Blog Oh Bulan - Saman RM 1 Juta Diteruskan?

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!
saman rm 1 juta, saman oh bulan, artis saman oh bulan, saman rm 1 juta blog, saman blog hiburan, rm 1 juta janda saman, rm 1 juta untuk maruah, saman maruah, nilai saman maruah, Oh Bulan rm 1 juta saman, oh bulan kena saman, janda rm 1 juta, janda saman blog sensasi, oh bulan mangsa, janda saman lagi, skandal rm 1 juta, janda saman malu, maruah calar
Wahh... Mompreneur saman RM 1 Juta blog Oh Bulan diteruskan? Blog berita hiburan sensasi terkini itu, menjadi tarikan bloggers dan pembaca tanah air. Menurut berita terkini, kemungkinan jumlah ganti rugi akan lebih dari nilai saman RM 1 Juta terhadap Oh Bulan, kerana ia melibatkan tuntutan pelbagai termasuk membersihkan nama, ganti-rugi nama tercalar, ganti-rugi am, gantian rugi perniagaan, ganti kerugian khusus dan sebagainya.

Berkahwin bulan November 2011 dan bercerai Januari 2012, memang membuatkan orang terkejut, lebih-lebih lagi mendirikan rumah tangga dengan artis rock popular negara. Namun ironinya, ia dikaitkan dengan penyebaran gambar-gambar lama, yang "kemungkinan" digodam, 5 tahun dahulu, menjadi punca. Menurut beliau. "Memang itu gambar saya," kata mompreneur, usahanita hartanah dan penididkan kanak-kanak beroperasi di luar negara. Tetapi, menurut beliau lagi, "gambar yang tersebar di internet itu bukan punca mereka bercerai." (Januari 2012 - Kosmo)

Persoalan utama disini, saman RM 1 juta blog Oh bulan kerana menyebarkan fitnah, berita sensasi, penulisan keraguan, yang lebih ke arah mengaibkan nama beliau dan keluarga serta menjejaskan reputasi perniagaan beliau. Adakah ini merupakan tindakan yang pertama untuk menyaman blog-blog hiburan sensasi tanah air seperti Oh Bulan, blog ini dan juga blog disini. Mungkin momprenur ini, bersama barisan peguamnya, telah mneyenaraikan barisan blog hiburan tanah air yang pernah atau menyiarkan artikel/penulisan/gambar hot sensasi berkaitan fitnah beliau diceraikan oleh artis popular tersebut? Jawapannya ada dibawah ini.

Menurut beliau dipetik dari BERNAMA “Lepas ni saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Bila balik nanti saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya,” kata Momprenur tersebut.

Maka sahlah, beliau akan mengambil tindakan untuk membersihkan nama beliau yang tercalar akibat penyebaran artikel/penulisan/gambar yang berunsur fitnah terhadap dirinya. Kesian pula pada blog Oh Bulan yang menjadi mangsa pertama saman RM 1 Juta ini dan proses perbincangan diluar mahkahmah sedang dijalankan diantara kedua-dua belah pihak (melalui peguam masing-masing) sehingga 8-9 August 2012. - petikan siaran hiburan terbitan TV3 Ahad 1230-1330.

Namun begitu ada kesangsian juga dari press conference yang telah diadakan oleh beliau bersama barisan peguamnya, dimana nilai saman RM 1 Juta tersebut berkemungkinan akan lebih, kerana dipercayai menjejaskan banyak faktor. Antaranya ialah, untuk membersihkan nama, maruah tercalar, jejaskan prestasi perniagaan, menimbulkan keraguan dan sebagainya. Namun begitu, dipetik mengulas press conference tersebut oleh salah seorang wakil momprenur, "...untuk membersihkan nama dan membersihkan maruah yang tercalar tidak mempunyai nilai..." - petikan siaran hiburan terbitan TV3 Ahad 1230-1330.

Persoalannya, kenapa telah diletakkan nilai RM 1 Juta saman khusus untuk Blog Oh Bulan dan bukannya kepada blog-blog hiburan tanah air yang lain yang telah menyiarkan artikel/gambar yang "kononnya" berbau fitnah? Dan nilai RM 1 Juta seperti diterangkan oleh beliau seolah sudah pun menilai harga dan maruah Momprenur tersebut. Di mana kesahihan-nya?

Oleh itu.. membuatkan kita berfikir, adakah blog Oh Bulan, menjadi mengsa keadaan ataupun sengaja mencari pasal. Ataupun Momprenur tersebut mencari kebenaran atau ingin menjadi highlight berita semasa? Walhal, banyak lagi berita sensasi ditujukan khas kepada Momprenur tersebut seperti ini dan juga disini, tetapi tidak lagi digambil tindakan. Mana tidaknya, ketika artikel ini ditulis, begitu mudah sekali untuk akses gambar-gambar sensasi beliau seperti di links ini termasuk berita/penulisan blog sensasi perpisahan beliau, kononnya berbau fitnah.

Maka, disarankan, blog writers supaya mengambil iktibar untuk memastikan penulisan anda, jika tidak ada bahan rujukan dan bukti, agar berfikir dahulu. Sudah semestinya kita sebagai penulis di laman internet adalah dilindungi oleh Creative Commons, dan undang-undang penggunaan internet dan sebagainya, namun sebagai warga marhain, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab untuk menyampaikan berita dan penulisan yang sebenar dan asli.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!