Monitor Backlinks Alat SEO Percuma 2012 Bantu Kekal Kedudukan Laman

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Artikel kami kali ini adalah berdasarkan e-mail yang baru sampai ke kotak simpanan kami untuk dikongsikan bersama. Penulisan kali ini juga diterbitkan kerana menunaikan hasrat dan janji kami kepada pembina laman Monitorbacklinks.com iaitu En Razvan Girmacea berkenaan alat pengesanan/pemeriksaan atas laman SEO monitor backlinks beliau. Untuk pengetahuan, laman monitorbacklinks.com tersebut telah dibangunkan sejak dari awal tahun 2012 dan kini banyak penambah-baikan telah dibangunkan oleh En. Razvan dan pasukan pembinanya. Produk PERCUMA dari laman tersebut adalah pengesan/pemerisa backlink checker yang baru sahaja dilancarkan pada pertengahan bulan Jun 2012.


monitorbacklinks.com homepage image
Laman monitorbacklinks.com

Semua sedia maklum, memang terdapatnya lambakkan laman web pembina SEO bagi membantu laman anda. Untuk pengetahuan, kebanyakan laman sebegini berasal dari negara India termasuklah laman monitorbacklinks.com. Memang tidak boleh dinafikan, banyak jurutera teknologi maklumat yang asalnya dari negara tersebut termasuk negara se-rantaunya (Bangladesh dan Pakistan). Ia menunjukkan pembangunan teknologi maklumat telah berkembang pesat hampir ke seluruh pelusuk benua. Untuk rekod, lambakkan jurutera dari negara serantau tersebut anda boleh lihat di Plaza Low Yat walaupun mereka sekadar jurujual.

Latarbelakang Alat SEO (SEO Tools)


  • SEO Tools: monitorbacklinks.com
  • Tahap Ke-bolehcapaian Alexa: 105,553 (18 Jun 2012)
  • Pangkat Laman Google: PR 4 (Jun 2012)
  • Variasi: Percuma dan berbayar dengan pendaftaran tanpa maklumat dan perincian pengguna.

Kenapa jumlah berbeza dari kiraan links masuk di Google Webmaster Tool?


Jika anda membaca laman Bantuan Pengguna Google Webmaster Tool, dengan terang dan dinyata bahawa pengiraan links masuk ke laman anda melalui Google Webmaster adalah berdasarkan links yang anda bina, links yang berkait dengan laman anda, links yang anda tinggalkan di laman komen blog, links yang anda daftarkan laman anda dan sebagainya. Dalam erti kata lain, satu penunjuk aras prestasi penggunaan anda bersama laman anda di alam web pada pengumpulan Google.

Persoalannya ialah, links yang mana satu do-follow dan yang mana satu no-follow? Links mana yang aktif dan yang pasif? Kenapa jumlah links tersebut ada naik turun dan berubah? Apabila lunks keseluruhan oleh Google Webmaster Tool bermaksud kegiatan anda di laman sesawang yang dikaitkan dengan links kata kunci ke laman anda. Namun sejak penukaran algoritma Google Penguin 2012, links tersebut disingkirkan mengikut tahap kebolehcapaian dan hanya meninggalkan links jitu sahaja (no-follow/do-follow dsbnya). Inilah antara sebabnya anda mempunyai penurunan mendadak dari kedudkan Pangkat Laman sejak kebelakangan ini. Anda pun sedia maklum kuasa links do-follow bukan?

Fungsi SEO Tools monitorbacklinks.com


Ada banyak fungsi tambahan selain saya paparkan diatas yang diberikan oleh laman monitorbacklinks.com. Di-antaranya ialah:-

  • Apps di Google Web Store untuk menambah nilai fungsi amaran anda di browser Google Chrome dengan pengawasan secara real-time PERCUMA
  • Pemeriksaan Pangkat Laman Google PERCUMA
  • Pemeriksaan HTTP dan HTTPS tajuk laman web anda PERCUMA (Website Headers)
  • Pemeriksan secara automatik kesemua backlinks aktif ke laman anda denagn PERCUMA.

Perkhidmatan Utama


Pemeriksaan Backlink Aktif Laman Anda Yang Mudah


Jika pengguna berdaftar, anda boleh setkan (manual, automatik dan muatnaik dari fail CSV) backlinks yang anda bina untuk diperiksa (no-follow/do-follow/redirect/pasif//aktif). Selepas itu, laman tersebut akan menghantar e-mail sahaja untuk memberikan sebarang perubahan kepada links ynag anda daftar untuk semakan. Amaran kedudkan links termasuk links terputus akibat disengajakan mahupun tidak serta perubahan seperti dinayatakan diatas. Pemeriksaan mengikut pembina adalah dalam ber-jadual iaitu setiap 3 jam dalam sehari.

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Alat SEO ini?


Anda pun sedia maklum, bukan senang untuk membina backlinks, lebih-lebih lagi dari usaha anda sendiri. Dan bukan mudah untuk membina laman supaya mendapat perhatian dan diutamakan di laman pencarian Google lebih-lebih lagi keywords yang anda telah ' tanamkan'. Sekurangnya anda mempunyai perkhidmatan PERCUMA dan berbayar untuk menjaga hak anda. Dan dengan amaran diberikan melalui e-mel, anda boleh membuat tindakan sewajarnya jika berlaku perubahan pada backlinks anda dengan mudah, pantas dan berkesan.

Perbezaan Perkhidmatan PERCUMA dan Berbayar (Premium)


Perkhidmatan Percuma Khusus untuk Pemeriksaan/Penjagaan Backlinks


Minima pemeriksaan 10 backlinks dengan tambahan 2 backlinks bagi setiap referral dari laman web atau links referral anda tanpa had. (Kod refferral akan diberikan kepada anda pada laman profil anda setelah berdaftar)

Ulasan: Sesuai digunakan oleh pengguna persendirian, baru dan pemilik laman yang ingin memastikan refferral link yang jitu. Sangat sesuai untuk laman yang ingin meningkat naik dan memastikan kedudukan yang positf di sistem pencarian.


Perkhidmatan Premium Berbayar Untuk Pemeriksaan/Penjagaan Backlinks


Berdasarkan jumlah backlinks aktif yang anda perlukan utnuk pemeriksaan dan penjagaan.

  • 100 links untuk USD4.95/sebulan
  • 500 links untuk USD 9.95/sebulan
  • 5000 links untuk 29.95/sebulan
  • 25,000 links untuk 69.95/sebulan
  • Diskaun 10 peratus untuk setiap pembayaran untuk bagi tempoh setahun.

Pembayaran menggunakan kredit dan debit kad VISA MASTER diterima.

Ulasan: Sesuai untuk webmaster dan jurutera SEO yang menjaga laman klien untuk memastikan keboleh-capaian maksimum di laman sistem pencarian.

Links untuk menambah pengetahuan berkenaan laman monitorlinks.com
monitorbacklinks.com - Laman Monitorbacklinks.com
monitorbacklinks.com/getmorelinks - Cara-cara menambah jumlah pemeriksaan backlinks dengan PERCUMA di monitorbacklinks.com
monitor backlinks/register/ - Berdaftar sebagai pengguna monitorbacklinks.com dengan PERCUMA dan tanpa data persendirian.

Kesimpulan


Kami telah menggunakan perkhidmatan monitorbacklinks.com sejak dari awal laman bina lagi dan hasilnya anda boleh rujuk di artikel kami yang lalu. Anda pun sedia maklum, bagaimana sebuah blog seperti blog ujian kami ini, boleh menambah keboleh- capaian yang maksima walaupun anda merupakan blog atau website baru. Tidak ada yang mustahil. Kami disini sebenarnya mempraktikkan segala panduan dari senior-senior bloggers dari dalam dan luar negara untuk rujukan dan kami mengolah untuk kesesuaian mengikut arus semasa sistem pencarian.

Bayangkan bagaimana sebuah blog yang mempunyai niche kurang gemar (click through rate rendah) mempunyai trafik dan link yang begitu ketara. Sebagai contoh:-

Kedudukan Pangkat Laman Google: PR 2

Populariti Trafik Alexa: 19,942 (MY dalam masa 60 hari) 3.6 juta dari 5.2 juta (global traffik)

Purata kedudukan laman di sistem pencarian Google: Maksima ms 1 dan Minma ms 7 (mengikut kata kunci)

Jadi, jika anda tidak mempunyai masa untuk meneliti laman Webmaster Tools anda setiap hari bolehlah anda menggunakan perkhidmatan di laman monitorbacklinks.com. Anda boleh gunakan perkhidmatan percuma dahulu dan pihak pembina laman web tidak akan melambakkan e-mel sampah ke peti simpanan e-mail anda seperti pembina laman SEO yang lain. Jika anda berasa tiada kepentingan, tak menagapa, daftar sahaja lah. Percuma, lagipun anda akan mendapat pautan links dari laman berpangkat PR 4 Google juga kan? Menambah nilai lagi keboleh-capaian laman anda...

New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!