Sambungan dari Panduan dan Kesilapan Tender dan Sebutharga Terbongkar Part 1
Salam Warga Enterprise. Sekian lama tidak menerbitkan sambungan kepada tajuk diatas. Kali ini kami menghuraikan kesiilapan kecil yang sering dilakukan apabila mengisi dan menghantar borang tender dan sebutharga dilakukan oleh kontraktor.
Semasa membuat semakan kertas kerja beberapa minggu lepas, masih ada lagi kontraktor, pembekal dan perkhidmatan kerajaan yang menyertai tender dan sebutharga, masih tertinggal atau sengaja tidak menghantar sesalinan katalog dan brosur berkaitan dengan tender dan sebutharga yang ingin dimasuki. Jika dibaca dengan teliti borang sebutharga dan tender yang dimuaturun melalui sistem e-perolehan, sudah terang lagi nyata keperluan katalog dan brosur dihantar sekali dengan dokumen tender dan sebutharga tersebut.
Image Source: Draughtmasn Document |
Pembekal bahan dan kontraktor perkhidmatan kerajaan yang menyertai tender dan sebutharga adalah diibaratkan seperti isi dan kuku. Mereka (pembekal bahan) akan memberikan berbagai inisiatif kepada anda jika anda berurus niaga secara konsisten dengan mereka. Dan mereka akan sentiasa mengemaskini produk mereka dan seterusnya menyediakan segala keperluan dan pengetahuan termasuk brosur, risalah, buku panduan dan data-data teknikal yang berkaitan bagi memudahkan anda menjalankan projek-projek yang bakal anda laksanakan termasuklah penyediaan tender dan sebutharga anda.
Hakikatnya, ketika ini, ramai kontraktor-kontraktor kini, tidak menggunakan kelebihan tersebut dengan sebaiknya dan akhirnya kesinambungan perkongsian perniagaan strategik tidak berjaya. Ada juga kami mendapati kontraktor-kontraktor ini menyalah gunakan 'keistimewaan' yang diberikan oleh pembekal bahan dan secara puratanya, kontraktor ini kebanyakkannya berurusan secara one-off sahaja. Ini adalah kaedah berurusan perniagaan yang sangat merugikan.
Oleh itu, dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak pembekal, jika anda bijak menjalankan perkongsian perniagaan yang strategik, akan memudahkan kerja-kerja anda jika dianugerahkan kontrak melalui tender dan sebutharga. Dapatkan segala keperluan dari pembekal anda, termasuklah katalog, sampel, brosur dan surat sokongan kerjasama, kerana dokumen inilah yang akan anda sertakan bersama borang tender dan sebutharga. Pastikan juga, anda menghantar katalog-katalog terkini atau úpdated'dari pemberkal bahan anda.
Jika anda masih atau ingin mencari pembekal bahan-bahan tempatan sekitar Kuala Lumpur, kami ada direktori untuk menyemak di Directory4E. Disini anda boleh menyemak dan memperoleh informasi berkenaan laman dan keterangan maklumat (jika disertakan) pembekal-pembekal yang sedang dan pernah pihak kami berurusan. Ada diantara pembekal yang kami berurusan sejak 10 tahun yang lalu dan pembekal-pembekal tersebut masih tidak menghampakan kami dan sangat relevan. Sekurangnya dapat memudahkan anda untuk memperoleh maklumat secara real-time pembekal-pembekal berkenaan.
Pihak kami mengemaskini Directory4E dari masa kesemasa untuk rujukan informasi berguna kepada kontraktor pembekal perkhidmatan dan bekalan kerajaan dan tugasan dokumentasi tender dan sebutharga. Directori4E juga menyediakan submission percuma untuk anda mendapatkan links yang SEO URL friendly untuk blog dan laman web anda. Directory4E ini dibangunkan untuk menyedia informasi dan maklumat real-rime untuk komuniti bisnis dan pelawat laman web tersebut diasamping menyediakan platform untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan anda kepada kontraktor-kontraktor yang sangat aktif dengan perkhidamtan dan bekalan kerjaan
Sekian sahaj dari meja Irsah Indesign dan satu perkongsian relevan untuk Tender Sebutharga Keperluan Katalog Brosur Bahan Pembekal - Part 2.
Berkenaan Penulis
Irsah, graduan senibina dan design dan mempunyai lebih 15 tahun dalam rekabentuk bangunan, hiasan dalaman, government service provider. Telah bertugas dengan firma arkitek, korporat dan multi-nasional sebelum mengundurkan diri dan berehat. Kembali aktif ber-blog-ing untuk berkongsikan maklumat relevan khusus untuk pembangunan perniagaan dan kerjaya.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.