Salam, warga enterprise. Hari ini kami ingin berkongsi, perbincangan yang kami jalankan bersama warga Associates dan Alliance Irsah.Com, kerana minat mereka yang ingin memulakan kedai atau perniagaan dalam talian (on-line). Mereka kini, lebih bersikap terbuka dan sangat teruja apabila melihat ramai, blog-preneurs dan blog-prunettes berjaya dalam industri masing-masing. Perbincangan tersebut lebih bersikap teknikal, dan kami rasa amat menarik untuk dikongsikan bersama.
Kelemahan 1 : Tidak Meng-optima-kan Muka Hadapan Laman
Ketika ini, sudah tentu ramai penulis blog dan pembina laman web mengetahui kepentingan meng-optima-kan muka hadapan laman, lebih-lebih lagi, dalam menentukan rank muka laman masing-masing. Jika asyik fokus dalam menyumbat kata kunci dan membina links sebenarnya lebih menumpu kepada perkara luaran laman tersebut sahaja (off-pages). Jika anda mengolah links dalaman, menguatkan olahan kata kunci, tulisan berimej, tag no-follow, adalah antara sebahagian yang penting untuk berada didepan sistem enjin pencarian. Terdapat berbagai alat untuk membantu halaman anda dan ambiklah masa untuk mengkaji dan mempraktikkannya demi memajukan perniagaan online anda.
Kelemahan 2 : Menggelabah Bila Rank Menurun
Kami telah pergi ke banyak forum internet marketing dan perkara ini selalu berbangkit. Ramai menggelabah bila melihat rank laman web mereka, secara tiba-tiba saja menurun. Sebenarnya, bagi laman web yang baru, pasti akan mengalami situasi sebegini. Kami panggil tempoh “berbulan madu”: iaitu situasi pada mulanya, laman web itu di rank tinggi, tetapi beberapa minggu kemudian akan menetap di tengah-tengah sistem pencarian. Ini adalah perkara biasa.
Jika laman anda telah lebih ‘berumur’, jika berlaku penurunan, berkemungkinan anda akan berkerja lebih keras sedikit untuk menstabilkannya. Laman anda haruslah dikemaskini pengisian (content) dan anda harus fikirkan olahan strategi SEO yang baru. Algoritma Google berubah setiap masa, menjadi keperluan untuk mengkaji sedikit bagi memenuhi keperluan terkini sistem enjin pencarian. Dijangkakan, teknik-teknik black-hat akan terus lupus, dengan adanya penambahbaikan terkini dari Google dan diharap dapat membantui perniagaan on-line anda.
Ini adalah antara kesilapan yang selalu diguna-pakai masa kini. Kebanyakan paengatur laman web manulis keyword secara melampau untuk mendapatkan perhatian bots enjin pencarian. Walaupun penting untuk memberi penekanan terhadap kata kunci (keyword) anda ketika menulis, namun mestilah mudah difahami oleh pembaca laman anda. Ada mengatakan, bagi setiap 100 patah kata, anda menyelitkan 1 kata kunci tersebut. Oleh itu, jika anda mempunyai 1000 patah kata, sekurangnya anda mempunyai 10 kata kunci berulang. Rasanya, satu olahan yang logik dan munasabah bukan?
Di-ingatkan juga , bila anda membaca semula penulisan anda, biarlah ia kelihatan selesa dan tidak seperti robot. Jika terlalu banyak penekanan kepada kata kunci pun akan menjejaskan penulisan anda. Ketika ini, Google sangat menapis laman web yang keterlaluan menggunakan kata kunci. Selalu-lah menulis untuk manusia dan bukannya robot walaupun untuk memajukan perniagaan.
Kami masih tidak menjangka, perbuatan ini dijalankan walaupun banyak penambahbaikan telah dilaksanakan oleh Google. Ramai yang masih membina links dengan beribu-ribu laman web, kononnya boleh mendapat perhatian SERP. Ada satu ketika, kami pun menerima tawaran untuk memperoleh 10,000 links PERCUMA. Kami menolak kerana kami tidak tahu asal-usulnya. Memang, tidak boleh disangkal lagi, Google sangat tidak gemar links sebegini. Dan jika anda masih berharap menggunakan kaedah links untuk memajukan laman anda, tips kami ialah hanya bina satu links “solid” dari laman ber-PR5 sudah memadai. Ia diumpamakan, kuasa berjuta links rendah ke laman anda. Percaya atau tidak?
Adakala kita bertanya pada diri, banyaknya links yang dibina selama ini, tapi langsung tidak mendapat perhatian sistem enjin pencarian? Selalunya berlaku kepada links ke laman web no-follow. Walau bagaimanapun orang mengatakan, pada kami, link no-follow tidak memberi kesan mendalam seperti links do-follow. Bukan kami ingin mengatakan, link no-follow tidak boleh mendapat tempat, cuma kepentingan untuk seimbangkan struktur links anda, supaya laman anda lebih selesa. Bagi kami, kebanyakan links yang do-follow akan menerima kesan yang maksimum.
Kami dulu pun pernah berfikir sebegini. Kami jangkakan kami boleh memperoleh keuntungan dengan cepat. Siapa tak nak rugi bukan? Semua sebenarnya karut belaka. Kami pun pernah berputus asa, seperti tiada penghujungnya. Dahulu kami membina laman web berbayar sampailah laman web percuma, mencari sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. Kami menulis berbagai artikel dan menyertai berbagai laman sosial, namun semuanya hampa.
Sebenarnya, tidak siapa pun dalam perniagaaan on-line, mendapat keruntungan dengan sekelip mata - kecuali penyelewengan. Ia sebenarnya satu kerja keras. Dan selalunya, ramai akan berputus asa kerana tidak menimba pengalaman dahulu.
Kelemahan 3 : Menulis Untuk Sistem Enjin Pencarian

Kelemahan 4 : Membina Links Berkualiti Rendah
Kami masih tidak menjangka, perbuatan ini dijalankan walaupun banyak penambahbaikan telah dilaksanakan oleh Google. Ramai yang masih membina links dengan beribu-ribu laman web, kononnya boleh mendapat perhatian SERP. Ada satu ketika, kami pun menerima tawaran untuk memperoleh 10,000 links PERCUMA. Kami menolak kerana kami tidak tahu asal-usulnya. Memang, tidak boleh disangkal lagi, Google sangat tidak gemar links sebegini. Dan jika anda masih berharap menggunakan kaedah links untuk memajukan laman anda, tips kami ialah hanya bina satu links “solid” dari laman ber-PR5 sudah memadai. Ia diumpamakan, kuasa berjuta links rendah ke laman anda. Percaya atau tidak?
Kelemahan 5 : Tidak Mengetahui Links No-Follow dan Do-Follow
Adakala kita bertanya pada diri, banyaknya links yang dibina selama ini, tapi langsung tidak mendapat perhatian sistem enjin pencarian? Selalunya berlaku kepada links ke laman web no-follow. Walau bagaimanapun orang mengatakan, pada kami, link no-follow tidak memberi kesan mendalam seperti links do-follow. Bukan kami ingin mengatakan, link no-follow tidak boleh mendapat tempat, cuma kepentingan untuk seimbangkan struktur links anda, supaya laman anda lebih selesa. Bagi kami, kebanyakan links yang do-follow akan menerima kesan yang maksimum.
Kelemahan 6 : Berharap Keputusan dengan Cepat
Kami dulu pun pernah berfikir sebegini. Kami jangkakan kami boleh memperoleh keuntungan dengan cepat. Siapa tak nak rugi bukan? Semua sebenarnya karut belaka. Kami pun pernah berputus asa, seperti tiada penghujungnya. Dahulu kami membina laman web berbayar sampailah laman web percuma, mencari sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. Kami menulis berbagai artikel dan menyertai berbagai laman sosial, namun semuanya hampa.
Sebenarnya, tidak siapa pun dalam perniagaaan on-line, mendapat keruntungan dengan sekelip mata - kecuali penyelewengan. Ia sebenarnya satu kerja keras. Dan selalunya, ramai akan berputus asa kerana tidak menimba pengalaman dahulu.
Kelemahan 7 : Tidak Konsisten
Jika anda benar-benar serius ingin menjana pendapatan secara on-line, anda haruslah konsisten. Adakalanya anda akan bekerja keras untuk mendapat tempat teratas dalam enjin pencarian, walaupun belum mendatangkan hasil, anda haruslah konsisten. Jika tidak, dengan mudah pesaing anda akan menerima imbuhan yang sepatutnya anda peroleh. Apa sahaja yang anda buat sebenarnya kena konsisten. Anda harus berusaha sedikit untuk mendapatkan apa yang anda ingin perolehi.
Kelemahan 8 : Tidak Mempelbagaikan Binaan Links
Untuk kelihatan links anda semulajadi, adalah sangat penting mendapat back links dari sumber anda percayai. Anda perlu mendapat links dari direktori, laman media sosial, direktori artikel, blog, komen blog, forum dan banyak lagi. Dengan mempelbagai kan links anda, anda akan berada lebih kehadapan dari pesaing anda. Untuk laman yang baik, anda haruslah mendapat kepelbagaian links dan kelihatan semulajadi (natural).
Kelemahan 9 : Tidak Kemaskini Content Laman
Secara asasnya, apabila anda membina backlinks berkualiti, ditujukan pula pada contents anda, laman web anda mendapat perhatian sistem enjin pencarian. Anda akan dapat banyak trafik percuma. Ini adalah pendekatan paling asas sekali yang boleh gunapakai. Google memang suka laman web sebegini. Adakalanya kami membina sedikit backlinks sebulan, namun menerima 8,000 pengunjung sebulan ke laman web dan sebenar disebabkan kerajinan kami kemaskini contents kami.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kami melihat ramai webmasters membina backlinks setiap hari. Walaupun ia penting, namun, jika mereka mengemaskini (update) laman web mereka setiap minggu, dengan menulis artikel baru, mereka sebenarnya akan menerima banyak lagi trafik ke laman web secara percuma. Kami tahu sebab kami telah pun mencuba. Kepelbagaian penambahbaikan Google seperti Panda dan Penguin, laman kami nampak mesra dangan enjin pencarian Google, kerana kami selalu memberi artikel dan content dikemaskini. Jika menulis setiap hari menyukarkan, 2 kali seminggu pun sudah memadai – sememangmya membantu memajukan perniagaan anda
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.