Hari ini kami terima e-mel dari salah seorang readers tegar Irsah Blog berkenaan tajuk sensasi atau skandal sensasi yang hangat diperkatakan. Yea. MaltechPro 1 Malaysia Pad: adakah skandal, gula-gula atau sebaliknya. Sumber rencana berkaitan: amenoworld.
Irsah Blog pernah menerbitkan artikel berkenaan MaltechPro 1 Malaysia Pad tidak beberapa lama dulu. Ia berkenaan beberapa kebingungan yang pihak kami peroleh berkenaan gajet terbaru yang akan berada dipasaran seperti diumumkan oleh menteri yang berkenaan di Putrajaya bulan May yang lalu.
Ironinya, ketika artikel ini ditulis, ia masih lagi menjadi pertanyaan, apakah perisian yang bakal diperoleh untuk gajet tersebut? Bagaiman rekabentuknya? Sedangkan syarikat-syarikat jenama dan pengeluar lain telah dan sedang berlumba-lumba dalam memperkenalkan perisian dan gajet terbaru dan telah pun berada dipasaran, walaupun baru diperkenalkan seiringan dengan gajet 1 Malaysia Pad. Strategi marketing 1 Malaysia Pad lagi atau sebaliknya?
Sebagai orang yang tidak beberapa mahir dalam marketing atau isu berkaitan, sudah semestinya memerlukan sebeberapa banyak informasi, sama ada di internet mahupun diluar sebagai panduan. Sedangkan pengeluar 1 Malaysia Pad, masih lagi berselindng (perisian gajet) disebalik tabir website mereka.
Website Maltech Pro
Dari masa kesemasa, kami memanglah menggunakan sepenuhnya dunia maya (internet) untuk menjalankan tugas dan pencarian informasi. Ia bagi memastikan kerja-kerja kami up to date dan relevan setiap masa. Kami pernah pun menyiarkan kedudukan website pembina 1 Malaysia Pad iaitu Maltech Pro Sdn. Bhd. berkenaan pre-order gajet terbaru mereka dan sehingga kini masih pada takuk yang sama. (lihat skrin shot bawah) Isunya disini, pengguna ingin mengetahui secara terperinci apakah kebenaran gajet terbaru yang akan dikeluarkan/dipasarkan di Malaysia, seperti diwar-warkan buatan Malaysia, tetapi masih tiada perincian yang menyakinkan. Skandal atau gula-gula?Wajah website MaltechPro untuk 1 Malaysia Pad Julai 2012 - sama seperti waktu pelancarannya. |
Sebagai orang yang tidak beberapa mahir dalam marketing atau isu berkaitan, sudah semestinya memerlukan sebeberapa banyak informasi, sama ada di internet mahupun diluar sebagai panduan. Sedangkan pengeluar 1 Malaysia Pad, masih lagi berselindng (perisian gajet) disebalik tabir website mereka.
Bagaimana kami ingin membeli sesuatu jika segalanya berselindung? Kenapa pre-order 999 unit 1 Malaysia pad pada harga RM 999 masih lagi dilaksanakan walaupun dilancarkan sebulan yang lalu? Tidak logik masuk akal.
Jika benar pre-order 1 Malaysia Pad masih dijalankan sehingga artikel ini ditulis, bermaksud, selama hampir 1 bulan gajet tersebut tidak laku. Kenapa tidak menggunakan kuasa internet untuk menjual dipasaran? Benar atau tidak? Marketing lagi ke? Atau hanya sebagai gula-gula?
Ironinya disini, komputer atau gajet yang berasaskan peng-komputeran sedang hangat diagihkan kepada pelajar dan orang-orang tertentu (imam dan sebagainya) dan dikatakan adalah hasil penjenamaan 1 Malaysia.
Syarikat dan Produk
Dimana timbul syarikat ini? Siapa yang disebalik syarikat ini? Anda boleh menyemak di sini untuk mendapat kepastian kerana, pada kesudahannya kelak, segalanya akan terbongkar. Tidak perlulah kami menguraikan lebih lanjut sehingga bukti-bukti terkumpul akan didedahkan tidak lama lagi.Ironinya disini, komputer atau gajet yang berasaskan peng-komputeran sedang hangat diagihkan kepada pelajar dan orang-orang tertentu (imam dan sebagainya) dan dikatakan adalah hasil penjenamaan 1 Malaysia.
Cuma, walaupun ia pemberian percuma, ia diharap buatan pemberian tersebut adalah setanding dengan fungsi penggunaannya dan bukannya gajet seolah melepas ditepi tangga. Mungkinkah, tempias produk dari komputer pemberian percuma tersebut adalah setaraf dengan 1 Malaysia Pad keluaran MaltechPro Sdn. Bhd?
Inilah antara persolan yang dibangkitkan kerana kurangnya penerangan dan penjelasan terperinci gajet tersebut. Kita tidak akan tahu sehingga pihak pembina masih ingin berselindung disebalik gajet yang akan dikeluarkan.
Ketika artikel ini ditulis, sudah masuk bulan yang ke 3?
It was reported earlier this month that Malaysia is the largest tablet market in South-East Asia, racking up sales worth US$374mil (RM1.18bil) last year. - sumber The Star Online 25 May 2012
Model jelita bagi pihak MaltechPro, Anisa Abdullah menunjukkan 1 Malaysia Pad ketika pra pelancaran gajet tersebut.
Menurut Bernama lagi: the tablet, with a 7-inch screen, will be officially launched next month.
Ketika artikel ini ditulis, sudah masuk bulan yang ke 3?
Kebenaran kepada harga
Memang benar kami katakan seperti artikel kami yang lalu. Untuk gajet seperti 1 Malaysia Pad yang dikeluarkan oleh MaltechPro ini, bukannya RM 999 kerana ia didatangkan sebagai harga pakej asas sahaja (dipetik dari pra-pelancaran 1 Malaysia Pad di Putrajaya).
Jika diikutkan, anda sebagai pengguna gajet seperti ini tahu bahawa keperluan gajet sokongan lain untuk menambah nilai keupayaan gajet induk anda itu. Maka secara terang, harga 1Malaysia Pad bukannya RM 999 seperti diwar-warkan pada pra-pelancaran tersebut.
Dikhabarkan lagi, harga RM 999, adalah untuk 999 unit 1 Malaysia pad yang pre-oder melalui e-mail kepada syarikat pengeluar. Sekali lagi, bagaiman ingin membeli produk yang tidak tahu asal-usulnya tanpa informasi yang diperlukan? Marketing lagi ke? Atau promosi percuma? Skandal, gula-gula atau promosi percuma?
Sohaimi said the 1Malaysia Pad will be in the market next month after its official launch by PM at an introductory price of RM999 for the first 5,000 units - sumber TheStar Online 25/05/2012 - Yang mana harga promosi benar? Seperti dipaparan website MaltechPro atau ketika pelancaran di Putrajaya.
Kesimpulan
Diharap memberi sedikit manfaat dan iktibar kepada semua, bagaimana, disebalik sesuatu yang manis, sudah tentu ada pahit. Gula-gula yang dimakan tidak akan manis selama-lamanya. Jangan menghebahkan sesuatu tanpa membuat perlaksanaan yang sewajarnya.
Jika diikutkan, secara logik lagi, harga gajet elektronik mempunyai kadar penurunan/kenaikan harga secara drastik dari masa kesemasa. Jika kita menjualnya pada hari ini, sudah tentu harganya akan berubah walaupun dalam masa sebulan. Jika syarikat pengeluar masih mengekalkan harga yang lama, sudah tentu dianggap mahal jika dijual kini.
Adakah pengguna yang membuat pre-orders akan menangung kerugian tersebut? Dan, jika pasaran telah meningkat, mengakibatkan kenaikan pada harga jualan, adakah pengguna juga menanggung lebihan perbelanjaan tersebut? Mana spesifikasinya? Mana details gajet tersebut?
Jika diamati, walaupun kita berfikiran terbuka, nescaya, jika disogokkan dengan maklumat negetif dan dibantu bukti yang kukuh, sudah semestinya yang positif akan menjadi negetif. Gula-gula atau skandal gula-gula? Bertindak sebelum melarat. Jangan biarkan virus menjadi barah
Sekian sahaja perkongsian relevan untuk 1 Malaysia Pad MaltechPro: Skandal atau Gula-gula?
Sekian sahaja perkongsian relevan untuk 1 Malaysia Pad MaltechPro: Skandal atau Gula-gula?
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.