Pengurus Pemilik Blog OhBulan Tolak Saman 1 Juta?

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.

Syarikat Driven Communications Sdn. Bhd. Bukan Pemilik Pengurus Blog OhBulan dan Sedang Gugurkan Kes Saman- Perkembangan Terbaru.


Apa cerita! Fakta terkini kes saman Blog OhBulan! yang disaman oleh usahawanita mompreneur dan ahli perniagaan juga bekas isteri penyanyi tersohor tanah air. Saman berjumlah RM 1 Juta berkenaan artikel berunsur fitnah serta meragukan yang telah disiarkan oleh laman blog OhBulan, berita hiburan on line sensasi tersebut pada bulan Januari yang lalu.

Terbaru Driven Communications bukan pemilik urus Blog OhBulan tolak saman RM 1 juta

Driven Communications Sdn. Bhd., dikatakan sebagai pemilik dan pengurus laman blog Oh Bulan!, telah pun menfailkan pembelaan terhadap kes saman tersebut melalui peguam, 2 minggu yang lalu. Syarikat tersebut juga menyatakan bahawa mereka bukannya pemilik mahupun pengurus laman Blog Oh Bulan dan sedang dalam usaha untuk menggugurkan kes saman oleh Mompreneur tersebut atas tuduhan memfitnah beliau melaluli artikel seperti yang telah difailkan.

Semalam, 21/08/2012, pihak peguam plaintif, Nizam Bashir telah memberitahu wartawan bahawa pemilik dan pengurus yang dikaitkan dengan laman blog OhBulan iaitu Driven Communications Sdn. Bhd. sedang dalam usaha untuk membatalkan pertuduhan terhadap kes saman tersebut. Pihak pembelaan yang diwakili oleh peguam mereka, Andrew Suresh, telah pun memberitahu pihak mahkamah mengenai perkembangan tersebut pada tarikh akhir pengurusan kes yang lalu.

Mompreneur, yang merupakan usahawanita dan ahli perniagaan, telah menfailkan kes saman terhadap Blog Oh!Bulan menerusi syarikat Driven Communications Sdn. Bhd. (iaitu syarikat yang dikaitkan sebagai pengurus dan pemilik laman Blog OhBulan), keatas penyiaran berita dan artikel berunsur fitnah dan mengaibkan. Terbitan dari artikel oleh Blog Oh Bulan! itu juga didapati dan menjadi punca diulang cetak oleh pemilik blog yang lain dan juga surat khabar tempatan.

Menurut fakta kes lagi, Mompreneur ahli usahawanita tersebut telah difitnah dengan penyiaran berita sensasi yang mengatakan bahawa beliau adalah seorang isteri yang curang (pada ketika itu), mempunyai tahap moral yang rendah serta mempunyai masalah kewangan yang kritikal. Akibat dari penyiaran artikel tersebut oleh laman blog OhBulan, beliau telah menyatakan bahawa status kehidupan dan perniagaan beliau telah tercalar dengan teruknya dan telah kehilangan sebilangan besar klien perniagaan beliau.

Menurut Mompreneur itu lagi, sebelum menfailkan saman RM 1 Juta terhadap Blog OhBulan, beliau telah menghantar notis kepada pemilik dan pengurus blog hiburan sensasi tersebut untuk mengeluarkan artikel fitnah itu serta merta serta memohon agar pemilik laman blog Oh Bulan meyiarkan artikel permohonan maaf secara terbuka ditulis di dalam blog tersebut. Disamping itu, beliau juga telah memohon pemilik laman Blog OhBulan untuk memberikan derma sebanyak RM 1,000 ke pusat kebajikan pilihan, namun tidak di-endahkan oleh pihak pengurusan laman Blog Oh Bulan!.

Dipetik juga dari laman New Straits Times (NST):

Besides the RM1 million in general damages, she (mompreneur) is also seeking special, aggravated and exemplary damages, interest, costs and other relief deemed fit by the court.
Kes saman fitnah RM 1 Juta mompreneur terhadap laman Blog OhBulan ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi pada 10 September 2012 depan. Diharapkan segalanya berjalan lancar dan para pemilik blog lain mendapat iktibar yang sewajarnya dari kejadian sebegini. Semoga apa yang sahabat-sahabat menulis mempunyai fakta-fakta sewajarnya untuk memastikan artikel dan post sentiasa menjadi relevan dan rujukan pembaca akan datang. Selain dari itu, pastikan juga kesahihan pemilik, pengurus dan penulis sebenar artikel/post di blog-blog tersebut sebelum membuat tindakan selanjutnya bagi memudahkan pegurusan dan dakwaan kes selain dari bukti-bukti yang lengkap, yea!. - info sosial semasa irsah indesign.

Sumber: nst.com.my
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!