Salam Warga Enterprise.Berita kurang menyelerakan pihak kami terima dari pusat pengurusan DISQUS dan IntenseDebate, iaitu antara penyelaras pengurusan 'comments' untuk sesebuah blog, akan mengalami gangguan teknikal tidak lama lagi. Namun begitu, pengaturan komen Disqus telah mula menampakkan dengan ketaranya gangguan tersebut, dan kami, di Irsah Blog dan Creative Something sedang menjalankan kerja-kerja penambah-baikan.
Bukan untuk memperkecilkan mana-mana pihak pengurusan 'comments', namun demi keselesaan pengunjung dalam dan luar negara ke kedua-dua laman blog kami, pihak kami sedang memindahkan kesemua thread komen ke sistem baru yang dikuasakan oleh IntenseDebate dan CommentLuv. Kenapa? Memandangkan, penganjuran cabaran kata kunci Eyriqazz vs Denaihati sedang hangat dilaksanakan, didapati berlaku gangguan kepada sistem komen blog kami, yang telah dikesan sejak 2 minggu sebelumnya.
Masalah teknikal Disqus.
Semua blog-gers sedia maklum bahawa Disqus telahpun menaik-taraf pengurusan comments, yang lebih interaktif untuk laman blog. Sejak berlangsungnya cabaran kata kunci Eyriqazz vs Denaihati, Disqus seiring menaik-taraf sistem pengaturan-nya. Pada asalnya, sistem tersebut hanya mengendalikan comments sahaja, kini Disqus telah memberikan pengurusan comments berupa forum untuk pemilik blog. Namun, didapati, pada pendapat kami, ia lebih mesra kepada pemilik blog dan kurang mesra kepada sahabat-sahabat blog-gers yang ingin meninggalkan jejak mereka.
Disamping itu, sejak kebelakang ini juga, berlaku masalah reply button dan share button yang sering tidak berfungsi dan lambakkan e-mail yang pihak kami terima berkenaan masalah tersebut - termia kasih CikTom. Oleh itu, sepanjang 30/6/2012, pihak kami mula ber-debat pemilihan sistem comments baru, bagi menggantikan sistem comments, sedia ada. (mungkin itulah sebab dinamakan IntenseDebate) Akhirnya, pihak kami memutuskan untuk menukar dan memindahkan semua comment threads kedua-dua blog kami ke IntenseDebate dengan dikuasakan oleh CommentsLuv.
Alhamdullilah, perpindahan commments di laman Creative Something telah pun selesai, dan dijangkakan, perpindahan comments bagi Irsah Blog ketika berlangsunganya perlawanan akhir EURO 2012 pada awal pagi nanti. Maka, disarankan, pelawat laman kami, meninggalkan jejak dengan berhemah dilaman tersebut, (ketika penambaikan) untuk menambahkan lagi jejak-jejak anda kelak.
Ulasan Penambah-baikan
Sebenarnya, memang sistem comments Disqus telah dioptimakan bagi laman blog khususnya ber-platform Blogspot. Kami pun tidak menolak, bahawa sistem Disqus adalah antara terbaik untuk laman platform Blogspot bagi menggantikan sistem comments default blogspot. Dan, sistem Disqus juga diakui oleh blog-gers berpengalamn seperti saudara AriffShah ditunjukkan di laman ini satu ketika dahulu. Namun, demi kebaikan bersama, dan menjalinkan perhubungan relevan diantara sahabat diluar sana, kami akur kekurangan Disqus, ketika ini, dan penambaikan sedang dan akan dijalankan.
Kami juga menerima banyak e-mail, kenapa laman kami te-tiba 'melompat' kedepan dalam pertandingan cabaran kata kunci Eyriqazz vs Denaihati? Bukankah, hanya maintain sebaris dengan laman earncent, djuandey, blog.puncakmedia.com, jaenul.com, remaaliq, reezluv, wanwidjet, azwananuar dan ramai lagi blog-blog berkaliber? Adakah disebabkan menukar ke sistem baru comments, telah mengangkatkan laman kami mesra SEO? Pihak kami pun masih membuat penilitian dan insya-allah, kami akan post-kan rangkuman siasatan tersebut.
Ironinya, blog event support pun telah menambat tempat di hati sistem pencarian Google. Sepatutnya, pada pengetahuan kami, sesebuah post atau artikel yang mempunyai lebih dari 1,000 patah kata, adalah tidak mesra SEO. Adakah kemungkinan berlaku penukaran Algorithma kepada Google Bot yang paling terbaru. Pihak kami juga sedang menjalankan beberapa siri webinar dan diskusi dengan webmaster GooglePro, dan hasilnya, pasti pihak kami kongsikan bersama kelak. Sekurangnya, anda boleh mendapatkan informasi berguna dalam perjalanan berliku anda sempena pertandingan cabaran kata kunci Eyriqazz vs Denaihati.
Syabas kepada peserta pertandingan, sehinggakan mendapat perhatian dari saudara Dadan serta sahabat blog-gers beliau di Indonesia, turut bersama menyokong cabaran kata kunci Eyriqazz vs Denaihati dengan artikel sokongan mereka. Oleh itu, kepada anda yang belum mengolah strategi anda, sertailah pertandingan cabaran kata kunci Eyriqazz vs Denaihati, buat penulisan terbaik anda, dan maklumat lanjut anda boleh peroleh dari laman penganjur, Eyriqazz.com. Hadiah pun cukup lumayan serta dikuasakan dengan injuksi trafik dari co-sponsor bersama Denaihati.com serta sahabat penganjur sokongan, sudah pastinya akan membuatkan laman anda 'melompat'di laman sistem pencarian Google kelak. Ingat tarikh tutup 31/8/2012 dan keputusan akan diumumkan pada 1/9/2012. Memang benar banyak lagi masa, namun bagi Search Engine Optimisation-SEO, bukan mudah untuk mendapat yang terbaik.
Nota: Jika anda mendapati links anda broken pada comments dijanakan oleh IntenseDebate kami, sila hantar maklum balas di laman irsah.com. Terima kasih kerana keperihatinan anda.
Sekian sahaja dari Meja Irsah Indesign untuk Cabaran Eyriqazz vs Denaihati - Sistem Comments Disqus Dirosakkan?
Eyriqazz vs Denaihati Cabaran SEO Keyword Rosakkan Comments Disqus Irsah
Disemak Oleh Irsah Blog on July 1 2012 Powered with Google+
Rating:
Disemak Oleh Irsah Blog on July 1 2012 Powered with Google+
Rating:
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.