Hari Raya TESCO - Ramadhan Bubur Lambuk Percuma

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!
Sempena bulan puasa Ramadhan Al Mubarak, rangkaian hipermarket terbesar di Malaysia, TESCO, telah secara rasminya melancarkan Karnival Industri Kecil dan Sederhana di semua rangkaian TESCO seluruh negara. Menurut pengarah pemasarannya, Puan Vivian Yap, sebagai sumbangan terbesar produk jualan TESCO, dengan menagadakan Karnival sebegini bersama kerjasama agensi berkaiatan, dapat membuka peluang pemasaran dan perniagaan kepada pengusaha industri kecil dan sederahana di Malaysia.



Tetapi sebelum itu, pengarah pemasaran TESCO, Puan Vivian, dengan adanya kerjasama MAGGIi, dan diketuai oleh Chef Muluk, telah melancarkan program sosial dan kemasyarakatan CSR - Bubur Lambuk Secukup Rasa. Pengunjung rangkaian TESCO terpilih di seluruh Malaysia akan menerima bubur lambuk yang dimasak secara gotong royong oleh kakitangan TESCO sendiri di bawah pengawasan Chef Muluk.

Sebanyak 500-1500 bungkusan menu berkenaan akan disediakan bersama karnival industri kecil sederhana di TESCO dan telah pun bermula pada 26/7/2012 di TESCO Sungai Petani, kemudian diikuti cawangan TESCO Kepong (1 Ogos) dan Shah Alam (8 Ogos) depan. Hampir kesemua cawangan TESCO mengambil bahagian kecuali cawangan Paradigm, Kelana Jaya dan KSL City. Bubur lambuk percuma ini akan mula diagihkan kepada pelanggan TESCO bermula jam 4.30 petang sehingga semua bungkusan habis diedarkan kepada pelanggan.

Sebagai program CSR TESCO dan Maggi, bubur berkenaan juga diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat selain memberi sumbangan kepada anak yatim di kawasan berdekatan. Anda juga boleh mendapatkan koleksi eksklusif baju raya yang berbaloi, seperti di gambar atas, khas buat pelanggan TESCO seperti diterangkan di posting ini.

Kepada pelanggan beragama Islam, TESCO akan memberi ganjaran kepada pemilik Clubcard dengan pemberian kupon diskaun 10 peratus dan ia dikhususkan kepada barangan yang sering dibeli pelanggan berkenaan. Diharap pelanggan-pelanggan TESCO dapat merancang perbelanjaan dan jadual ketika berada di rangkaian TESCO untuk membeli-belah. Kadar diskaun ini ditentukan menerusi rekod pada data pemilik kad dan mereka akan menerima kupon menerusi pos untuk ditebus dengan setiap pembelian di semua cawangan TESCO seluruh negara.



Bersesuain dengan tema pilihan perayaan TESCO tahun ini - Harga Rendah Raya Meriah, TESCO akan menyediakan pelbagai promosi khas musim perayaan bagi membantu pelanggan berjimat. Kerjasama TESCO untuk Karnival Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di semua pasar raya di seluruh negara bermula 26 Julai hingga 8 Ogos, akan bakal mempromosikan 250 produk-produk yang datangnya dari industri berkenaan sahaja.

Untuk membantu pelanggan membeli-belah di TESCO, hipermarket ini melanjutkan waktu operasi sehingga jam 1 pagi di semua cawangan kecuali Sungai Petani, Sungai Petani Selatan, Stargate, Melaka, Melaka Cheng, Extra Cheras dan Paradigm Kelana Jaya yang dibuka sehingga jam 12 tengah malam.

Semoga kita sebagai penggunna dan pemilik /pengusaha produk kecil dan sederhana dapat manfaat sewajarnya dengaan terlangsungnya Karnival sebegini. Di samping itu, dihara pengguna akan berbelanja dengan lebih bijak ketika bulan Ramadhan ini dan seterusnya di masa perayaan yang akan datang.. Sekian.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!