JKR Panas - Siling Runtuh Hospital Serdang Lagi?

@ written .Tuesday, August 14, 2012   

JKR Panas - Siling Runtuh Hospital Serdang Lagi?
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!

JKR dan Kontraktor di kerusi Panas : Kes Bangunan Awam Tidak Selamat dan Perlu Siasat - Kementerian Kesihatan.


Siasat lobi Kes Siling Runtuh Hospital Serdang, Apa cerita?  Siling runtuh (lobi) Hospital Serdang bukan kali pertama, telah dilaporkan oleh TV3, melalui Buletin Utama 13/08/2012, ia merupakan kejadian kali ke-2. Nampaknya kes JKR berada dikerusi panas sekali lagi kerana sebuah lagi bangunan awam penting dijangkakan kurang selamat. Sebuah bangunan hospital pula yang menerima nasib. Apa certita dengan Stadium Sultan Mizan di Terengganu. Salah Arkitek/Jurutera lagi ke? Dilaporkan 4 orang telah tercedera, merupakan antara kakitangan Hospital Serdang sendiri, namun masih menuggu laporan.

yriqazz vs Denaihati - Google Malaysia dicabar luar negeri, kes siling runtuh hospital serdang, arah JKR menyiasat siling jatuh, KKM mengambil langkah keselamatan bangunan awam tidak selamat
Bangunan Hospital Serdang

Menurut laporan berita, walaupun kejadian berlaku berhampiran wad kecemasan kes siling jatuh Hospital Serdang, namun ia tidak menjejaskan operasi harian wad kecemasan dan Hospital Serdang secara menyeluruh. Nampaknya, mulalah berita menuding jari sana sini. Dan pentingnya disini, JKR sebagai penyelia pembangunan dan infratsruktur awam negara menjadi perhatian.

Siapa yang menjadi perhatian buat pertama kali ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, awal-awal telah dilaporkan berkata, “pasukan terbabit (penyiasat JKR) dijangka membentangkan laporan lengkap siasatan forensik kejadian itu kepada kementerian dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.” Nampaknya dalam satu atau dua minggu lagi siling bahagian lain pula akan runtuh?

Menurut beliau lagi, “antara faktor yang bakal dikaji ialah sama ada kejadian itu berpunca elemen reka bentuk atau kegagalan sistem penyelenggaraan.” .. rasanya siapa yang meluluskan rekabentuk dan kegagalan sistem penyelenggaraan. Sudah semestinya senarai dibawah berada dikerusi PANAS adalah seperti berikut:-

  1. Kementerian Kesihatan (KKM)-Bahagian unit pembanguan kesihatan (bangunan) dengan kerjasama bahagian kuruteraan JKR
  2. Jabatan Kerja Raya (JKR) – Bahagian kejuruteraan bangunan dan bahagian pembangunan awam kerana meluluskan dan memantau pelan dan rekabentuk pembangunan Hosptial Serdang.
  3. Project Management Consultant (PMC) atau nama bersesuaian ketika projek pembinaan telah dilaksanakan  –  Penyelenggara projek pembinaan Hospital Serdang yang telah diberikan kontrak, merekabentuk, menyelaras dan memohon kelulusan dari JKR dan KKM sepanjang pembinaan Hospital Serdang. Anggotanya sudah tentu terdiri dari Arkitek, barisan Jurutera, Juruukur Bahan, kakitanagn profesional dalam bidang pembinaan dan sebagainya, yang mana telah di perhalusi/dipersetujui oleh agensi berkaitan.
  4. Kontraktor Utama penerima kontrak – Kontraktor-kontraktor Utama yang dilantik oleh agensi berkenaan untuk mengendalikan keseluruhan pembinaan Hospital Serdang
  5. Sub Kontraktor Dinamakan – kontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini juga berdaftar dengan JKR sebelum dineri kebenaran untuk menjalankan kerja mengikut kepakaran industri masing-masing.
  6. Kontraktor kecil – kontraktor yang di berikan tugas pembinaan mengikut kepakaran bidang pembinaan industri masing-masing.
  7. Tenaga kerja mahir dan kurang mahir yang telah berdaftar ketika pembinaan Hospital Serdang khususnya dalam pembinaan bahagian pembuatran siling bangunan.
  8. Pembuat komponen-komponen siling yang telah diberikan/diserahkan kepada anggota PMC untuk mendapat kelulusan bahan binaan dari JKR dan KKM

Menurut Menteri Kesihatan lagi, “kawasan kejadian akan dikawal rapi dan dibersihkan termasuk menurunkan baki siling yang masih tinggal kerana siasatan awal pihak JKR mendapati ia boleh membahayakan jika dibiarkan di tempat asalnya.” Dan beliau telah menambah, “Kementerian sudah mendapatkan bantuan daripada JKR untuk menyiasat kejadian ini dan siasatan awal mendapati siling berdekatan tiga siling yang sudah runtuh itu perlu diturunkan.” 

kenapa siling jatuh di Hospital Serdang, kecederaan mangsa, bagaiman siling jatuh hospital serdang
Kawasan kejadian siling runtuh Hospital Serdang

Jika di ikutkan berita dari laman akhbar, kejadian siling runtuh Hospital Serdang kali pertama berlaku. Namun menurut berita semasa di televisyen, kejadian siling runtuh ini adalah kejadian yang kedua. Yang pasti kejadian siling runtuh ini bakal akan mencederakan orang awam di sebuah bangunan yang sepatutunya selamat. Menurut Menteri Kesihatan lagi…“Kita berharap siasatan forensik yang dijalankan dapat mengenalpasti punca kejadian dan ia boleh disiapkan dalam tempoh seminggu dan bukannya dua minggu seperti yang dinyatakan oleh pihak JKR,” dipetik ketika lawatan beliau selama sejam di kawasan kejadian di siling runtuh Hospital Serdang semalam.

Walaupun siling runtuh Hospital Serdang masih di dalam jaminan Kontraktor yang telah dipilih oleh Agensi berkaitan, namun kita lihat apakah tindakan yang telah dan akan dijalankan. Adakah sama seperti yang berlaku pada Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu? Namun begitu, kaunter sementara telah diwujudkan oleh pengurusan Hospital Serdang dan kawasan tidak selamat siling runtuh Hosptial Serdang di kawal selia dengan rapi. Membuat kami bertanya, bagaimana pula kawasan-kawasan lain yang mempunyai struktur sisling yang sama?

Sumber: BH 13/08/2012

Oleh itu, janganlah cepat melenting dan menuding jari. Semestinya dari Agensi yang terbabit sehingga ke kontraktor yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan siling runtuh Hospital Serdang yang harus di pertanggung jawabkan.  Pasukan khas yang bakal dijalankan (entah bila keputusan laporan akan disiarkan), untuk mengkaji semula kawasan bangunan kejadian, adalah lebih wajar mengkaji secara keseluruhan fungsi bangunan ketika ini oleh kerana kejadian sebegini mengakibatkan kawasan orang awam dan bangunan mempunyai kapasiti aliran pengguna yang sangat tinggi. Akbatnya kelak, doktor yang akan menjadi pesakit, dan bukannya pesakit yang datang untuk berubat, renung-renugkan dan selamat beramal-irsah indesign.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.