Salam Warga Enterprise. Sambungan kepada artikel kami yang lalu, berkenaan MonitorBacklinks.Com, developer tools SEO tersebut telah menambahkan jumlah links ke akaun Irsah.com secara PERCUMA. Jika ditambah dengan jumlah links sedia ada, jumlah kini sebanyak 50 links yang boleh didaftarkan. Maka monitorbacklinks.com akan menjaga kesemua 50 backlinks kami terutama links-links dari laman ber PageRank tinggi.
Terima ksih diucapkan kepada developer Mr Razvan Girmacea, kerana melalui comments dan e-mail yang diberikan berkenaan penambaikan PERCUMA tersebut, setelah disemak, ternyata developer telah pun menambah nilai akaun kami. Alhamdullillah dan terima kasih yang tidak terhingga.
Review monitorbacklinks anda boleh dapatkan di arktikel http://blog.irsah.com/2012/06/monitor-backlinks-alat-seo-percuma-2012.html
Bagaimana memperoleh penjagaan backlinks tambahan dengan PERCUMA, bukan kena buat langganan dan berbayar ke? Jika diikutkan, memang betul kena melanggan dahulu, jika tidak silap, lebih kurang USD 4.95/sebulan untuk penjagaan 100 backlinks. Tetapi oleh kerana pihak kami telah membuat satu review berkenaan tools monitorbacklinks.com di laman Creative Something, dan menghantar ke EzineArticles.com untuk archiving artikel tersebut, telah dihidu oleh warga kerja monitorbacklinks.com. Atas dasar keperihatinan tersebut, serta tanda terima kasih, Mr. Razvan telah memberikan tambahan penjagaan links secara PERCUMA ke akaun Irsah.com.
Anda boleh baca artikel tersebut dalam bahasa Enggeris di laman: http://persadazrs.blogspot.com/2012/06/monitor-backlinks-new-seo-toy-free.html
Memang begitulah relevan nya apabila kita berinteraksi di laman maya. Walaupun pada dasarnya, review tersebut merupakan satu latih-tubi, namun berjaya juga dijejak kesannya oleh pemilik. Kami berasa pihak monitorbacklinks.com menjejak links kami kerana Google search engine telah mengesan artikel kami berada kedudukan teratas bagi sesebuah kata kunci.
Page pertama Google untuk MonitorBacklinks.com Denaihati challenge |
Jika di-ikutkan, kata kunci untuk monitor backlinks dalam semua perumpaan dan penambahan sebenarnya telah 'dikunci' oleh pemilik laman monitorbacklinks.com kami sendiri susah juga memikirkan kata kunci yang berkaitan untuk mendapat tempat di sistem pencarian Google. Tetapi, setelah membuat 'brainstorming' kami meyusun kata kunci yang relevan dengan monitorbaclinks.com dan seterusnya mendapat tempat di antara 13 juta kata kunci yang sama di laman Google.
Kesimpulan
Tidak semestinya laman anda tidak boleh di-index oleh Google untuk berada di hadapan. Laman Creative Something baru 5 hari menerbitkan artikel (secara keseluruhan) dan hanya mempunyai rich content tanpa widgets, mampu di-index dan dipaparkan di laman utama sistem pencarian Google bagi sesebuah kata kunci.
Jadi, tidak menjadi alasan kepada pemilik laman untuk tidak menyertai cabaran Eyriqazz vs Denaihati yang sedang hangat dipasaran. Ia juga bukan alasan, walaupun anda newbie ataupun sebaliknya, untuk tidak menyokong contest sebegini. Untuk contest keyword Eyriqazz vs Denaihati yang baru dilancarkan pada 20/6/2012, telah membangun dengan konsistennya. Tidak kiralah, pertandingan atau contest SEO sebegini pernah dijalankan sebelumnya atau tidak di-kalangan blog-gers, yang penting penyertaan dan sokongan.
Untuk rekod, kata kunci pencarian - Eyriqazz vs Denaihati telah bermula dengan ratusan hits sahaja pada carian Google dan pada ketika ini (23/6/2012) hits telah mencecah hampir 40,000. Penyertaan untuk menyertai cabaran Eyriqazz vs Denaihati contest ini cukup mudah dan anda boleh peroleh di laman Eyriqazz.com. Cuma satu saja artikel akan dinilai dan anda perlu submit artikel tersebut termasuk links ke urusetia Eyriqazz.com.
Alhamdullilah, blog walking 2-3 hari sebelumnya, artikel-artikel yang di-ilham-kan secara jujur dan berhemah oleh blog-gers, berkenaan kata kunci Eyriqazz vs Denaihati tersebut dan sangat mengujakan. Hasilnya peningkatan penulisan, kreatif, artikel-artikel sokongan yang sungguh mencuit hati. Ada artikel berbentuk serius, dan ada juga berbentuk sinis, mengikut daya kreativiti masing-masing. Itulah antara kebaikan ber-blog-ing, respect dan sokongan ditunjukkan oleh commenters dan sahabat blog-ers tidak mengenal batasan (alam maya). Kami juga teruja dengan kualiti penulisan blog-gers dan ini menyangkal sekali tohmahan bahawa blog-gers Malaysia tidak kreatif dan tidak mempunyai etika penulisan dan cenderung kepada hiburan sahaja semata-mata.
Sekian perkongsian relevan dari Meja Irsah Indesign untuk Monitorbacklinks - Persamaan Relevan Eyriqazz vs Denaihati Contest
Urusetia Cabaran SEO: http://www.eyriqazz.com/2012/06/cabaran-seo-eyriqazz-vs-denaihati.html
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.