Salam Warga Enterprise. Update terkini Google Penguin lebih mengenal penipuan SEO negative. Jika anda tidak pernah mendengar penipuan SEO negative sebelum ini, di sini ada sedikit penjelasan.
Pada waktu ini, Google akan menghukum laman web yang secara terang-terangan melanggar garis panduan kualiti, artikel dan content sesebuah laman web. Ia di panggil web spam, atau "black hat tecnique” (teknik topi hitam”), jika mengamalkan teknik sebigini sebagai contoh, menipu atau manipulasi Google dalam usaha untuk meningkatkan kedudukan enjin carian dianggap salah dan akan mengakibatkan kedudukan dalam search engine anda akan digugurkan.
Tetapi sebaliknya, apa akan berlaku kepada pesaing laman web, yang ingin menjadikan laman web anda di hukum oleh Google, konon nya bagi pihak anda? Ia di panggil penipuan SEO atau Negatif SEO, ia jarang berlaku, tetapi tidak mustahil ia akan terjadi kepada nada suatu hari nanti.
Teknik penipuan SEO negatif ini dalam keadaan biasa, termasuk menceroboh laman web anda, manipulasi content dan kandungan serta spam links. Pencerobohan laman web merangkumi pembolehan untuk menyuntik malware serta kerja-kerja webhacking. Ini adalah satu contoh bagaimana untuk menapulasi kandungan atau meniru isi kandungan laman web anda dan dijadikan pendua, seterusnya laman sebenar anda akan digugurkan dari sistem pencarian.
Seterusmya spam pautan (links) pula akan membina links yang banyak menerusi laman web anda yang terdedah, mengakibatkan Google mengenal pasti links yang pada dasarnya datang dari usaha anda sendiri, tetapi sebaliknya akan dikesan oleh Google sebagai penipuan dan seterusnya laman web anda akan dihukum. Namun begitu, Google akan menghantar amaran kepada pemilik sebenar laman tersebut, iaitu anda, dan berkemungkinan mungkin akan terlewat dan seterunya kedudukan laman web akan terus menjunam turun.
Dalam usaha untuk melindungi diri anda dan laman web anda terhadap penipuan SEO Negatif, disini menerangkan serba sedikit kaedah manipulasi untuk rujukan anda:-
Antara laman web rakan blogger yang dihubungi oleh Google oleh permasalahan phishing ialah denaihati.com – alhamdullillah berjaya diselesaikan dengan bantuan webhost laman tersebut.
Pencerobohan Terhadap Laman Web Anda
Pencerobohan laman web bermaksud apabila laman search web anda digodam, sebagai satu usaha untuk menghukum kedudukan laman web anda, memasukkan malware serta kod yang boleh menjejaskan coding HTML laman anda. Pada dasarnya Google mampu mengesan kejadian sebigini dengan mudah dan akan menghalang laman web anda untuk dikunjungi oleh pelawat di laman web apabila kejadian tersebut berlaku.
Dalam usaha untuk mempertahankan laman web anda ini, langkah mudah ialah selalu update kan sistem atau ‘patch’terkini yang dipercayai dan disahkan oleh Google sendiri. Jadi kan tabiat, jika anda ber-kemahiran, melihat dan meneliti kod HTML laman web anda, dari masa kesemasa, untuk mengesan sebarang perubahan. Anda juga boleh menggunakan berbagai software terkini bagi membolehkan anda menjalankan kerja-kerja pembaikan laman web anda. Selain dari itu, ada juga online software yang mampu mengingatkan anda tentang sebarang perubahan jika anda telah set kan perisiannya khusus untuk laman web anda.
Berita baik yang boleh dikongsikan, jika anda mendapati terdapat kod yang di godam dalam laman web anda, anda boleh mengeluarkannya serta merta dan seterusnya anda boleh medapatkan re-index oleh Google dalam beberapa hari mahupun minggu bergantung kepada tetapan laman web anda itu.
Penipuan dan Manipulasi Kandungan
Hukuman atau penalti Google terhadap laman web boleh berlaku jika seseorang mencipta pendua terhadap isi kandungan anda. Algoritma Google memeriksa kandungan serta salinan seluruh web, yang biasanya memberikan satu versi sahaja pada ranking tertinggi manakala selebihnya mendapat ranking terendah. Selalunya, laman web yang pertama, mendapat kedudukan paling tinggi, tetapi, ia bukannya kes yang selalu berlaku, Isi kandungan anda yang belum di indexs oleh Google mampu di ‘çedok’oleh laman web yang mempunyai rank yang lebih tinggi dan seterusnya kandungan tersebut akan lebih cenderung kepada peng-index-an laman palsu tersebut pada pencarian yang paling tinggi.
Ada juga teknik manipulasi, dengan menghantar isi kandungan anda kepada pelbagai laman yang berlainan, tanpa pengetahuan anda. Seterusnya oleh kerana terdapat banyak sangat salinan boleh mengakibatkan Google menghukum anda.
Jangan risau. Untuk membantu anda, anda boleh menggunakan perisian seperti Copyscape.com, yang mana anda boleh set kan isi kandungan artikel anda dan seterusnya laman tersebut akan menganalisa sebarang kerja-kerja meng-copy atau mengekstrak kandungan anda tersebut. Secara ringkas, jika didapati laman anda telah diekstrak oleh sesuatu oleh Copyscape.com, tidak mengapa dan OK. Tetapi sebaliknya jika mendapati hampir keseluruhan kandungan anda ‘diçedok’, gunakan sumber Copyscape.com untuk mengesan penceroboh kepada isi kandungan anda tersebut dan boleh membuat tindakan.
Jika kejadian tersebut berlaku, hantar e-mail secara berterusan untuk memberhentikan pen’çedok’an isi kandungan tersebut. Jika enggan , anda boleh membuat aduan di DMCA (Digital Millenium Copyright Act). Google pun ada menyediakn perisian untuk membuat pengaduan supaya pengaduan anda boleh diterima terus kepada pihak mereka.
Jika anda mendapati terlalu ekstrem sangat isi kandungan laman anda disalin semula. anda boleh memohon untuk membuat penyingkiran laman tersebut di Google kerana mencabar laman web anda. Oleh itu, selalu-lah memnyemak dan meneliti laman web anda dari masa kesemasa dan meniliti sebarang perubahan kepada laman web anda.
Penting: selalu mematuhi isi kandungan dan guideline yang telah ditetapkan oleh Google bagi merangsangkan kebolehcapaian laman web anda.
Pengodam links (Spamming link)
Jika laman anda mempunyai terlalu banyak link vs link yang berkualiti rendah dan yang berkualiti tinggi, laman web anda boleh dihukum. Ini adalah algoritma Google baru yang dipanggil Penguin.
Penguin adalah penapis (filter) yang dilaksanakan pada jangkawaktu tertentu tetapi berjadual. Oleh itu, jika anda akan dihukum dan anda mula membersihkannya spam, ia mungkin mengambil masa berminggu sebelum anda pulih dari masalah tersebut. Jika seseorang ingin menggunakan teknik ini untuk melakukan penipuan SEO negetif ke laman web anda, mereka memerlukan membina ratusan link berkualiti rendah, cukup bagi mereka untuk memintas link anda yang berkualiti tinggi. Oleh itu bagi mengesan penipuan SEO negatif menggunakan perkaitan spam pautan pada ketika ini dijalankan sebaik yang mungkin, namun begitu ia bukannya satu perkara yang boleh dianggap mudah.
Sekian dari meja Irsah Indesign. Perkongsian pintar perniagaan anda.
Sumber: Submit Express.
Artikel berkaitan:
Pagerank Turun atau Statik: Adakah Penalti Oleh Goolge
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.