Salam Warga Enterprise. Kami tertarik dengan satu e-mail diterima berkenaan links untuk websites atau blog. Terima kasih kepas seeksfingers.blogspot.com kerana mengutarakan soalan tersebut. E-mail pun dah balas, namun ada beberapa details, seperti dijanjikan, kami muatkan dalam artikel kami ini.
Rasanya, semua sudah ketahui betapa 'berkuasanya' links untuk blog atau web site anda. Bagaimana ia boleh dijadikan penjenamaan seperti blog denaihati.com dan bagaimana anda boleh menjana perolehan (RM) seperti blog abangensem.com. Blog masing-masing memang terbaik, dalam niche masing-masing, dan telah menjalankan kaedah dah strategi untuk memantapkan laman dengan gaya tersendiri. Begitu banyak sekali ilmu dan panduan jika anda betul-betul membaca kesemua artikel blog mereka yang ratanya sangat informatif.
Tetapi, tahukah anda berkenaan kuasa comments pada setiap blog anda lawati? Secara praktiknya, jika anda pengguna WordPress sudah tentu memasang widget CommentLuv, Disqus dan sebagainya, yang dengan sendirinya akan membekalkan automatic link back kepada posting anda. Tetapi sebenarnya, anda tidak menggunakan dengan sepenuhnya kuasa comments di dalam laman blog/artikel yang anda lawati itu.
Pernahkah kami singgah di blog anda? Ataupun meminta kami singgah dan memberikan comments di laman artikel anda? Jika anda sudah terbiasa, mungkin anda akan lihat, setiap kali kami memberikan comments, selain dari meninggalkan links ke artikel blog kami, kami akan menambah nilai artikel yang kami baca. Setiap artikel yang dikeluarkan, tidak kiralah, ayat pendek atau ayat panjang, tetap kami memberikan pandangan yang bernas untuk dikongsikan bersama.
Bagaimana comments anda boleh dikaitkan balik dengan search engine? Secara ringkasnya kami ingin menerangkan, setiap comments yang anda tinggalkan di sesuatu laman, sebenarnya anda boleh menumpang, secara berhemah, artikel yang anda lawati tersebut. maka dengan tidak sengaja, anda memperoleh advertising percuma untuk laman blog anda. Seterusnya, mudah pelayar dilaman web singgah dan membaca artikel anda kelak.
Anda boleh lihat contoh dibawah. Walaupun laman web atau blog anda tidak mempunyai rank, seperti laman blog testing kami ini, namun laman blog kami boleh menumpang di sistem pencarian Google melalui laman blog yang kami lawati dengan memberikan komen yang berkaitan. Seterusnya memberikan impak yang nyata kepada blog anda. Tidak perlu, add sana. Tak perlu minta links dan links exchange. Secara automatiknya Google akan menambah nilai links luaran (ada yang menamakan link juice) anda dan anda boleh semak di laman Google Webmaster anda nanti.
Apa yang perlu saya comments? Secara logiknya, untuk tidak menyakitkan hati pembaca serta menjadikan anda bloggers yang berkaliber, anda haruslah memberikan comments yang sealiran dengan artikel yang dikeluarkan oleh blog yang anda lawati tadi. Anda boleh memberikan huraian dan pandangan yang bersesuain dengan artikel tersebut. Elakkan daripada menulis secara meleret dan pastikan poin yang anda ingin bicarakan sampai kepada penulis dan juga pembaca-pembaca comments. Elakkan dari dari memberikan pandangan yang bercanggah atau melalut kerana pembaca menilai anda melalui penulisan anda. Google bots dan spiders yang crawl laman anda pun membaca laman anda. Percaya atau tidak?
Bagaimana ia boleh berlaku? Tak relevan ke search engine Google? Bukan begitu. Sistem carian Google sangat relevan dan sehingga kini, mereka telah menaik taraf secara senyap-senyap dari awal tahun 2011 lagi. Naik-taraf carian Google ini sebenarnya tidak ramai mengetahuinya, ada ketika pun tidak dapat dikesan oleh pakar-pakar SEO. Ada juga sahabat-sahabat SEO profesional kami pun pening kepala untuk memecahkan kebuntuan penukaran algorithma SEO Google ini. Tapi yang nyata, algorithma Google telah dicekapkan lagi untuk memastikan anda, sebagai pengguna, dapat memperoleh maklumat yang lebih tepat mengikut kata kunci yang anda inginkan nanti. Comments dengan berhemah dapat menambah nilai web/blog anda.
Konsepnya sama seperti artikel kami berkenaan kuasa backlinks satu ketika dahulu. Ia memberikan dimensi baru bagaimana search engine Google telah dicekapkan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih tepat kepada penggunanya.
Bagaimana kami boleh kata begini? Untuk rekod, pada ketika ini, domain irsah.com mempunyai 18,000++ external links to domain, dalam masa kurang dari 75 hari. Ia termasuklah dari external links domain luaran ke domain kami, links ke pages kami, links ke artikel kami, exchange links dan sebagainya. Kami menjalankan kaedah external dan internal links sebegini kerana perubahan algorithma Google terkini yang lebih kecenderung kepada faktor kesimbangan links keluar dan masuk. Dan hasilnya, website kami dengan blog, dirank-kan kurang dari 75 hari, dan ironinya, ada sahabat bloggers lain yang masih menunggu ranking mereka walaupun sudah lebih setahun ber-blog-ging.
Untuk rekod juga, pihak kami tengah menyusun strategi untuk distribute keluar balik links kami tadi untuk mengelakkan links decay yang pasti akan menghukum rank web/blog kami dengan Google nanti. Walaupun ber-PR2, tetapi ramai sudah sedia maklum betapa mudahnya untuk diturunkan rank jika tidak dikendalikan dengan berhemah. Begitulah kuasa comments untuk web dan blog anda.
Banyak lagi kaedah percuma dan mudah yang anda boleh jalankan dalam usaha memperkenalkan web/blog anda. Dari penggunaan Google+, Twitter , FB dan sebagainya. Seterusnya anda boleh membuat penjenamaan atau menjana kewangan dari blog anda. Bayangkan, jika bertambah pelawat baru ke laman anda, tak tambah ke akaun anda bersama Nuffer, Ads dan sebagainya?
Contoh carian kata kunci "Bukit Besi" yang tak relevan dengan Blog Irsah tetapi kami tinggalkan komen terus menumpang di blog tersebut. Advertisng Percuma. Kata kunci Bukit Besi pun tak pernah kami optimumkan.
Sekian sahaja perkongisan relevan dari meja Irsah Indesign untuk Kuasa Comments Lebih Mudah Tambah Links Dari CommentLuv.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.