Ditulis oleh: Encik Ahmad E-Bidding, Selayang Selangor.
Terima kasih kepada Admin Irsah kerana memberi peluang kepada aku memberi sepatah dua kata.
Aku memang seorang kontraktor berkhidmat membantu jabatan dan agensi kerajaan dan pengguna tegar E-Perolehan.
Aku dan rakan-rakan aku banyak bekerjasama dengan Admin Irsah bagi melancarkan lagi perkhidmatan kami dengan kerajaan.
Terima kasih diucapkan diatas segala kerjasama yang Group Irsah telah berikan.
Mesti korang semua serba sedikit kenal apa itu E-Perolehan bukan?
Ada juga yang tahu menggunakannya termasuk mengisi tender, sebutharga dan juga E-Bidding.
Tapi kali ini, aku ingin berkongsikan sesuatu tentang E-bidding E-perolehan ini.
Bukan tujuan aku untuk mnengaibkan sesiapa, tetapi, mungkin tulisan aku ini boleh dijadikan pengajaran dan panduan bagi kontraktor-kontraktor yang senasib denagan aku.
Secara ringkas, E-bidding adalah salah satu cara untuk memperoleh kontrak tender dan sebutharga bagi menjalankan perkhidmatan dan bekalan dengan agensi kerajaan.
Secara ringkas, E-bidding adalah salah satu cara untuk memperoleh kontrak tender dan sebutharga bagi menjalankan perkhidmatan dan bekalan dengan agensi kerajaan.
Nama pun dah menyatakan segalanya, jadi kontrak kerajaan yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan, harus dibida atas talian, sehingga memperoleh harga kontrak terendah dari kalangan kontraktor (syarikat) terpilih.
Aku rasa ramai kontraktor macam aku, yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan dan bukannya bekalan dengan kerajaan, terlibat atau pernah dipilih untuk menyertai E-Bidding E-perolehan ini.
Bukan mudah untuk dipilih sebagai peserta E-Bidding ini kerana kontraktor (syarikat) harus menghantar dokumen teknikal dan kewangan yang diperlukan bagi melayakkan diri untuk memasuki E-Biding atas talian.
Aku mungkin, diantara segenggam kontraktor yang pernah berjaya dalam E-Bidding ini dan boleh dikatakan merasa pahit dan manis menguruskan kontrak melalui E-Bidding tersebut.
Baru-baru ini aku juga telah terpilih untuk menyertai E-bidding untuk sebuah agensi kerajaan, namun aku gagal sebab tidak membida pada harga terendah & sekadar menduduki tempat ke-2.
Baru-baru ini aku juga telah terpilih untuk menyertai E-bidding untuk sebuah agensi kerajaan, namun aku gagal sebab tidak membida pada harga terendah & sekadar menduduki tempat ke-2.
Jadi, kesimpulannya, bukan sekali ini aku mendapat keputusan sebegini, sudah hampir 5 kali dan masih tidak bernasib-baik.
Rezeki dan tahniah kepada syarikat yang menang.
Mungkin aku rasa aku tak mampu untuk membida harga terendah seperti syarikat yang menang itu.
Adakala buat aku berfikir, betul ke syarikat yang menang bida tersebut mampu menjalankan kerja-kerja berdasarkan kontrak tender/sebutharga seperti dinyatakan.
Korang nak tahu jawapannya?
Memang ada kontraktor yang gagal. Lebih-lebih lagi kontraktor baru dan segelintir yang lama yang ingin mencuba memperoleh kontrak tender dan sebutharga melalui proses E-Bidding Eperolehan ini kerana ketelusannya.
Memang ada kontraktor yang gagal. Lebih-lebih lagi kontraktor baru dan segelintir yang lama yang ingin mencuba memperoleh kontrak tender dan sebutharga melalui proses E-Bidding Eperolehan ini kerana ketelusannya.
Bukan nak kata, aku pro kerajaan, Kementerian Kewangan, Commerce Dot Com CDC atau pun kontraktor profesional, tetapi pengalaman mengerti ajar kedewasaan.
Aku dah lalui semua dan ingin juga nasihatkan korang yang ingin menceburi dunia kontraktor kerajaan ini.
Harap tidak menakutkan dan disalah tafsir.
Bila korang nak membida, pastikan korang dah kira siap-siap segala kriteria yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan berdasarkan kontrak tender dan sebutharga.
Bila korang nak membida, pastikan korang dah kira siap-siap segala kriteria yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan berdasarkan kontrak tender dan sebutharga.
Maklumlah, kontrak perkhidmatan seperti aku buat ini jenis jangka panjang, kadang-kadang 24-36 bulan.
Jadi korang fikirlah beberapa kos perbelanjaan korang dan gaji yang korang bakal berikan kepada kakitangan korang.
Ingatlah, bagi kontraktor macam aku ini yang terlibat dengan pembersihan bangunan dan pejabat, semua memerlukan kos. Dari pekerja sampai ke sewaan mesin dan bahan kimia pencuci pun harus ambil kira.
Ada terfikir tak, dalam 3 tahun kontrak korang nanti, takda ke kenaikan kos perkhidmatan dan bahan?
Sudah tentu punya!
Dalam perkhidmatan macam aku ini, bahan dan mesin pun di-control oleh mata sepet, korang ingat depa boleh bagi harga mesra ke sepanjang tahun.
Dalam perkhidmatan macam aku ini, bahan dan mesin pun di-control oleh mata sepet, korang ingat depa boleh bagi harga mesra ke sepanjang tahun.
Harus difikirkan. Lagi satu, aku tengok korang bagi harga bida pun tak munasabah.
Tak tahulah kenapa agensi kerajaan memilih jugak harga korang.
Ada pernah aku tempuh satu E-bidding E-Perolehan, yang menang harga lebih kurang RM 8K sebulan untuk kontrak perkhidmatan yang memerlukan 9 orang pekerja pembersihan.
Korang ada fikir tak, berapa agaknya gaji 9 orang pekerja kalau dibahagikan dengan bayaran oleh kerajaan sebanyak itu sebulan.
Aku calculate...
Lebih kurang RM 888.88 sebulan. Korang nak tahu. Gaji cleaner bukan lagi RM650 -RM800 sekarang ini.
PM dah umumkan harga RM900 minima gaji bagi cleaner sektor swasta, tak kan korang tak ambil kira.
Lagipun makciK² yang bakal kerja dengan korang pun bijak-bijak belaka.
Agak-agak lah letak harga supaya munasabah sikit. (Mungkin korang timbal balik dengan kontrak sedia ada kot?...)
Aku pun hairan, ada juga jabatan kerajaan yang memilih kontraktor yang menang tersebut.
Aku pun hairan, ada juga jabatan kerajaan yang memilih kontraktor yang menang tersebut.
Aku geleng kepala sebab, mungkin nasib buruk mereka.
Depan mata aku sendiri aku melihat kontraktor itu merayu supaya diolah semula harga kontrak ikut perkembangan masa.
Ingat begitu mudah ke?
Nak siap kan kontrak sebenar oleh pihak kerajaan mengambil masa 3-5 bulan. Ini lagi korang nak mintak perubahan?
Aku nak gelak pun tak boleh, jadi, di Irsah Blog lah aku coretkan untuk dikongsikan bersama.
Kesimpulannya, fikirlah dahulu, jangka panjang, akan segala kos yang terbabit untuk menjalankan perkhidmatan yang terbaik dengan kerajaan.
Kesimpulannya, fikirlah dahulu, jangka panjang, akan segala kos yang terbabit untuk menjalankan perkhidmatan yang terbaik dengan kerajaan.
Bagi aku yang dah lebih 6 tahun (mungkin lebih dari itu) berkecimpung full-time dengan E-Perolehan dan E-Bidding nih, banyak betul asam garamnya aku lalui.
Alhamdulillah, kesemua kontrak yang aku peroleh, berjaya dengan harga yang munasabah dan berjalan dengan jayanya sehingga kini.
Kiranya, staff aku happy, cleaner aku dapat bonus tiap-tiap tahun dan mereka tak bising akan kerja dilakukan.
Aku tahu, banyak kontrak tender dan sebutharga melalui E-Bidding ini kontraktor terpilih tak dapat perform.
Biasalah nak save sana sini.
Pandai-pandailah korang, janji korang tak di black list oleh kerajaan. Kalau tak, masalah bagi korang la kalau nak pergi bercuti ker Hatyai atau Battam ke (selepas sain kontrak).
Jadilah kontraktor profesional walaupun anda hanya sekadar syarikat enterprise.
Kontraktor Arab dan Orang Putih boleh buat, tak kan korang tak boleh kot? Apa pendapat korang atau cadangan ditutup!
Berkenaan penulis: En. Ahmad Ebidding, seorang Kontraktor perkhidmatan dan bekalan kerajaan sejak dari tahun 2000 dan aktif melibatkan diri dengan kontrak E-Perolehan dan E-Bidding Kementerian Kewangan Malaysia. Syarikat beliau sedang dan masih menjalankan perhidmatan dan memenangi berbagai anugerah kecemerlanagn dari agensi kerajaan yang memberikan kontrak. Seorang visionary dan berdisplin serta tegas dalam memastikan segala kerja diperoleh dilaksanakan dengan bermutu dan dengan jayanya.
Got It!
Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.
Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.