Irsah inDesigns Blog

Archive

Irsah inDesigns Blog

Premade Blogger shopping cart theme & template premium free themes ready download curated by slightly bizarre Blog designs & small business development info studio based in KL.

Bila 1 Malaysia Pad Dilancarkan MalTechPro

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise. Tablet pertama buatan Malaysia yang akan dikenali 1Malaysia Pad bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Dimana tarikh khusus untuk pelancarannya pun belum diistiharkan. Thanks amanz.my kerana menghantar artikel pelancarannya.

Pra pelancaran 1Malaysia Pad telah dilaksanakan pada 23/05/2012 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya. Ia juga dihadiri oleh Datuk Sohaimi Shahadan, Pengerusi Eksekutif, Maltechpro Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang bertindak membina dan menjual tablet tersebut di pasaran Malaysia.

Gajet yang dibina  bakal menawarkan pelbagai inovasi aplikasi terkini selain setaraf dengan tablet keluaran Asia seperti China dan Korea. (menurut sumber, tablet 1Malaysia Pad ada kaitan dengan negara kami nyatakan itu). Berdasarkan pelancarannya, model dengan skrin bersaiz 7 inchi ini akan dijual pada harga promosi yang bernilai RM 999. Dan hanya 999 unit sahaja ditawarkan unutk promosi tersebut.
Yang satu unit untuk cukupkan seribu tuh, tahu lah siapa yang punya yea….

Masih belum dijelaskan lagi apps custom yang bakal mengisi tablet 1Malaysia Pad ini namun dengan perisian Gingerbread 2.3, apps yang berada dipasaran boleh dinikmati dengan mudahnya. Selain dari itu, 1Malaysia Pad  juga dilengkapi kamera 1.3 megapixel yang jauh lebih rendah dari tablet yang berada dipasaran sekarang (berpadanan lah dengan harga ditawarkan).

Untuk rekod, spesifikasinya belum diperoleh oleh kami  untuk membuat perbandingan tablet 1Malaysia Pad dengan tablet yang seangkatan dengan nya. Kemungkinan kami akan bongkarkan dan review tablet 1Malasia Pad ini di artikel akan datang. 

Berdasarkan pra pelancarannya, tablet 1Malaysia Pad hanya boleh ditempah di atas talian melalui laman web www.maltechpro.com. Namun sehingga kini laman web tersebut masih meletakkan laman skrin 1Malaysia Pad seperti dibawah….


1Malaysia Pad bila akan lancar



Kesimpulan mengenai tablet 1Malaysia Pad adalah… samalah seperti laman web syarikat pembina dan penjual tablet 1Malaysia Pad tersebut…. COMING SOON…… tak taw lah soon tu bila…

Dari meja Irsah Indesign.

Artikel Sebelumnya:
Panduan dan Tips Kuasa Baclinks
Daftar Syarikat Enterprise SSM RM 50 Untuk 5 Tahun
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.



Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

DISQUS With Us!