Give Away pertama Daddy Dee sempena pemberian duit raya untuk beli design baju raya - sokong untuk meriahkan kontes.
|
Blog DaddyDee Dot Net |
Yes. Memang boleh jana pendapatan cara
Daddy Dee Dot Net .
Selain dari duit raya, bonus design baju raya dan angpow hari raya, kini anda boleh
tambahkan pendapatan dengan Dadee Dee. Sejujurnya DaddyDee (DD) sedang menganjurkan
Give Away terbaik untuk semua bloggers sehingga 25/8/2012, bagi menambah
pendapatan poket dan bonus berupa duit dan tiket wayang pilihan bagi pemenang.
Dengan kerjasama BudakFelda, DD akan memberikan senyuman kepada anda ketika
sedang berduka selepas berbekanja membeli baju raya.
Kali ini agak simple dan santai, syarat Daddy Dee Dot Net dengan penaja
bersama memerlukan penyertaan sahabat-sahabat bloggers memberikan komen
menhentam atau membina terhadap blog DaddyDee Dot Net. Ok? apa
yang nak dikatakan? Bagaimana boleh tambah duit raya untuk beli baju raya dan
memberi pandangan terhadap blog milik DaddyDee? Mudah sahaja. Mari kita
menyelam
sambil minum air Blog Daddee Dee dalam usaha mencari idea dalam menambah duit hari raya
untuk GiveAway istimewa selepas Aidilfitri dari DaddyDee Dot Net.
Asas penstrukturan blog Daddy Dee Dot Net. Ikutkan memang
warna kelabu atau intonasi dari warna tersebut menjadi kegemaran kami. Pilihan
template blog DD dari Apple I-Feature memang mengujakan. Namun ada juga telah
mendatangkan masalah. Struktur laman untuk tema ini adalah dari jenis responsive
dan merupakan tingkat taraf dari tema original Apple I-Feature. Maka banyaklah
sampah-sampah koding di dalam strukturnya (tidak termasuk sampah sarap
Selangor dari
koding widget),. Boleh juga dibuang segala kod tidak perlu serta compress kan
segala script bagi memudahkan load laman DD ini. Lagi laju lagi ramai
le bloggers singgah dan terjah. Penerangan terperingci anda boleh peroleh di
http://jebengotai.com/giveaway-pertama-daddydee-review-ringkas/ (maaf entri GA perlu
links dari penaja sahaja yer, maka copy and paste lah..) - merupakan
laman penyelidikan teknikal
terulung bagi bloggers masa kini. (Perghhhh..)
Design blog DaddyDee Dot Net bagaimana? Nampak biasa-biasa
saja? Kelihatan gahnya warna kuning banner blog DD yang lebih dominan dari
olahan keseluruhan blog - walaupun saiznya sederhana. Warna benar-benar menjadi
penarik tetapi apabila terlalu kontras akan mengakibatkan
pedihnya kapilasi
mata dan retina. Mungkin boleh di tone, turunkan warna tersebut, supaya
kelihatan lebih
teman tapi mesra dengan tone warna asas Apple
Grey (seragamkan dengan konsep less is more dan minamalise). Warna merah hati,
hijau apple, hijau rumput serta pilihan warna pastel boleh dipadankan. Susunan
keseluruhan memang kemas, dari segi artikel dan imej yang dipaparkan pada setiap
artikel. Ia sangat konsisten dan memperlihatkan kebijaksanaan olahan
Daddy Dee. Cuma bahagian pengiklanan boleh diseragamkan dan memastikan links ke
gambar tidak putus dan diptomakan (kompress) bagi memudahkan load blog. Jika
diberi peluang, external aggregators boleh juga diketepikan dan menggantikan
dengan menggunakan links sahaja kerana ia adalah dari kod script java - robot
Google tidak menilai dan meng-indeks js kod. Pastikan juga skrip tersebut di
kompress dahulu sebelum memasangnya.
Senang ker nak selidik dan mencari artikel di Daddy Dee Dot
Net? Perspektif olahan pula, laman beliau boleh ditingkat taraf dari
segi navigasi dan aturan links dalaman blog. Bukan sahaja memudahkan pengguna
malah akan memudahkan juga robot-robot mencari gali laman blog DD. Namun
boleh dipastikan agar tidak berlaku indeks pendua melalui tags dan sebagainya,
supaya akan lebih mesra dengan enjin carian. Hasil kajian tersebut boleh juga
diperoleh di
http://jebengotai.com/giveaway-pertama-daddydee-review-ringkas/.
Adakah Daddydee kurang bersosial? Yeker? Persoalan yang
selalu bermain di fikiran visitors yang buat pertama kali singgah di blog
beliau. Namun begitu, bab komen dan terjah blog, serah sahaja pada DaddyDee.
Langkah terbaru Daddy Dee untuk memantapkan lagi ruangan sosial agak bijak
denagan membuka FB Like dan jika boleh, email subscribers melalui ruangan komens
(terima kasih pandangan dari sop.name.my). Tidak di lupakan, letaklah gambar
muka di profile Google dan sebagainya kerana ketika ini, laman yang tidak
di-claim secara publik (menggunakan gambar muka) agak sukar berada di enjin
pencarian. Dijangkakan, laman yang tidak di-claim dengan meletakkan gambar
pemilik bakal akan digugurkan dan kita lihatlah bagaimana Google akan bertindak
dengan binatang peliharaan terbaru perubahan Algorithma mereka seperti Tenuk, Labi-Labi, Cicak Tokek
bagi menggantikan Panda dan Penguin. (perkembangan terbaru dari Google
webmasters central)
Faham ke membaca penulisan Daddy Dee? Kami
konfirmkan sememangnya santai, dan adakalanya lebih kepada melepaskan tekanan
perasaan. Topik yang DD rungkaikan banyak berkenaan berita dan
isu semasa, dan kehidupan, diselitkan dengan perkataan sambutan Salam Inspirasi.
Percubaan penulisan dalam bahasa Inggeris juga amat di-alukan dan perkembangan
penulisan bahasa Inggeris beliau sangat mengujakan (walaupun pihak kami bukannya
dikalangan guru bahasa Enggeris). Ia bakal memberi kelebihan kepada DaddyDee Dot
Net untuk lebih mesra di enjin carian. Paling mengujakan penjelasan beliau
mengenai kajian buku-buku jutawan yang sememangnya sangat komprehensif dan boleh
dijadikan rujukan. (Rahsia meningkatkan duit raya dan menjan
pendapatan). Daddy Dee juga telah merungkaikan berbagai teknik dan review
berkenaan e-book jutawan dan anda boleh peroleh dilaman beliau. Selongkar saja
lah artikel DaddyDee kalau tak silap No. 6 atu 7 terdahulu.
Secara keseluruhan jika meter pemeriksaan browser
MoodSEO dikuasakan oleh
Irsah Dot Com,
didapati ia memberikan
markah E (kiraan dari A-F dimana
A adalah terbaik
dan
F adalah gagal). Maka banyak juga tingkat taraf untuk laman blog DD
perlu dilaksanakan, supaya artikel dan post beliau akan lebih relevan lagi di
enjin pencarian. Bagi kami, kami berikan
Markah C kerana blog beliau ketika ini,
pada pandangan peribadi kami,
berada ditahap sederhana sahaja secara
keseluruhan. Tidak terlalu ke SEO, tidak terlalu ke sosial dan juga tidak
terlalu penulisan peribadi. Kami sudah merasakan banyak penambah baikan
sebenarnya telah dirancang dengan lebih awal oleh DadeeDee dan diharap Give Away
ini memberikan petunjuk aras dan inspirasi dalam menentukan hala tuju blog
DaddyDee Dot Net.
Syabas dan tahniah.
Mudah bukan? Dengan memberi pandangan ikhlas dari hati
ke nalurimu
pun boleh mendapat duit raya bonus tambahan sempena menyambut Hari
Raya kelak. Selain dari itu, anda boleh menonton wayang secara percuma mengikut filem
pilihan di GSC secara eksklusif selepas cuti Hari Raya nanti. Walaupun sibuk
dengan berbagai acara, kontes dan lain-lain, kami tetap memberikan support jika
diperlukan, bagi memastikan penyertaan rakan bloggers akan lebih meriah lagi.
Sekurangnya, anda sudah bersedia untuk menerima duit pendapatan tambahan selepas
Hari Raya dengan memenangi angpow raya dari Daddy Dee Dot Net dengan kerjasama PondokKecil.
Nota Kaki Mikael: Jangan lupa Like FanPage
FB DaddyDee Dot Net dan Tweet sekali penyertaan anda. Semoga memberikan
inspirasi dengan perkongsian relevan.
Nota Tangan Mecedes: Untuk menepati syarat,
anda diwajibkan untuk meletakkan backlink Giveaway Pertama Daddydee.net dalam entri tersebut. Tidak
dilupakan masukkan ayat ‘Giveaway Pertama daddydee.net tajaan bersama pondokkecil.com.
OK. Cukup rasanya memberikan pandangan
tidak berapa jujur buat
DaddyDee Dot Net. Diharap pandangan kami tidak
disalah-ertikan dan boleh
dijadikan rujukan oleh sahabat-sahabat visitors Irsah Blog. Yelah, siapa lah
kami, yang pentingnya kami memberikan pendapat dan penjelasan yang ikhlas. Jika
tersalah kata, kami menghulurkan sepuluh jari dan tangan serta
lengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 1433M untuk semua bloggers
beragama Islam tidak kira warna kulit, warna baju, warna rambut dan bilangan
kaki seperti Mikael dan Mecedes - rakan sejati penulis novel
En. Titan. -
1000 patah kata untuk Daddy Dee Bagi Duit Beli Design Baju Raya Mudah Gila - i
rsah indesign.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.