Statistik Kesan Laman / Kedai On-line Setelah Update Google Penguin 2.0

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!

How well local small business websites and blogs ranked after Google Penguin 2.0 update?


Berita terbaik! Sudahkah anda menyemak kedudukan blog / website anda sejak kebelakangan ini di enjin carian Google? Setelah Google Penguin Update 2.0 dilancarkan (sekitar 22 Mei 2013) hampir 74% pemilik blog dan website (termasuk laman blog shop dan blogger store) di bawah seliaan kami telah dilaporkan, berjaya meningkatkan rank kedudukan masing-masing.

Kesan update penguin 2.0 laman kedai on-line
Image courtesy: www.entrepreneur.com

Laman-laman tersebut telah berjaya meningkat diantara 25 sehingga 32 tempat kedudukan di enjin carian secara puratanya. Hanya sekitar 15% dari responden kami tidak memberikan sebarang maklum balas manakala 6-9% website dan blog (termasuk laman kedai on-line) hanya mengekalkan kedudukan.

Ia juga termasuklah laman dan blog kami sendiri yang bersaing dengan 97 juta keputusan carian di Google.com ( bagi sesebuah kata kunci), dimana posting laman web dan blog kami telah berjaya meningkatkan kedudukan diantara 5 hingga 8 tempat kedudukan dari muka surat kedua ke pertama di enjin carian tersebut.


Anda juga melihat perincian dan video keterangan kemaskini update Google Penguin 2.0 di post kami ini :
http://blog.irsah.com/2013/05/pengiun-20-update-terbaru-seo-carian.html


Pada pandangan kami, diantara faktor yang membolehkan keputusan kenaikan laman dan blog tersebut adalah kerana kedudukan domain hosting laman mengikut negara masing-masing. Setelah pelancaran kemaskini (update) terbaru Google Penguin 2.0, membina pautan backlinks dari laman atau blog yang juga di host kan di negara yang sama, berkemungkinan menjadi penyebab keputusan positif tersebut.

Sebagai contoh, jika anda ingin mendapat tempat teratas di enjin carian Google.com.my, pautan links anda sebaiknya diperoleh dari laman dihostkan di Malaysia (atau serantau dengannya). Oleh kerana Irsah inDesigns juga sudah mula fokus kepada pemilik laman, website, blog dan kedai on-line sekitar Rantau Asia Negara termasuk Malaysia, didapati laman yang tidak menggunakan Bahasa Melayu akan ditapis secara automatik mengikut carian.

Berkemungkinan juga, pautan berkualiti (backlinks) yang dibina oleh kami di laman-laman yang di hostkan di Malaysia (termasuk Indonesia dan Singapura) telah menunjukkan peningkatan kedudukan dalam enjin carian. Update Penguin 2.0 juga telah di lancarkan dan pihak kami mengesyorkan anda membina pautan backlinks yang benar-benar berkualiti, yang datangnya dari laman yang dihostkan di negara yang sama (serantau) antara kaedah mudah mesra enjin carian pada masa kini.


Nafas Baru Usahawan Kedai On-Line di Enjin Carian


Di sebaliknya dari senario diatas, keterbukaan sebegini memberikan nafas baru kepada usahawan peniagaan on-line serta pemilik blog shop / store di Malaysia. Kini, jika anda mengkhususkan jualan untuk dalam negara sahaja, anda akan medapat kelebihan / keutamaan di sistem enjin carian berdasarkan niche kedai online anda dan aspek lokaliti blog store anda (localization).

Dengan peningkatan kedudukan di enjin carian, ia bakal menambah pengunjung / pelawat, dan dengan bantuan template kedai on-line percuma seperti BlogrShop Responsive Blogger Template, yang kelihatan se-olah laman kedai on-line sepenuhnya dan bukan nya sebuah blog, sememangnya telah menunjukkan peningkatan hasil jualan mendadak. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan fungsi notifikasi automatik e-mail invoice yang memudahkan pelanggan membuat tempahan dan rujukan produk.

Memang benar penerangan dari Ketua Anti Spam Google, saudara Matt Cutts, bahawa update Google Penguin 2.0 terbaru ini akan membantu sedikit sebanyak usahawan kecil sederhana on-line (small business owners).

Diharap artikel ini dapat membantu usahawan on-line negara bagi menempuh cabaran akan datang.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!