Salam Semua.
Kali ini kami ingin mendalami kehendak-kehendak terkini bon insurance perlaksanaan (insurance performance bond) -- apa dan untuk apa performace bond?
Anda boleh google dan memperoleh jawapan menerusi artikel dari rakan bloggers tempatan & luar negara yang dapat menerangkannya dengan lebih terperinci.
Kami ingin berkongsikan pengalaman semasa, yang di lalui supaya menjadi panduan untuk rakan² usahawan yang lain, terutamanya yang melibatkan diri di dalam industri perkhidmatan & bekalan dengan kerajaan.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Sam, iaitu pegawai insurans bertauliah (bukan agen) di sebuah syarikat insurans di Kuala Lumpur kerana dedikasi & komitmen beliau dalam menguruskan permohonan insurans perlaksanaan bon rakan associates kami.
Bagi kami, pengurusan efisyen beliau telah mempermudahkan proposal bon tersebut & seterusnya menyiapkan polisi associate kami dalam masa 3 hari sahaja. Terima ksih yang tidak terhingga.
Pertama sekali, dokumen apa yang anda akan peroleh?
Selain dari bon insurans perlaksanaan, yang nilainya tertera pada surat setuju terima dari jabatan/agensi kerajaan yang mengeluarkannya, ia juga dilengkapkan dengan polisi insurans untuk Workers Compensation dan Replacement Compensation yang di haruskan bagi menjamin keseluruhan kontrak yang bakal anda jalankan.
Pastikan tempoh sah yang di-insuranskan (tertera pada polisi tersebut) adalah 12 bulan melebihi jumlah sebenar tempoh kontrak untuk proses tempoh tuntutan (jika ada).
Berikut adalah langkah² & penerangan dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan insurans bon perlaksanaan.
Dokumen² yang dinyatakan mungkin akan bebeza mengikut syarikat insurans. Namun begitu, ia bolehlah menjadi panduan asas sebagai penyediaan.
LANGKAH 1
Dapatkan sebutharga awal permohonan bon perlaksanaan tersebut dengan mengemukakan salinan fotostat surat setuju terima (setiap helaian) daripada wakil insurans yang berdaftar.
LANGKAH 2
Dapatkan borang permohonan dan borang proposal bagi memohon bon perlaksanan dari syarikat insurans tersebut.
LANGKAH 3
Isi borang mengikut arahan dan tandatangan serta cop syarikat pada bahagian yang diperlukan. Minta bantuan dari wakil syarikat insurans jika ada kerahuan atau kemusykilan pada borang tersebut.
LANGKAH 4
Pemilik syarikat/kontrak
Sediakan salinan dokumen yang dikehendaki. Antara senarai dokumen
keperluan:-
- Salinan surat setuju terima dari jabatan/agensi kerajaan yang sudah ditandatangani.
- Salinan sijil pendaftaran syarikat, borang D dan latarbelakang syarikat terkini dari kaunter SSM @ SSM E-INFO.
- Salinan sijil pendaftaran Kementerian Kewanagan dan Sijil Bumiputera (jika ada)
- Salinan kad pengenalan pemilik syarikat (kesemua pemilik)
- Penyata bank bagi 3 bulan terkini yang diakui oleh pihak bank.
- Salinan geran kenderaan/rumah/kedai/tanah untuk tujuan sokongan dan perekodan. (jika ada)
LANGKAH 5
Salinan dokumen diperlukan:-
Guarantor individu (digalakkan keluarga terdekat)
- Salinan kad pengenalan depan belakang
- Salinan penyata bank bagi 3 bulan terkini (diakui)
- Salinan geran kenderaan/rumah/kedai/tanah untuk tujuan sokongan dan perekodan.
- Penyata gaji bagi 3 bulan terkini (jika bekerja)
- atau
- Salinan semua pengarah/pemilik syrarikat
- Salinan Memorandum of Association yang di perakui
- Salinan Borang 24, 44, 49 yang diperakui
- Salinan Borang 38A - perubahan pemilikan akuiti syarikat (jika ada)
- Salinan audit syarikat bagi tahun yang terakhir yang diperakui atau 3 bulan penyata akaun bank syarikat.
LANGKAH 6
Hantar & buat semakan dengan wakil insurans di pejabat serta membuat bayaran. Bawa sekali dokumen yang dirasakan berkaitan supaya tidak berulang kali membuat permohanan.
Perlu di ingat, ada beberapa bayaran tambahan diperlukan mengikut ketetapan semasa selain daripada bayaran bon perlaksanaan tersebut. Diantaranya ialah bayaran premium insurans workers/replacement compensation, bayaran setem, bayaran pesuruhjaya sumpah, upah agen dan pengurusan kertas proposal bagi permohonan bon tersebut.
Nilai harga berbeza mengikut keadaan semasa namun nilai pro rate nya adalah hampir diantara syarikat-syarikat insurans berdaftar.
SOALAN LAZIM
Boleh ke pemilik syarikat membuat permohonan secara terus dari syarikat
insurans?
Tidak. Syarikat insurans hanya berurusan dengan agen
dilantik sahaja. Sila berjumpa agen yang sah dan membuat permohonan
memalului beliau.
Kenapa salinan geran disebutkan itu diperlukan?
Salinan geran adalah sebagai sokongan anda kepada pihak syarikat insurans
jika berlaku tuntutan oleh jabatan/agensi kerajaan bagi memastikan anda
boleh/akan membayar ganti rugi semula kepada mereka (mengikut nilai max di
dalam bon perlaksanaan) setelah pihak insurans mengesahkan tuntutan oleh
pihak jabatan/agensi kerajaan.
Bolehkah saya membayar secara ansuran untuk bon perlaksanaan?
Tidak. Bayaran adalah one-off dan mengikut tempoh sepanjang perlaksanaan
kontrak termasuk tempoh 12 bulan selepas tempoh kontrak tamat. Bayaran
boleh dibuat mengikut peringkat dokumentasi/kerja yang dilaksanakan tetapi
selalunya segala premium (caruman) dan bayaran insured bon harus
diserahkan sepenuhnya ketika menghantar permohonan. Upah dan lain-lain
bayaran boleh dibuat setelah bon dan polisi dikeluarkan oleh pihak
insurans.
Berapa lamakah sesebuah permohonan diluluskan?
Selalunya di dalam 3 hari bekerja. Namun begitu, jika borang permohonan
tidak lengkap atau terdapat keraguan oleh pegawai insurans akan mengambil
masa. Oleh itu disarankan menyemak secara teliti sebelum dan semasa
dokumen dihantar.
Sebarang pertanyaan boleh ditulis di ruang komen disediakan. Atau hubungi kami untuk pengisian lanjut di hello[at]irsah[dot]com. Semoga penulisan kami memberi sedikit inspirasi bagi memudahkan kerja-kerja dokumentasi anda.
Usahawan akan mencari segala sumber untuk memperoleh keuntungan & anda juga akan menaggung risiko diatas segala keputusan/perbuatan yang bakal anda lakukan.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.