Berniaga On-line, Pilihan Tema BlogShop dan Pengurusan Konten

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Bersawang juga blog perkongsian ilimiah usahawan on-line ini setelah sekian lama terpaksa akur kepada komitmen kerja serta berbagai tempahan perkhidmatan on-line yang tidak putus sejak penghujung tahun 2012. Terima kasih kepada rakan blogger yang tidak putus-putus terus singgah dan bertanyakan khabar melalui e-mail dan laman sosial kami.

Tema Blogshop Percuma Niaga Online serta Tutorial
Klik imej untuk dibesarkan.

Mungkin ada yang telah mengetahui, selain berkongsikan pengalaman dan tips tutorial info berguna untuk warga enterprise dan perniagaan kecil, kami juga menjalankan perkhidmatan sokongan atas talian (melalui laman web ini) untuk membantu pengurusan perniagaan kecil harian mereka. Tidak sangka pula mendapat sambutan hangat, maklumlah ia berbahasa Inggeris dan mendapat sokongan international (klien rata-ratanya dari orang puteh) :-).

Dalam kesibukan ada juga rakan blogger yang sudah mula menjalankan perniagaan on-line, alhamdulillah ia berjalan dengan lancar lebih-lebih lagi dengan bantuan tema blogger percuma seperti ini dan upgrade integrasi shopping cart seperti blogshop ini, bagi memudahkan pengurusan perniagaan on-line mereka.

Umum sudah mengetahui, membina kedai on-line (e-commerce) memang agak mahal, lebih-lebih lagi pengurusan sistem e-commerce, rekabentuk portal, integrasi perhubungan pelanggan, pengurusan akaun dan stok. Harga pasaran pembikinan, ada bermula dari RM 500 dan adakala mencecah RM 4000, lengkap dengan segala integrasi dinyatakan. Dengan sistem baru, banyak juga lah kena pelajari selok-belok penggunaannya, dan adakalanya anda akan berasa berputus asa!

Namun, dengan adanya platfrom percuma seperti blogger, anda boleh menggunakan perkhidmatan dengan sebaiknya, Dengan bantuan blogshop ber-temakan separa atau penuh e-commerce, kini blog anda kelihatan seperti portal e-commerce sebenar. Mengasingkan rekabentuk blog anda dengan lebih interaktif dari blogshop lain dipasaran dan memastikan penggunaan yang lebih efisyen kepada bakal pelanggan anda.

Oleh kerana banyak juga rakan blogger kami bantu dalam pemasangan serta integrasi blogshop menggunakan tema MyShopping Cart, tidak lama lagi kami akan berkongsikan tema upgrade tersebut dengan berbagai fungsi dan rekabentuk yang lebih trendy dengan keterampilan yang lebih matang. Pra prebiu anda boleh lihat disini, dan maklumat tambahan anda boleh ajukan kepada kami di ruangan komens di bawah nanti.


Prebiu Awal MyBlogShop Pro


Terima kasih kepada pembina/author tema Blogger Shopping Cart, kini blocgshop anda sememangnya boleh besaing dengan portal atau website e-commerce seperti ini dan juga e-commerce shop ini, yang tidak asing bagi pengguna di Malaysia. Kini desain dan integrasi blogshop anda setaraf dengan webportal e-commerce tersebut serta memberikan perkhidmatan tambah nilai kepada bakal pelanggan anda kelak.

Online e-commerce blogsHop dan tips panduan pemasanagan carian enjin
Klik imej untuk dibesarkan.

Antara kelebihan upgraded desain dan fungsi terbaru tema blogshop tersebut adalah:-
  1. Integrasi dengan slider laman utama
  2. Checkout ke laman page custom blog
  3. Borang checkout custom ikhsan JotForm.Me (kini sudah menjangkau 1 juta pengguna tahniah!)
  4. Pilihan warna yang lebih trendy.
  5. Integrasi drop down menu.
  6. Integrasi ruang banner/header penuh.
  7. Ruang carian dan integrasi produk blogshop ala Google.
  8. Paparan kod produk pada shopping cart (memudahkan pelanggan checkout).
  9. Fungsi threaded comments sebagai ruang pandangan pengguna bagi setiap produk. 
  10. Integrasi iklan Nuffnang (banner dan large ads).
  11. dan banyak lagi.... 


Bakal dinamakan MyBlogShop Pro, ia menjanjikan sebuah blogshop, bukan sekadar blogshop biasa :-)

Antara blogger awal yang telah menggunakan integrasi tema MyBlogShop Pro ini adalah blogshop ini, jika anda ingin melihat secara live integrasi dinyatakan. Walaupun blogshop beliau menggunakan perisian tema blogger custom, namun struktur asasnya berdasarkan tema MyShoppingCart dan MyBlogShop Pro digabungkan.

Memang ia mendapat pujian dari komuniti CMS (content management system) ini kerana kami merupakan ahli kommuniti yang sangat aktif dengan berbagai pengiktirafan telah dianugerahkan, sepanjang penglibatan kami bersama membantu komuniti forum/portal tersebut.

Website, CMS, Portal pilihan untuk Warga Enterprise


Anda boleh melawat CMS-Content Management System concrete5 di sini, sangat sesuai untuk warga enterprise untuk membina portal web, website syarikat mahupun integrasi e-commenrce dengan fungsi penuh.Sistem ini adalah percuma sama seperti pesaing mereka, WordPress, dan website anda tidak akan lagi kelihatan seperti blog dengan bantuan "in-context editing" iaitu meng-edit konten dan desain website anda di paparan skrin sahaja!.

Baru-baru concrete5 telah dianugerahkan Content Management System Pilihan Popular Pengguna Tahun 2012 di laman web CMSCritic.Com.

Keperluan anda untuk mendaftarkan domain dan melanggan hosting, seperti rakan niaga dan klien kami di web hosting terbaik serta affordable ini untuk memulakan download percuma sistem tersebut, tanpa keperluan tambahan seperti pengguna WordPress. Setup concrete5 CMS ini pun lebih mudah dengan fungsi "one click install", yang terdapat dimana-mana hosting masa kini.

Contoh beberapa tema menggunakan CMS concrete5 dan mempunyai ciri responsive (mobile friendly) anda boleh melawat laman pembinaan tema concrete5 kami di sini secara eksklusif. Cuba re-size browser anda dan lihat tema tersebut berubah mengikut saiz skrin anda, sekecil skrin mobile!. Berbagai fungsi tambahan seperti menukar warna tema secara live, menambah imej background  full screen size dan banyak lagi.

Terbaru, hasil kerjasama kami menggunakan sistem CMS concrete5 dengan designer luar negeri adalah seperti website ini, yang baru sahaja dilancarkan. Rekaan website tersebut juga mengaplikasikan dua bahasa (Inggeris dan Jepun) dan juga mengintegerasikan sebuah blog khusus, juga menggunakan sistem concrete5.

Semoga, perkongsian kami ini dapat membantu anda melonjakkan jualan on-line anda serta memudahkan pengurusan on-line anda kelak. Nantikan kemunculan tema blogshop terbaru dari kami. Kami sangat  mengalukan pandangan anda dalam apa jua penambaih-baikan yang boleh dilaksanakan, khususnya bagi pembangunan shopping cart percuma tersebut.

Maklumat lanjut Tema MyBlogShop Pro dan CMS concrete5 boleh ajukan kepada kami di ruangan komens ataupun tujukan terus di ruang contact kami pada navigasi menu diatas untuk lebih privasi :-)

Salam Sayang dan Hormat... kami sudah kembali berkongsi info untuk anda! Janji untuk terus berkongsi info niaga on-line harus ditepati... :-)
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!