Notis Pembatalan Syarikat MoF Tidak Aktif Tamat Tempoh

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.

Umum sudah ketahui, pihak E-perolehan sentiasa mengemaskini pengkalan data mereka dari masa kesemasa. 

Ini telah membuktikan komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan yang efisyen & ‘updated’ terkini mempunyai sokongan sistem yang kondusif & menyeluruh khususnya bagi memudahkan pengurusan perkhidmatan dan pembekalan syarikat dengan kerajaan.

IE- Notis Pembatalan Syarikat Yang Tidak Aktif Dan Telah Tamat Tempoh Pendaftaran

Bagi menambah nilai keupayaan sistem tersebut & memastikan hanya syarikat² yang aktif sahaja disenaraikan di dalam direktori sistem, pihak Kementerian Kewangan (MoF) & Commerce Dot Com (CDC) akan melaksanakan pelupusan (deletion) syarikat² yang tidak memperbaharui sijil Kementerian Kewangan bagi tamat sijil berakhir tahun 2010 seperti termaktub di dalam borang pengisytiharan pendafatarn mereka. 

Ini bagi membuka ruang & peluang kepada syarikat² lain yang belum mendaftar &  berminat untuk ‘berniaga’dengan pihak kerajaan.

Ironinya, jika diamati satu per satu senarai syarikat-syarikat yang bakal dilupuskan pendaftaran mereka dengan MoF, puratanya seimbang diantara syarikat sendirian berhad dengan syarikat pemilikan tunggal (enterprise).

Disini, pada pendapat kami di irsah indesign, secara amnya, purata pembahagian ‘kerja’atau kontrak kerajaan yang dianugerhakan kepada kedua-dua jenis perniagaan tersebut adalah sama rata.

Oleh itu, jika jenis perniagaan anda enterpise (yang selalu diperkecilkan keupayaannya) mahupun sendirian berhad, anda sebagai entrepreneur dan pemilik syarikat mempunyai ruang dan peluang yang terbuka untuk menjalinkan ‘perniagaan’ dengan pihak kerajaan. 

Cuma disini anda mestilah bijak, mengatur strategi dan berpegang teguh pada prinsip-prinsip perniagaan anda. 

Disamping itu, dapatkan seberapa banyak sumber (resources) dari segala aspek, termasuk pengalaman dari kontraktor ‘veteran’dan sumber-sumber bantuan perkhidmatan seperti kami yang rata-ratanya anda boleh peroleh dengan percuma.

Berikut adalah  pengumuman yang dipetik dari laman web E-Perolehan:-

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kewangan akan menghapuskan maklumat syarikat-syarikat yang tidak aktif (iaitu tidak memperbaharui pendaftaran melebihi satu (1) tahun) di dalam Sistem ePerolehan. Ini telah termaktub di dalam "Borang Pengisytiharan" di para 8 dan selaras dengan peraturan semasa.”

“Notis dan penghapusan maklumat ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tempoh syarikat tersebut tidak aktif. Penghapusan maklumat peringkat pertama iaitu bagi syarikat-syarikat yang tidak memperbaharui permohonan sehingga tahun 2000 telah selesai dijalankan di mana tempoh masa yang dibenarkan untuk syarikat terbabit membuat pembaharuan semula telah pun tamat pada 7 Mac 2012.”
*** Dipetik dari ruangan Media Room – Pengumuman Laman E-Perolehan

Jika anda ingin melihat senarai atau menyemak nama syarikat anda, anda boleh klik disini. (untuk kemudahan, klik Ctrl-F dan taip nama syarikat yang diingini pada kotak kecil carian fail pdf dan tekan ‘enter’)

Kami tidak pasti jika nama pendaftaran syarikat anda dihapuskan dalam sistem, nama pemilik syarikat & syarikat tersebut akan disenarai hitamkan (harap-harap ia tidak berlaku). 

Tetapi bagi memberikan kerjasama kepada warga MoF dan E-perolehan, anda sebagai pemilik syarikat yang berdaftar, haruslah mengambil inisiatif dan langkah sewajarnya bagi memastikan anda boleh melaksanakan perkhidmatan dan bekalan dengan kerajaan kelak.

Nota Penting: irsah indesign, pemilik atau kakitangan profesional di bawah naungan, bukannya wakil atau agen dilantik oleh mana-mana pihak yang disebutkan diatas. Harapan kami di irsah indesign adalah untuk memberikan pandangan dan menyalurkan maklumat yang sewajarnya kepada ‘end user’ yang terlibat sahaja.

New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!