Carta Saiz Kasut Wanita Rujukan Pengguna Pemilik Kedai On-Line

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!
Menambah nilai informasi bagi produk jualan kedai online anda, sudah semestinya keperluan maklumat dan penerangan yang tepat atau hampir tepat haruslah diutamakan. Ia bagi memastikan pengguna atau bakal pembeli di kedai on-line anda tidak akan berasa tertipu.

Saiz kasut berpadanan.

Maklumlah dengan lambakan kedai on line, sama ada dalam bentuk laman e-dagang mahupun blogshop, pemilik masih tidak menitik beratkan perihal penerangan terperinci produk mereka, justeru mengurangkan aktiviti jualan di laman masing-masing.

Bagi pengguna pula, pembelian produk diatas talian sudah menjadi trend. Ketika artikel ini ditulis, dilaporkan pengguna Malaysia telah berbelanja lebih 5 juta ringgit bagi tahun 2011 (tidak termasuk pembelian melalui perpindahan perbankan dan sebagainya). Angka tersebut merupakan anggaran transaksi pembelian secara online dengan menggunakan sistem  pembayaran bersekuriti (secured payment system).

Oleh itu, jika anda sebagai pengguna, terutamanya pengguna wanita bagi memilih dna seterusnya membeli sepasang kasut di atas talian, adalah lebih wajar untuk membuat sedikit penyelidikan, lebih-lebih lagi berkenaan saiz "standard" kasut wanita serta kadar "conversion" saiz kasut anda mengikut negara-negara berkaitan.

Tahukah anda? Perincian produk jualan on-line boleh menambahkan keyakinan pengguna serta lebih efektif tingkat hala tuju jualan. Kajian dibuat menggunakan template percuma blogspot yang bercirikan laman e-commerce ini di http://blogrcart-white2.blogspot.com untuk mendekatinya.

Bagi penulis, baru-baru ini telah membuat pembelian secara atas talian, dan dengan bantuan carta saiz kasut mengikut negara (seperti dibawah) telah banyak membantu. Sekurangnya pilihan pembelian kami di blogshop tersebut adalah tepat dan pemilik kasut tumit tinggi tersebut juga sangat berpuas hati :-).

Carta Saiz Kasut Wanita International (Mengikut Negara) 


US / Canada
China
Australia
Europe
Mexico
Japan
UK
5
35.5
5
35
-
21
2.5
5.5
36
5.5
35.5
-
21.5
3
6
37
6
36
-
22
3.5
6.5
37.5
7
37
-
22.5
4
7
38
7.5
37.5
-
23
4.5
7.5
39
8
38
4.5
23.5
5
8
39.5
8.5
38.5
5
24
5.5
8.5
40
9
39
5.5
24.5
6
9
41
10
40
6
25
6.5
9.5
-
11
41
6.5
25.5
7
10
42
12
42
7
26
7.5


Bagi mereka yang memakai saiz kasut yang "average", berkemungkinan tidak akan menmpuyai masalah berkenaan pilihan saiz mereka. Namun, dengan adanya carta saiz kasut mengikut negara-negara diatas, sekurangnya memberikan idea/informasi berkenaan saiz kasut pengguna yang luar biasa, lebih-lebih lagi bagi pembelian atas talian dari laman e-dagang dari luar negara.
   

Pengguna Berwaspada adalah Pengguna Bijak


Sudah tentu, meneliti terma dan syarat pembelian di sesebuah kedai online mahupun blogshop mesti menjadi keutamaan. Kelebihan diberikan kepada kedai online/blogshop yang memberikan perkhidmatan tambah nilai seperti "money back guarentee" dan sebagainya. Rujukan dari ruangan feedback pengguna kedai online tersebut juga banyak membantu.

Oleh itu, ambillah masa untuk penyelidikan, supaya anda akan berasa puas dengan pilihan/pembelian produk anda. Bagi pemilik kedai online, sumber informasi tambah nilai sebegini dapat membantu merancakkan lagi aktiviti jualan di kedai anda kelak. Segala rujukan tambah nilai, sudah tentunya memberikan kelebihan serta menjadi pilihan utama pengguna kelak.

Selamat berniaga!
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!