Page Rank Turun atau Statik – Adakah Penalti Google: Siri 1 dari 8

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise. Disini kami ingin berkongsi dan memulakan 8 siri artikel yang kami garap-kan melalui perbincangan google webmaster forum dan beberapa SEO profesional dan sempat juga Google Pro Matt memberikan pandangan berkenaan Page Rank Turun atau Statik – Adakah Penalti Google, siri 1 dari 8.
Apa itu penalti, dan bagaimana Google menghukum laman web kita?
Adakah ia akan menghukum keseluruhan atau sebahagian laman web mengikut kesilapan yang telah dilakukan?
Bagaimana kita ingin mengetahui pages atau web kita dihukum oleh Google?
Jika web kita dihukum oleh Google, bagaimana untuk memastikan laman kita akan diindeks semula?
Siri ini akan membongkarkan keseluruhan pertanyaan seperti disebutkan diatas. Sejak wujudnya Panda Rank yang menggunakan algorithma yang lebih advance dam berlainan dari algorithma Page Rank, sebenarnya dalam diam ramai yang tidak sedar laman web mereka dihukum oleh Google. Ini terkesan sejak pertengahan tahun 2011 lagi sehingga kini dan ianya masih menjadi isu.
Untuk rekod, terdapat sebuah portal komuniti blog di US yang mempunyai berjuta rangakaian ditutup oleh kerana algorithma terbaru ini. Blog komuniti tersebut telah dikesan oleh Google kerana penyalahgunaan links dan penggunaan articial link building ditawarkan kepada members-nya.
google lego logo penalti
Ikhsan: Google Lego Logo

Siri 1: Incoming Links – Link Masuk Selamat dari pandangan Google 2012

Kebanyakan pemain industri yang meng-optima-kan SEO sangat cenderung dalam membina links masuk (incoming links) untuk memastikan kebolehcapaian laman web mereka di sistem carian, lebih2 lagi dari Google. Memang tidak dinafikan ia bukan-nya salah. Tahukah anda, jika anda menghayati sebenarnya peraturan seperti tertera di Guideline Webmaster Google, anda sebenarnya telah melanggar kebanyakan guidelines tersebut dalam proses anda mendapatkan link-link untuk laman web anda.
Berikut adalah beberapa kajian kes berkenaan Links Masuk Selamat Dari Pandangan Google 2012:-
1000 links untuk USD 10
Syok gila bukan? Selalu sangat anda terima di spam folder e-mail anda tawaran sebegini yang sukar dilepaskan? Hakikatnya ia sebenarnya menjurus kepada hukuman penalti dari Google.
Links Masuk Berbayar Kepada laman Web Ber-PR Tinggi
Ada ketikanya, jika anda menggunakan kaedah ini, anda akan terlepas dari hukuman penalti Google. Tetapi sedar tak anda, laman web anda tersangatlah mudah dikesan oleh algorithma Google melalui perbezaan ranking diantara satu laman web dengan yang lain. Untuk pengetahuan, terdapat segelintir sahaja website yang mempunyai page rank tinggi seperti PR 8, PR 9 dan PR 10 dan website ini memang mudah untuk di-monitor dan diselia oleh Google. Satu masa pages anda akan tetap dihukum.
Pertukaran links masuk dalam kuantiti yang besar (link exchange dan reciprocal links)
Link exchange dan reciprocal adalah sangat natural untuk sistem pencarian laman web terutamanya link exchange dari bloggers. Walaupun dalam keadaan norma. apabila anda membuat komen dilaman web dan laman web anda pula mendapat komen dari laman tersebut, sudah tentu anda membina links yang sihat. Oleh itu, jika dalam keadaan luar biasa, dimana laman web anda menerima links dalam kuantiti yang besar, sudah tentu dapat dibaca oleh robot algorithma Google. Maka, serba sedikit webpages  anda akan menerima hukuman penalti dari Google.
Links Terselindung
Selalu berlaku dengan penggunaan template Wordpress melalui widjet dan coding asal template tersbut.  Tahukah anda ada, banyak backlkinks yang terselit dan terselindung didalam Tema Template WP  dan bayangkan tema itu di gunakan oleh berjuta pengguna di seluruh dunia. Sudah tentu apabila ini berlaku, dan andalah tuan punya pemilik serta pem-bina template WP tersebut, anda akan menerima hukuman Penalti dari Google.
Artificially link profile
Pernahkah anda mendengar link daripada artificial profile dan tidak sempurna? Ia selalu berlaku jika anda menggunakan khidmat percuma automatik link submission, dalam sedar tak sedar. Jika Google dapat mengesan links yang hadir ke web anda nampak terlalu optimise seperti “SEO company” dan sebagainya, nampak ketara sangat link tersebut adalah artificial dan sudah tentu anda dihukum.
Links dari luar kawasan
Bayangkan blog atau web berbahasa Melayu atau English mempunyai beribu-ribu links dari luar negara seperti China dan sebagainya. Engineer google adalah sangat-lah bijak untuk mengesan berbezaan tersebut dan seterusnya rank web anda akan menurun sedikit demi sedikit.
Memperoleh links melampau dalam masa yang singkat
Memperoleh links yang banyak memang bonus untuk rank anda. Walaupun links tersebut anda bina dengan betul, tetap akan dihukum oleh Google. Sebenarnya, Google menyemak keupayaan link, iaitu, perkadaran web anda menerima links. Oleh itu jika anda menerima links yang melampau secara mengejut, sudah tentu anda akan menerima hukuman walaupun links tersebut adalah yang betul datangnya dari usaha anda.
Sumber: Himpunan sumber perbincangan SEO Google Webmasters Pro, “seoutsource”, Irsah Indesign dan forum webmasters.

Kesimpulan
Sebenarnya secara umum, anda memerlukan KESEIMBANGAN apabila anda ingin membina ataupun menerima links. Cara sebegini bukannya untuk cheat robot-robot Google tetapi ia berlandaskan balance. Sedangkan kita manusia ini pun memerlukan balance untuk meneruskan kehidupan, apatah lagi web pages kita yang hidup di alam maya… perlukan balance juga. Lagipun, jika diikutkan, dalam perspektif lain, Google kan king,.. jadi kenalah menurut kehendak-kehendaknya bukan. Untuk memperoleh kelebihan biarlah cara berhemah.
Nantikan Siri Sterusnya Akan Datang, sekian dari meja Irsah Indesign.

Senarai 8 Siri Artikel Penalti Google 2012 bakal diterbitkan: Sumber Perbincangan Webmasters Terkini 2012 Mengenai Perubahan Peng-indeksan Google:
Telah terbit: 29-05-2012
Siri 1 dari 8 - Incoming Links – Link Masuk Selamat dari Pandangan Google 2012

Siri 2 dari 8 - Links Outgoing, Memberi Lebih Baik Menurut Panda Rank 2012
Siri 3 dari 8 - Check List Meng-audit Links Anda 2012
Siri 4 dari 8 - Kuasa Content Terkini Carian Google PR dan Panda Rank 2012
Siri 5 dari 8 - Tapisan Algorithma Robot Google Untuk 2012
Siri 6 dari 8 - Isu-isu Teknikal Sering Dihukum Google Tanpa Disedari 2012
Siri 7 dari 8 – Sebab Ranking Turun Tetapi Bukannya Kerana Google 2012
Siri 8 dari 8 - Cara Mudah Menyemak Web Yang Dihukum oleh Google 2012.

Aktikel berkaitan:
Tingkatkan PR dengan selamat dari sudut pandangan Google
Tips Panduan Mudah Penggunaan Links
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!