telah menyatakan bahawa maksud manifesto ialah, satu pernyataan umum atau deklarasi yang digunapakai oleh seseorang atau sebuah parti politik sebagai pernyataan akan perjuangannya, bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.
 
Dan menurut sayap parti itu lagi, manifesto yang baik ialah manifesto yang boleh membangkitkan rasa keinginan atau kebersamaan di kalangan pengundi dengan calon bahawa arah atau perjuangan yang cuba diterajui oleh calon itu, bersesuaian benar dengan kehendak, naluri, pemikiran dan pegangan mereka. Sumber Parti Sayap Kanan Kolar Biru

Fenomena Manifesto Politik ketika PRU-12 2008


Dengan pemahaman maksud manifesto dalam berbagai keadaan dan situasi dirungkaikan seperti diatas, mari kita lihat pula apakah manifesto yang telah dikemukakan oleh parti politik Malaysia ketika PilihanRaya Umum 2008 ke-12 (PRU-12 2008) oleh pakatan-pakatan parti politik yang bertanding ketika itu.

Manifesto yang dikemukakan Parti Politik Barisan Altenatif PRU-12 (kini Pakatan Rakyat)



Manifesto yang di wartakan oleh parti politik berkolar biru pada PilihanRaya Umum ke-12 (PRU-12) dipetik dari akhbar Utusan Malaysia. 

Oleh itu, membuat kita berfikir, apakah manifesto diatas merupakan sebuah janji seperti diwartakan di dada akhbar, majalah dan rangkaian berita nasional tempatan dan luar negara. Seperti diucapkan oleh ahli-ahli politik, cendekiawan universiti berpangkat professor, wartawan yang menyampaikan berita dan penulis pengampu parti politik warna kolar tertentu?
Jika diikutkan mengikut istilah dan maksud, tiada satu pun perkataan menerangkan manifesto kearah sebuah perjanjian melainkan jika ia telah diwartakan dengan akuan bersumpah (mengikut istilah manifesto dalam perniagaan). Namun, ketika ini, sajian halwa telinga dan minda kita telah disogok lebih terarah mengatakan manifesto merupakan sebuah janji, dan janji tersebut harus ditepati.


Membuat kan kita berfikir sekali lagi, adakah kenyataan, Menteri Besar Selangor pada 30/08/2012 berkenaan isu manifesto dikemukakan oleh pakatan baju kolar hijau, putih dan biru muda tidak menepati janji?? Pada dasar teknikal, kenyataan beliau itu adalah benar, kerana manifesto yang dikemukakan oleh kerajaan beliau mungkin tidak ada deklarasi bersumpah (seperti mengikut istilah perniagaan) - maka ia bukanya sebuah janji. Maka, para wartawan, ahli politik kolar berwarna biru, cendiakawan universiti, dan penulis berita semasa membuat tanggapan tidak tepat tentang maksud manifesto yang dikemukakan oleh pengurus utama kepada kerajaan negeri Selangor tersebut.

Namun begitu, MB Selangor, yang digelar "gagap" oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab, dikecam dengan hebatnya manifesto kerajaan beliau kerana tidak menepati porinisip dan etika yang dilaungkan pada PRU-12 (senarai diatas). Tetapi pada dasarnya mereka-mereka ini hanya telah melanggar etika dan kepercayaan dasar perlaksanaan prinsip yang telah perkenalkan. Oleh itu diharap, para wartawan, penulis berita semasa, ahli politik dan pemikir, cendekiawan dan yang lain-lain, berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu kenyataan yang mungkin mengelirukan.

Secara teknikal kenyataan MB Selangor itu adalah benar, namun biasalah, rakyat kita di Malaysia ini cepat "melatah" serta membuat andaian tanpa mendalami isu dan maksud diperkatakan. Ada juga yang mengatakan bahawa, berita yang disampaikan adalah secara tidak penuh dan berat sebelah kepada sesuatu pihak tertentu sahaja. Maka, kepada anda pembaca kami. tepuk dada tanya selera. Memilih untuk manusia berpegang pada etika dan prinsip atau pun manusia yang menepati janji? Buatlah pemilihan mengikut pertimbangan dan kewarasan anda sendiri tanpa desakan mana-mana pihak, kerana itu adalah hak anda sebagai warga marhain. – irsah indesign.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!