Penghujung April 2013, pereka fesyen tersohor negara, Rizalman telah selamat melancarkan koleksi terbaru design baju raya Aidilfitri bagi tahun ini. Kini koleksi baju raya beliau telah pun tersergam indah di galeri pakaian wanita on-line terkemuka negara - Zalora.Com.My
Image by Rizalman @ http://zalora.com.my
Kolaborasi sebegini nampaknya menjadi trend diantara pereka fesyen tekemuka negara, sejak dahulu lagi, termasuklah, kolaborasi designer Jovian Mandagie (JM) yang juga perkenalkan koleksi design baju raya beliau di Zalora pada Aidilfitri yang lalu.
Nampaknya, koleksi baju raya kali ini oleh Rizalman menyajikan rekaan kurung moden dengan penggunaan perincian / corak geomerik, sesuai untuk muslimah urban, moden dan trendy. Di samping itu, pendekatan yang sama juga diterapkan pada koleksi kaftan beliau untuk edisi kali ini.
Harga ditawarkan di Zalora.Com.My bermula dari RM380 sehingga RM480 untuk koleksi baju raya Rizalman 2013 dan nampaknya ia khusus untuk golongan wanita muslimah bekerjaya dan urban serta berpendapatan sederhana keatas.
Berbandng dengan koleksi Aidilfitri Rizalman pada tahun yang lalu, dimana koleksi baju raya beliau diedarkan pada kadar harga mampu milik di beberapa rangkaian Tesco di seluruh Malaysia.
Berikut adalah beberapa koleksi penuh design baju raya koleksi Rizalman di Zalora.Com.My, jika berminat boleh ke Zalora untuk tempahan on-line. Kepada designers / pencinta fesyen / muslimah, semoga rekaan Rizalman+Zalora dapat memberikan ilham untuk gaya trendy anda di musim perayaan ini.
Catatan Pengaran : Ini merupakan antara contoh terbaik "a small business that thinks big, looks big and goes big! Syabas!"
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.