Tips SEO Mudah Hari Ini – Kontraktor dan Direktori

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam warga enterprise. Ramai Associates dan Alliance kami  bertanya, apa kaitannya Kontraktor dan SEO serta apa keperluannya? Soalan cepu mas tuh. Kami pun memulakan gerak bicara…


Tujuan blog kami bukanlah untuk bersaing dengan otai-otai bloggers seperti abangensem.com, denaihati.com, ariffshah.com, mamamurai.com dan ramai lagi otai2 bloggers baik lelaki dan wanita. Sebenarnya kami sangat teruja bagaimana persaingan dan perkongsian yang dijanakan diantara blog-blog tersebut membuktikan keupayaan dan kreativiti masing2 dalam mengukuhkan persaingan dunia maya hari ini. Banyak ilmu dan Tips SEO yang sangat berguna boleh diperoleh dari blog2 tersebut disamping rangkaian artikel persendirian dan peribadi yang sungguh mencuit hati.

Apa kaitannya Kontraktor dan SEO? Explanation paling mudah dan panjang kami boleh terangkan ialah begini:

Ia sepeti anda ingin menjual produk atau barang. Bayangkan anda mejual sayur di pasar borong  dan dilelilingi apek dan nyonya lain menjual sayur yang sama. Nak ditambah cerita, ada 20 lagi peniaga macam apek dan nyonya tersebut menjual barangan yang sama. Jadi, bagaiman anda ingin melariskan sayur anda? Apa anda perlu buat untuk menarik perhatian? Menjerit? Mengupah orang menarik pelanggan ke kedai sayur anda? Meletakkan harga jauh lebih rendah dari pesaing anda?
Begitulah konsepnya di alam maya. Terdapat beratus juta laman web dan berjuta laman web di Malaysia sendiri dan bagaimana untuk meletakkan laman web anda dihadapan di dalam sistem pencarian (search engine)?

Jadi SEO atau search engine optimisation dilaksanakan ke atas laman web anda untuk memperoleh kedudukan terbaik di dalam sesuatu sistem pencarian search engine. Jika penggunaan SEO yang betul, dengan sendirinya laman web anda dihadapan sistem pencarian dan seterusnya dapat membuka ruang dan peluang kepada laman anda dan memperoleh pembaca melayari laman web anda.

Kenapa Kontraktor memerlukan SEO? Ini diperlukan sebab anda sebagai kontraktor sebenarnya memberikan perkhidmatan tidak kiralah secara berjadual mahupun berkontrak. Ia sebagai salah satu strategi perniagaan anda untuk mencari ruang dan peluang kerjasama perniagaan strategik dan menambah kebolehcapaian pelanggan baru untuk perniagaan anda.

Hampir setiap hari anda menggunakan e-mail untuk berurusan dengan pelanggan anda tetapi anda tidak menggunakan kuasa teknologi maklumat sepenuhnya untuk penambah-baikan perniagaan anda. Adakalanya anda mencari quotation atau harga barang untuk menjadi penanda aras anda meletakkan harga didalam borang tender sebutharga, tetapi akhirnya kebanyakkan search engine memberikan pencarian yang menghampakan. Akhirnya anda mengalah dan terbuang masa hanya untuk mencari maklumat tersebut.

Senario tersebut selalu berlaku lagi2 bagi kontraktor perkhidmatan yang berurusan diatas talian sama ada dengan agensi kerjaaan melalui sistem E-perolehan MOF mahupun agensi yang lain.
Inilah antara faktor yang mendorong kewujudan laman directori - Directory4E yang bermaksud Directory For Enterprise. Ia dibangunkan untuk menghubung real-time perniagaan kecil sederhana dan membina links dengan Assocciates dan Alliance kami.

Directory4E sebenarnya bukannya a one way approach. Pelawat2 laman boleh mencari maklumat juga. Ia boleh memberikan ruang untuk anda mempromosikan produk atau perkhidmatan anda disamping memperluaskan perkhidamatan dan skop perniagaan anda dalam skala yang lebih kecil dan terkawal. Jadi anda tidak perlu bersaing dengan produk dan penjenamaan yang sedia ada. Disamping itu, anda memperoleh perkhidmatan SEO built in untuk laman web anda jika anda mendaftarkan laman web anda dengan Directory4E. Pendaftaran PERCUMA. (Automatik activation sehingga 31/07/2012) Tiada data persendirian diperlukan.

Siapa itu Associates dan Alliance?

Associates dan Alliance kami adalah ahli-ahli perniagaan dan kontraktor2 yang sangat aktif menjalankan urusan dengan pihak agensi dan jabatan kerajaan. Untuk rekod, secara kolektif hasil  perolehan sebagai kontrakator perkhidmatan bagi suku tahun pertama 2012 sudah mencapai RM 1.58 juta, satu pencapaian luarbiasa bagi syarikat enterprise. Bagi tahun 2011 pula, jumlah perolehan Associate dan Alliance kami secara kolektif telah mencecah RM 3.45 juta. Inilah dinamakan jutawan senyap.

Links SEO dan Links Perniagaan

2 objektif utama kewujudan Directory4E. Anda boleh membina links percuma untuk laman web anda dan anda boleh membina link perniagaan dengan sesiapa yang mendaftar dan pelawat directory tersebut. Sebolehnya kami ingin memberikan satu perkhidmatanm yang lebih terkawal untuk pelawat2 Directory4E sebagai sumber pencarian dan maklumat tugasan harian perniagaan mereka.

Mungkin anda sudah meluat atau bosan melayari laman direktori besar seperti Yellow Pages dan yang lain-lain. Masalahnya, skop pencarian adalah terlalu meluas dan global. Dan jika anda sebuah perniagaan kecil, bagaimana anda ingin memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda dan bersaing dengan perniagaan sedia ada yang jauh lebih berpengalaman? Jadi, directori sebegini adalah salah satu alternatif untuk mengembangkan perniagaan anda dengan secara terkawal.

Tidak kiralah mana2 direktori berskala kecil termasuk direktori enterprise seperti Directory4E. Ia sebagai satu alternatif di dunia siber bagaiamana anda boleh meluaskan skop perniagaan anda. Selamat mencuba dan selamat berniaga. Berniaga tanpa sempadan.

Directory4E telah disahkan selamat dari serangan malware oleh Norton online checker. Perisian direktori tersebut adalah URL friendly dan tidak menjejaskan kedudukan laman web anda malah membantu meningkatkan prestasi kebolehcapaian laman web anda pada search engine.

Tiada lambakkan e-mail dikirim ke e-mail anda seperti subsription letter dan sebagainya. Directory4E dikelaskan oleh  search engine utama sebagai laman link building yang sihat dan bukannya ‘spam’ serta tidak melanggar mana-mana peraturan yang mana boleh mengakibatkan Directory4E di-ban oleh sistem pencarian dan ‘crawlers’ search engine.

Sekian dari meja Irsah Indesign penggunaan SEO bagi Kontraktor dan Dunia Perniagaan.

Nota penting:
Selepas 31/7/2012 links submission untuk Directory4E adalah PERCUMA dengan memerlukan RECIPROCAL links. Automatik activation akan disable oleh administrator Directory4E.
Perkhidmatan bulk links juga disediakan pada kadar yang menarik dan anda boleh membuat pertanyaan melalui contact form disediakan.
Oleh kerana ia adalah perkhidmatan PERCUMA, adalah keperluan untuk meletakkan backlink kepada Directory4E sebagai tanda sokongan dan participation anda dalam masa 14 hari setelah automatik activation semasa submission sebelum 31/7/2012.
Terima kasih diatas sokongan anda.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!