Part 2 : Outgoing Links – memberi lebih baik dari pandangan Panda 2012
Links outgoing tersangatlah penting bagi sesebuah laman mahupun sesebuah blog. Pada ketika ini ramai webmasters telah memberhentikan links luaran untuk memperoleh atau memulihkan kembali Page Rank. Para pihak engineer Google telah membantah perbuatan sebegini dan sebaliknya menggalakkan lagi untuk membuat linking out (sumber google pro forum). Namun begitu, links keluar adalah satu fenomena yang sangat berisiko kerana:-
Source Image pingler.com
Links terputus (Broken Links) – terlalu banyak links yang broken pada sesebuah laman akan menendakan amaran di pihak alogrithma Google. Ia sebenarnya tidak menandakan sebarang penalti dari Google namun percaya atau tidak rank anda boleh menurun jika links berpecah keterlaluan.
Links kepada laman tidak dikenalpasti (Unknown Source Links) – links sebegini lagi teruk dari Page 404 (aka broken links) yang di halatujukan kepada laman tidak dikenalpasti. Spammers juga menggunakan teknik sebegini bagi tujuan untuk mengelirukan anda. Kebanyakan link sebegini berlaku secara semulajadi dan sebahagian daripada decay link. Ini adalah kerana apabila sesebuah laman lama tidak digunakan, penyogok domain akanmengambil alih domain tersebut dan meletakkan sebagai parking domain mereka sendiri.
Terlalu banyak link keluar daripada tiada langsung ( Too many going out but too little going in) – percaya atau tidak sesebuah laman yang mempunyai links keluar secara melampau akan mengakibatkan pencarian search engine akan dikurangkan bagi laman tersebut. Kejadian sebegini tidak akan berlakau semalaman, tetapi inilah penalti yang dijalankan oleh Google. Tambahan lagi laman yang mempunyai dead-ends iaitu yang tidak link keluar langsung atau menggunakan no-follow links keluar (cara SEO yang salah) akan di-penaltikan oleh Google secara menyeluruh.
Hidden links in third party services (menus, widgets, counters dan lain-lain) – perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh laman berkaitan juga mempunyai modus operandi perniagaan tersendiri. Mereka akan memasukkan link tersorok (hidden links) bersama dengan perkhidmatan mereka. Cara begini boleh disalurkan melalu menu CSS, widget sidebar mahupun visitor counter. Dinasihatkan apabila menerima perkhidmatan sebegini, kaji sedikit kod-kod yang telah diberikan kerana Google tidak menggalakkan hidden links dan ia mudah dikesan oleh mereka (Google).
sumber Web Forum Google Pro, irsah.com, Google Webmasters Pro
Kesimpulan
Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam mengaturkan strategi bagi melepaskan links2 dari laman web kita. Kejadian sebegini semakin tenat sejak pengaturan Google Panda pada November 2011 dan Google Penguin pada awal 2012 yang mana algorithma bots mereka sudah cekap untuk mengesan teknikteknik penipuan SEO.
Kecekapan Bots Google juga boleh dikesan melalui kejadian yang berlaku kepada denaihati.com. tidak lama dulu.
Hasil Ujian Kami
Blog.irsah.com dan domain irsah.com telah menjalankan berbagai strategi dan kaedah links selamat bagi membolehkan domain kami ber Page Rank 2 dalam masa 43 hari. Rumusan kami, setelah pengaturan bots Penguin telah dijalankan tidak lama dulu, links yang kami berikan keluar (outgoing links) telah banyak membantu kedudukan Page Rank domain kami. ( Cuma ketika ini kami harus seimbangkan links keluar dan masuk).
Kami juga telah menghasilkan skrip Page Rank checker yang mesra SEO kepada Google (telah diuji) dan akan berada live di laman kami untuk dikongsikan bersama. Skrip ini adalah mesra pengguna tanpa menggunakan CAPTCHA dan anda boleh menyemak setiap page website anda dengan satu klik sahaja. (Akan di maklumkan pada artikel akan datang)
Untuk rekod, Google memberikan Page Rank berdasarkan konsisten setiap laman di dalam domain anda dan bukannya pada muka surat (index page) anda sahaja. Oleh itu diharapkan readers sahabat irsah.com harap menggunakannya dengan berhemah.
Hasil dari peningkatan mendadak Page Rank irsah.com telah membolehkan pencarian yang lebih relevan bagi kesemua artikel yang datangnya dari domain kami. Untuk rekod, sitemap, laman kami lebih mudah di-indeks oleh Google dan mengambil masa 2 minggu sahaja untuk 201 laman berbanding 12 minggu jika menggunakan kaedah yang biasa. (kelebihan jika laman anda di Page Rank oleh Google).
Akhir kata, setiap yang diterima, haruslah dijaga sebaik mungkin. Semoga perkongsian kami ini me-relevan-kan laman web anda. Mudah dan tanpa risiko serta menggunakan sebarang add on mahupun gajet tambahan dipasang pada laman web tersebut.
Sekian dari Meja Irsah Indesign untuk Page Rank anda Statik atau Turun Adakah Penalti Google.
Siri seterusnya:
Part 3: Contents adalah raja, kenapa dan bagaimana dari pandangan Google setelah Panda dan Penguin 2012?
Siri sebelumnya:
Part 1: Incoming Links pada pandangan Google 2012
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.