Analisa Keperluan Bines Niaga On-Line Guna Khidmat SEO Tambah Jualan

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Kali ini kami ingin mendalami dan menentukan keperluan perniagaan bisnes kecil-sederhana (small-medium business) on-line anda memerlukan perkhidmatan SEO atau pun tidak. Ini kerana, banyak e-mel sahabat-sahabat bertanyakan berkenaan keyword dan cara dapat keyword, pancing keyword dan berbagai lagi berkenaan keyword. Dunia alam fana maya ini memang terlalu luas, lebih-lebih lagi, seolah di-kongkong oleh sesuatu diberi gelaran Big-G. Maka pentingnya juga, kita mengetahui bagaimana bekerjasama dengan Big-G bagi mendapatkan keperluan dikehendaki lebih-lebih lagi bagi perniagaan atas talian.

bajet-belanjawan-bisnes-niaga-kecil-on-line-Google-Keyword-Tool-bantu-tentu-perlu-pakai-khidmat-pakar-SEO

Kali ini bukan menceritakan berkenaan pengalaman. Tetapi serba sedikit info yang boleh kita berkongsikan bersama berkenaan isu "keyword". Berbalik kepada poin asal hari ini:  Perlukah kedai on-line, affiliate, advertising, links ads, post review anda, menggunakan kaedah dan perkhidmatan teknik SEO? Jika perlu, kenapa? Jika benar memerlukan perkhidmatan SEO, apa kesannya?

Kita rungkaikan dengan pengiraan mudah dan senang difahami seperti yang akan diterangkan. Tetapi, sebelum itu, kita harus pergi balik ke asas perniagaan. Yea, perniagaan 101, asas permulaan perniagaan dan unjuran. Tidak kira untuk perniagaan on-line mahupun off-line, kajian awal mesti dilakukan. Anggaran kos, anggaran keuntungan, projection jualan, projection flow mingguan, bulanan, suku tahunan, setahun, dua tahun dan sebagainya. Sama juga seperti belanjawan dan bajet untuk perniagaan.

Bagaimana Ingin Mengetahui Bisnes Memerlukan Perkhidmatan SEO?


Google sememangnya menyediakan banyak tools on-line percuma dan berbayar untuk pengguna internet. Ironinya, bukan semua tools tersebut dimanfaat sepenuh jiwa raga oleh pemegang akaun mereka. Kali ini kami perkenalkan Google Keyword Tool. Sememangnya, sudah bersawang tools ini kerana ramai tidak memahami konsep tools tersebut. Tips kami, baca setiap mukasurat laman tersebut. Sudah sememangnya, penggunaan dan cara bacaan metrik carian disediakan dengan begitu lengkap dan komprehensif. Jika tidak memahami bahasa Inggers, switch to Bahasa Melayu. Pentingnya disini untuk menkaji dahulu sebelum membuat pertanyaan lanjut jika tidak memahami. Baru dikatakan proses pembelajaran.

Yang diutamakan disini ialah berkenaan pesaing anda. Jika anda menjual baju kurung, menaip keyword "baju kurung" di enjin carian, sudah tentu ada lebih kurang 22 juta hasil carian diinternet berkenaan "baju kurung". Maka, jika laman anda telah di SEO-kan, dan berada di muka surat #1 enjin carian, 56% pelawat akan klik ke laman tersebut (sumber Google) secara amnya. Ringkasnya, jika 1,000 orang menggunakan enjin carian, 600 orang akan klik ke laman anda. Mudahkan?

Google keyword tool analisa bajet belanjawan bisnes on-line perniagaan dan e-perolehan
Contoh sebuah analisa keyword oleh Google Keyword Tool

Mengira Keperluan SEO Untuk Perniagaan Kecil Anda.

Langkah 1- Mengira Asas Berkaitan Perniagaan On-Line

Pertama, anda gunakan Google Keyword Tool tersebut. Anda membuat carian kata kunci yang berkenaan perniagaan on-line yang ingin anda jalankan. Sebagai contoh, anda ingin menjual di atas talian on-line "G-String Warna Pink di Ampang".  Oleh itu, variasi keyword yang menjadi kebiasaan pengguna di enjin carian untuk produk tersebut, sebagai contoh: "G-String di Malaysia" atau "Ampang G-string" atau "G-string tidak mudah koyak jika ganas" mahupun carian "G-string selesa pakai". Oleh itu anda membuat semakan beberapa anggaran carian sebulan bagi kesemua kata kunci tersebut dan puratakan. Katakan, setelah disemak, jumlah pengguna mencari kata kunci serta variasi kata kunci anda tadi sebanyak 5,000 pengguna.

Langkah 2 - Membentangkan Unjuran Anggaran Perolehan

Berbalik pada jumlah pengguna sebulan yang menggunakan variasi kata kunci berkaitan perniagaan anda, iaitu 5,000 pelawat, jika Google menyatakan 56% pengguna akan klik pada laman muka pertama, bermaksud, anda akan memperoleh lebih kurang 3,000 pelawat setiap bulan. Kiraan mudah bukan?

Kita kecilkan dan membuat tumpuan dalam bentuk dunia nyata. Katakan, hanya 5% wanita-wanita dan isteri-isteri cantik menawan elegan seksi memerlukan sangat G-String berwarna pink kerana diminta oleh suami-suami mereka yang hensem kacak dan maha gagah perkasa. Oleh itu, keberangkalian pelawat yang akan order di laman anda adalah sebanyak 150 pengguna internet sebulan. Eh, semakin mengecil pula?

Langkah 3 - Menentukan Keperluan Perkhidmatan SEO untuk Perniagaan On-Line

Katakan pula anda menjual G-String berwarna pink, berkualiti dan tidak mudah koyak, pada harga RM 50.00 sehelai, termasuk kos penghantaran menggunakan Fed-Ex, Pos Laju, Carrier Services dan sebagainya. Jika anda mempunyai unjuran 150 pengguna yang bakal membeli G-String warna pink tersebut, anggaran jualan anda sebulan adalah sebanyak RM 7,500.00. OK?

Konklusinya: Jika bayaran perkhidmatan menggunakan SEO adalah kurang dari anggaranperolehan jualan sebulan, maka bolehlah anda gunakan khidmat penyelaras SEO tersebut.

Lagi rujukan berkenan analisa Google Keyword Tool di http://irsah.com/sem/small-business-lose-seo-not-using-google-keyword-tools/

Kata Akhir


Yang diterangkan adalah basic perniagaan 101, bagaimana anda ingin menilai samada perniagaan on-line anda memerlukan perkhidmatan SEO ataupun tidak. Dunia perniagaan kecil-sederhana (small business) mempunyai banyak industri dan anggaran keuntungan bagi setiap industri berbeza antara satu sama lain. Ada perniagaan on-line kecil sebegini berjaya (mengikut industri tertentu) dan banyak pula yang gagal, ketika menggunakan perkhidmatan SEO. Pentingnya disini, menilai dahulu samada keperluan perniagaan kecil on-line anda memerlukan perkhidmatan SEO mahupun tidak supaya anda tidak terlalu menanggung kerugian. - irsah indesign.

Anda boleh ke laman keyword tool oleh Google tersebut untuk membaca dan membuat analisa kajian perniagaan online anda melalui laman Google Keyword Tool ini.

Tips hari ni: Adalah sama diperkatakan diatas! Selain dari itu, anda boleh menggunakan perkhidmatan Google Keyword Tool untuk membuat analisa tumpuan khusus pelawat ke laman anda. In baik untuk anda jika inginkan pelawat yang berkualiti yang benar-benar mempunyai kuasa membeli (Targeted Visitors) - selamat mencuba. - Oleh: Azuan N.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!