Irsah inDesigns Blog

Archive

Irsah inDesigns Blog

Premade Blogger shopping cart theme & template premium free themes ready download curated by slightly bizarre Blog designs & small business development info studio based in KL.

SSM Daftar RM 50 Untuk 5 Tahun – Syarikat Enterprise

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Berita baik dari SSM daftar 5 tahun syarikat dengan RM 50 untuk warga enterprise dan perkongsian. Pakej insentif tersebut khusus untuk pendaftaran baru perniagaan dan juga memperbaharui perniagaan sedia ada Ya, diskaun sebanyak hampir 75% berbanding bayaran memperbahauri dan mendaftar perniagaan sebelumnya bernilai antara RM 150 hingga RM300 untuk 5 tahun. Maklumat lanjut anda boleh peroleh di laman sokongan perniagaan dipetik dari portal SSM dan KPDNKK.

Kemaskini: 01/09/2012

Pendaftaran baru dan membaharui SSM RM 50 untuk 5 tahun adalah khusus untuk syarikat milik tunggal dan perkongsian. Pengumuman dibuat oleh PM di Majlis Sambutan Hari Belia Malaysia 2012 di Putrajaya pada 27/05/2012. Insentif ini adalah kerjasama diantara Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.

Daftar SSM RM 50 selama 5 Tahun - Borang Daftar Syarikat
Contoh borang pendaftaran Syarikat Enterprise dan Perkongsian Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM

Anda boleh muaturun Borang A Daftar Perniagaan SSM di komputer dan mobil anda dengan percuma.

Muaturun Borang PNA42 Daftar Perniagaan Perkongsian di SSM ke komputer anda dengan percuma dipautan disediakan.

Jaminan SSM untuk kelulusan pendaftaran pernigaan 1 jam boleh diperoleh di perincian notis pengumuman SSM ini.

Nampak gayanya, pemilik tunggal dan perkongsian syarikat bertaraf enterprise mendapat sepenuhnya manfaat dengan daftar SSM RM 50 selama 5 tahun, yang telah diumumkan ini. Maka tiada alasan lagi mengapa anda tidak membaharui mahupun mendaftar perniagaan anda dengan SSM. Kami di Irsah Indesign selalu mengingatkan warga Enterprise, Associates dan Alliance kami untuk memastikan segala dokumen termasuklah pendaftaran perniagaan dengan SSM haruslah di-update mengikut masa ditetapkan.

Selain dari pengumuman pakej daftar SSM untuk 5 tahun, PM juga telah menyatakan satu pakej insurance inklusif khusus untuk perniagaan peringkat enterprise dan perkongsian bagi menjamin kedudukan perniagaan mereka. Pakej tersebut akan diisytiharkan setelah segala kerja-kerja kemaskini pendaftaran dan pembaharuan syarikat di SSM bernilai RM 50 untuk 5 tahun selesai dilaksanakan.

Maka, rebutlah peluang yang ada, daftarkan syarikat anda di SSM dengan kadar RM50 untuk 5 tahun. Sekurangnya kerajaan menggalakkan para belia dan pengusaha syarikat enterprise untuk terus maju dengan mengurangkan kos-kos pentadbiran yang berbangkit. Diharap warga enterprise semua dapat berniaga dengan lebih berhemah dengan wujudnya pakej insentif perniagaan perniagaan selama 5 tahun di SSM.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.



Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

DISQUS With Us!