Electronic Payment System–Cara Tambah Nilai Pendapatan Perniagaan Anda

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!

Salam Semua…

Dahulunya, jika perniagaan anda hanya menerima pembayaran secara tunai & cek, kini anda boleh menaik-taraf kaedah pembayaran secara elektronik, dengan kad Visa atau Mastercard terus ke akaun bank anda. 

Anda hanya perlukan komputer & talian internet sahaja, pelanggan anda yang mempunyai kad tertera Visa atau Mastercard boleh membuat transaksi pembayaran kepada akaun perbankan anda secara atas talian, cepat & selamat.

Kaedah ini bersesuaian bagi usahawan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti bengkel servis kenderaan, mengecat kenderaan, serta perkhidmatan yang berkaitan dimana ia  memerlukan transaksi pembayaran pada jumlah yg banyak, hingga mencecah 4 angka. 

Ini memberikan perkhidmatan tambah nilai bagi perniagaan anda yang mana pengguna di Malaysia kini sudah cenderung membuat transaksi menggunakan kad sahaja, samada debit atau kredit. 

Disamping itu, ia dapat mengelakkan dari pelanggan anda membawa wang tunai yang banyak dalam satu² masa.

Anda hanya memerlukan sebuah akaun Paypal & link kan akaun tersebut dengan akaun perbankan anda. Untuk mendaftar akaun Paypal, anda boleh klik disini & isikan pendaftaran tersebut, ia adalah percuma. 

Segala perincian & panduan adalah secara ‘straight forward’ dan anda tak perlu pening kepala. Sistem ini mudah & dilengkapi invoice digital yang akan dihantar secara automatik ke e-mel pelanggan anda.

Berikut adalah beberapa link & rujukan bagi membolehkan anda mendaftar akaun dengan Paypal. 

Perlu juga ingat, Paypal mengenakan caj bagi perkhidmtan tersebut untuk setiap transaksi online sahaja samada anda membuat pembayaran mahupun menerima pembayaran. 

Namun, Paypal tidak mengenakan sebarang caj bagi membuka akaun atau ‘link’ akaun anda dengan mereka. Dan setiap transaksi ke akaun Paypal anda boleh kreditkan ke akaun bank anda dalam masa 3 hari ataupun mengikut sistem perbankan masing-masing.

  1. http://www.ziefauzi.com/ (BM-Paypal to Maybank)
  2. http://denaihati.com/ (BM)
  3. http://sayanakhiburan.blogspot.com/(BM)
  4. http://erozbyte.com/(BM)
  5. http://online4rich.com/  (BM)

Banyak lagi info dapat dikongsi dan boleh diperoleh melalui rakan-rakan bloggers yang lain, google sahaja. 

Panduan terperinci mereka sangat berguna, disediakan khusus untuk rujukan & panduan.

Terima kasih kepada  rakan bloggers kerana telah berkongsi panduan dan informasi yang berguna ini.

Diharap dengan adanya kaedah alternatif ini dapat menambah nilai perkhidmatan perniagaan anda.

Semoga kami di sini serta rakan² bloggers dapat memberikan inspirasi kepada anda bagi menambah nilai perkhidmatan perniagaan anda kelak.

Buka akaun paypal percuma link dengan bank
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!