Mengurus Produk Jualan - Kedai On-Line Mesra Pencarian

Blogger has discontinued the auto Add Widget functionalities as of 10/2024. All widgets requires manual additions. Sorry for the disruptions.
Contact us if you need support!
Sebenarnya ramai usahawan masih keliru dengan mewujudkan perniagaan on-line. Paling ketara sekali ialah produk yang ingin dipasarkan, jualan secara on-line, lebih-lebh lagi pengkhususan jualan produk

Memanglah perkhidmatan percuma sepeti Blogger, Wordpress Typepad dan sebagainya mempunyai had tertentu, tetapi jika anda bijak dan kreatif, sudah tentu anda akan mmperoleh hasil yang diluar jangka.

Masalah utama yang sering kami tempuhi apabila update atau re-design e-commerce website mahupun blogshop ialah pemilik ingin menjual berbagai jenis produk di dalam satu ruang. Sebagai contoh, jika menjual produk tekstil, hampir kesemua barangan tekstil yang ada dipasaran seperti, seluar baju, dress, kain, topi dan aksesori akan dimasukkan ke dalam senarai (listing) produk.

Image inspired by http://www.keepingchange.com

Ini adalah tip paling mudah untuk kedai on-line/blogshop anda. Jika anda ingin menjual produk (contoh melalui blogshop) pilih satu jenis produk utama. Contoh terbaik ialah, jika anda menjual/mempunyai koleksi jenama Armanot (bukan jenama sebenar) dimana jenama Armanot ini merangkumi pakaian trend terkini untuk lelaki, sesuai di masukkan kedalam satu blogshop sahaja. Berkemungkinan anda mengguna sub kategori t-shirt, jenas, seluar dalam dan sebagainya.

Sebaliknya jika anda mempunyai Jenama Kimoro atau KLSS, dimana ia menjual produk tekstil pakaian dari balus, children's wear, kasut, aksesori, handbag, eloklah anda asingkan mengikut kategori tertentu dengan blogshop/kedai on-line khusus. Contohnya satu blogshop untuk Chhildren's Wear, satu lagi untuk Ladies Wear, dan satu untuk Women's Accessories dan seterusnya.

Kenapa Menguruskan Produk dan Menklasifikasikannya.


Contoh anda boleh lihat di laman e-commerce ini dan juga laman jualan on-line ini, yang pada pendapat kami sangat berjaya. Umum mengetahui laman ini adalah dimiliki oleh syarikat yang sama, hakikatnya pengurusan jualan mereka berjaya kerana menjual pelbagai jenis produk dan perkhidmatan dengan menggunakan pendekatan disebutkan diatas. (disamping promosi berterusan)

Dimana kedai e-commerce yang pertama tadi mengkhususkan jualan untuk kaum wanita (door gifts, toiletries dsbnya), manakala kedai e-dagang kedua pula khususkan untuk sang jejaka (produk hardware, tools dan sebagainya).

Begitulah langkah paling terbaik jika anda menjalankan perniagaan on-line melalui website mahupun blog. Jika anda dapat mengkhususkan sesuatu produk jualan mengikut pengkhususan produk tertentu ia memudahkan lagi penemuan barangan/produk anda di laman carian dan seterusnya akan lebih mesra kepada pencarian pengguna.

Kenapa kami kata begitu?


Ini kerana jika anda bergantung kepada enjin carian, pengguna akan menaip barangan yang mereka ingini. Oleh itu jika penguna mencari " tudung terbaik dan murah KL ", jika kedai blogshop/e-commerce anda khusus menjual tudung yang cantik terbaik dan harga patut, maka anda akan dipertemukan dan mendapat perhatian keputusan di enjin carian.

Begitu juga dengan produk yang lain. Sudah tentu setiap pengkhususan produk mempunyai sub kategori seperti contoh sebelumnya, tudung Lycra, tudung belang, tudung color block dan sebagainya. Percaya atau tidak, sub koleksi ini dalam masa 6 bulan akan mencapai sehingga beratus desain dan keluaran!

Dengan wujudnya tema-tema blogshop seperti MyBlogShop Pro for Him dan MyBlogshopPro for Her, sekurangnya dapat memudahkan anda membina blogshop dengan percuma mengikut pengkhsusan senarai produk anda. Dengan kelebihan checkout menggunakan "external form", mahupun menggunakan payment gateway PAYPAL dan GOOGLE WALLET, anda boleh guna dan seragamkan kod form di kesemua blogshop anda dan segala pengurusan pembelian anda telah disatukan.

Di dunia maya ia bukannya kualiti website atau kedai on-line itu sahaja. Kuantiti juga memainkan pernanan. Kenapa? Kuantiti disini bermaksud jika anda meluaskan empayar links, pautan, sebaran promosi di laman sosial dan sebagainya, ia bakal mengundang pelanggan dari merata pelusuk dunia. Jika lebih banyak sebaran (kuantiti) maka lebih mudah pelanggan anda ditemukan blogshop/laman e-dagang anda kelak.


Bukan setakat langkah itu sahaja, banyak lagi keperluan tweaks sistem enjin carian yang mudah boleh dilaksanakan pada blogshop atau kedai on-line anda supaya ia dapat dikunjungi dengan mudah oleh pengguna internet melalui enjin carian.

Disebalik rasional membuka blogshop mengikut pengkhususan, ia membantu anda dalam menguruskan jualan kedai on-line anda, memberikan lebihan tambah nilai terhadap kedai on-line anda dan seterusnya menambah pendapatan seta jualan.

Yang penting bagi setiap blogshop mahupun kedai on-line yang ada, buatlah pautan dari blogshop pengkhususan anda dengan unik. Melalui cara ini pelawat/pengguna boleh mendapat kepelbagaian dengan hanya melawat blogshop yang lain yang juga milik anda!

Ini bukannya trick tetapi strategi dalam menguruskan produk anda dan kedai on-line anda akan sentiasa relevan di enjin carian dan mendapat pehatian dari pelawat/ pengguna kelak.

Selamat mencuba!
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!