Setelah kami lancarkan template Blogger BlogrShop dan juga MyBlogShop Gallery, 2 buah tema template Blogger dengan ciri-ciri notifikasi invoice e-mail, ramai pula bertanya tentang senarai wholeseller atau supplier on-line untuk mengisi galleri produk-produk mereka.
Jika diikutkan, memanglah banyak laman-laman web wholeseller ataupun lebih dikenali sebagai agen / pembekal produk bagi memenuhi permintaan blog store atau blog shop anda, namun yang mana boleh dipilih dan sesuai?
Tahukah Anda? Anda boleh membina sendiri laman kedai on-line dengan mudah, tanpa modal & berjaya seperti mereka tersenarai di laman ini. Layari galeri template Blogger percuma siap bina ini dengan shopping cart pesanan terus dihantar ke email anda tanpa membina form.
Memang agak sukar membuat pilihan, namun sebagai langkah mula, membuat siasatan dan kajian kes adalah amat kritikal sebelum anda membuat pilihan mengikut persekitaran on-line anda (permintaan dan status bakal pelanggan).Sesuai dengan kedatangan musim perayaan tidak beberapa lama lagi, berikut adalah senarai laman agen drop shipper / atau pembekal anda boleh berurus niaga.
Senarai Laman website Dropshippers / Agent pemilik kedai on-line boleh berurusan
HandbagWholesale.My
http://www.handbagwholesale.my/ |
Disebut sebagai "Malaysia's largest fashion bag / handbag supplier" dengan tawaran harga paling rendah dan berbaloi. HandbagWhol;esale.my dikatakan mempunyai kilang pembuatan produk mereka sendiri di China, Indonesia dan juga Thailand. Mereka memasarkan produk berkualiti dan membekal kepada pelanggan ke seluruh dunia tanpa sebarang masalah.
Produk-produk yang dihasilkan telah melalui beberapa siri pemeriksaan kualiti yang amat ketat. Sebagai tambahan, ada diantara produk mereka memperoleh status Halal bagi memenuhi pelanggan-pelanggan mereka di Malaysia.
Senarai produk mereka termasuklah handbags, bags, dresses, designer perfumes women's accessories, tops, a few men's clothing, men's jacket dan backpacks.
DemiBorong.Com
http://www.demiborong.com/ |
Produk DemiBorong terdiri daripada blouses, Muslimah scarfs, t-shirts, branded women's shirts and trousers, jeans, baju kebaya, baby clothings, handbag supplies, Men's branded shirts and pants, health food products, Musllimah kaftan dan jubah, Muslimah Tee's and maternity dresses.
Ketika ini, mereka mengatakan produk dibuat di kilang di luar Malaysia dan stok sentiasa boleh diperoleh di Seremban, Negeri Sembilan, lebih kurang sejam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Caj untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM 50 untuk seumur hidup.
EdyMall
http://edymall.com/ |
EdyMall menyediakan produk seperti health suppliments, men's health products, women's products, books, e-books, technological products dan juga produk Islamik.
Edy Mall juga ada meyediakan tawaran harga wholesale untuk pilihan kedai online anda.
Caj untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM100. EdyMall juga meyediakan perkhidmatan penggunaan sistem shopping cart mereka selama 30 hari sahaja. Kemudian penggunaan sistem ini akan mengikut caj-caj tertentu.
Dikatakan, setelah 30 hari tempoh penggunaan percuma shopping cart EdyMall, pemilik kedai on-line harus membayar RM1 bagi setiap hari berikutnya.
Young Khalifah
http://www.youngkhalifah.com/ |
Young Khalifah membekalkan produk Islamik serta produk untuk jualan dan perkhidmatan termasuk children's clothing and learning tools, children's playgroup dan juga parents circles.
Bekalan produk dari Young Khalifah termasuklah, siri desain pakaian Islamik rekaan YoungKhalifah, buku-buku kreatif, produk pendidikan, Muslimah attire, Muslimah clothings and accessories dan tidak dilupakan produk untuk si jejaka..
Pengguna kedai on-line harus berdaftar dengan Young Khalifah dengan kadar keahlian sebanyak RM135.
Heartbeat.My
http://heartbeat.my/ |
Sebagai rakan niaga kepada Heartbeat, anda hanya perlu mencari pelanggan yang ingin mencari cenderahati dan Heartbeat akan merekabentuk foto-foto pelanggan anda. Anda hanyalah perlu untuk upload gambar tersebut untuk memudahkan kerja-kerja editing dan printing.
Ini bermaksud, Heartbeat akan membuat gift printing, quality control, packaging dan seterusnya menghantar kepada pelanggan anda ataupun kepada anda terus.
Perkhidmata mereka termasuklah custom printed mugs, t-shirts, pillow cushions, printed handphone casing, velvet box, photo box, printed button, keychain dan segalanya difikirkan untuk kerja-kerja rekabentuk percetakan.
Ketika ini Heartbeat mempunyai lebih 100 produk unik untuk dipilih oleh pelanggan dan produk tersbut boleh juga disenaraikan di kedai on-line anda.
MoonAbaya.com
http://www.moonabaya.com |
Program dropship MoonAbaya.Com memberikan anda peluang untuk memperleh pendapatran lebih secara on-line. Hanya dengan menjual jubah Muslimah secara on-line melalui blogshop, blog store, website, forum, dan juga media sosial seperti Facebook.
Anda juga boleh menjual produk mereka kepada rakan dan keluarga anda sendiri. Moon Abaya juga adalah dropshipper maka anda sebagai pemilik kedai on-line tidak meyimpan stok mahupun tersekat dengan stok produk yang tidak menjadi perhatian pelanggan / pengguna.
Anda hanya perlu membuat tempahan dan bayaran ke MoonAbaya.Com dan kemudian anda akan memperoleh komisyen tertentu.
MuslimNiaga.Com
http://www.muslimniaga.com/ |
Ketika ini kadar caj keahlian adalah sebanyak RM300 untuk set-up kedai on-line anda. Setelah itu, bayaran RM50 sebulan dikenakan kepada peniaga-peniaga online yang berdaftar.
MuslimNiaga.Com juga menyediakan kedai on-line tumpang untuk anda dengan lebih 250 produk jualan tersedia. Setelah pendaftaran berjaya, anda akan dilantik sebagai pengedar sah produk mereka.
Kata Akhir
Diharap beberapa contoh laman kedai online / dropship diatas dapat membantu anda dalam sesi pencarian produk-produk tambahan kedai on-line anda kelak.
Sebelum membuat keputusan, adalah penting untuk anda mengkaji dan meneliti setiap produk yang ditawarkan, dan yang paling penting adalah membaca serta meneliti terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Semoga perkongsian ini dapat mencetus sebuah dimensi baru bagi anda dalam misi untuk mencari produk bersesuaian bagi kedai on-line anda. Sudah semestinya, ketika ini, banyak juga laman wholeseller / pembekal atas talian wujud, dan jika anda pernah bekerjasama dengan laman atau jenama tertentu, bolehlah share bersama pembaca di ruang komen dibawah.
Selamat berniaga.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.