Apa cerita? BH 11/8/2012 menyiarkan berita kakitangan awam, pekerja gomen
kantoi curi tulang? Dilaporkan ramai pekerja gomen kakitangan penjawat awam di Putrajaya dan mungkin sekitar Malaysia dikesan ponteng kerja dan shopping membeli belah
di kawasan sekitar tempat kerja pada waktu pejabat tanpa kebenaran. Lebih-lebih lagi, ketika di
bulan Ramadhan dan sedang menghampiri Hari Raya Aidilfitri untuk membeli baju raya, kuih raya dan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri..
Gambar Hiasan, Bukan Penjawat Awam dimaksudkan JPA |
Menurut laporan dari Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, selain kompleks membeli belah dan pasar Aidilfitri, pekerja gomen kakitangan awam juga dikesan di pasar-pasar Ramadhan lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Dan pihak JPA juga meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai mereka dengan memastikan mendapat kebenaran untuk meninggalkan pejabat, lebih-lebih dalam waktu bekerja.
Berikut adalah sebahagian surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan (JPA):
Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.
Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Kata-kata Datuk Farida Mohd. Ali juga dipetik:
“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya.Untuk rekod surat tersebut dikeluarkan bertarikh 30 Julai 2012.
Ironinya dari berita dan artikel dikeluarkan oleh Beritan Harian Laman Utama ini, pihak JPA membuat pemantauan sahaja? Atau ada juga membuat tindakan? Umum sedia maklum, baik masyarakat mahupun warga kerajaan dan pekerja gomen, memang setiap tahun perkara sebegini berlaku. Apakah tindakan yang telah pihak JPA lakukan? Jika benar membuat pemantauan, kenapa tidak terus mengambil keterangan penjawat awam tersebut, jika benar mereka telah pun membuat kesalahan (shopping dan sebagainya).
Gambar Hiasan, Bukan Kakitangan Awam SPBA dimaksudkan. |
Sudah menjadi lumrah manusia, lebih-lebih lagi sebagai seorang pekerja, mesti ada sedikit curi tulang. Kalau tidak, bukannya pekerja namanya. Itu adalah lumrah alam manusia sistem bekerja, nama pun dibayar gaji. Memang betul tegur-menegur melalui memo dan surat. Namun begitu, apabila berita telah pun sampai ke meja media massa, panjanglah lagi ceritanya. Akibatnya, anda boleh lihat di laman Berita Harian ini. Media massa pun mengambil kesempatan untuk mengisi ruang kekosongan laman akhbar mereka dan akhirnya berbalah orang ramai dalam sistem komens. Dari pendapat komentar dengki, setuju, dan ada juga bersikap negetif dan berbaur ancaman diperoleh dari penulisan artikel tersebut.
Suka gambar Panda nih... |
Nota Tambahan: Adakalanya meluat melihat dan mendengar berita swasta No. 1 Malaysia yang asyik menyiarkan berita pro baju biru yang mana baju kaler lain-lain seolah tidak diberi peluang langsung untuk memberi penjelasan (kadang-kadang tidak perlu pun). Harus di-ingat, strategi tersebut sebenarnya akan membakar diri sendiri, kerana dikalangan masyarakat kita yang boleh memilih, adalah lebih matang dan bukan seperti lalang ketika Hadari terdahulu. Tambahan lagi, pihak baju kaler-kaler lebih rapat dengan pemilih dengan caranya tersendiri dan tidak memerlukan media massa yang terlalu bias kepada satu pihak semata-mata. Percayalah sebab ia berlaku didepan mata kami. – irsah indesign
Sumber: Berita Harian, Online, JPA
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.