SSM E-Info–Dapatkan Profil Syarikat Anda Online

@ written .Thursday, April 12, 2012   

SSM E-Info–Dapatkan Profil Syarikat Anda Online
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Sempena hari pertabalan Yang Dipertuan Agung (YDA) yang jatuh pada hari Rabu 11/04/2012, irsah.com ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana masih menyokong adat dan warisan sistem beraja kita dan seterusnya memastikan sistem beraja kita sentiasa relevan dan berada pada tahap yang tertinggi. Umumnya, berbagai isu telah dilontarkan dari masa kesemasa terutamanya yang membabitkan institusi diraja kita ini, namun ia tidak sedikit pun dapat mengegarkan mahupun mengoyangkan sebuah sistem ketua negara yang unik, lagi penuh dengan adat. irsah dot com cukup berbangga dan terharu apabila melihat secara live pertabalan YDA tersebut yang penuh dengan perincian dan detailing adat istiadat diraja kita. Daulat Tuanku.





Oleh kerana pada hari tersebut telah diperkenankan hari cuti umum, ini tidak bermakna hari berehat bagi kami di meja irsah dot com. Kebetulan ada beberapa pengurusan dan kertas kerja yang harus dilaksanakan dan deadline nya 13/04…( 3 hari tuh), maka bergegas lah kami mengadakan sidang video dan update diantara kesemua tenaga kerja irsah dot com. Alhamdulillah, beberapa isu berbangkit telah diselesaikan dan kami berharap segala dokumentasi dapat dijalankan dengan lancarnya.

Dalam kesibukan mangatur strategi untuk deadline tersebut, kami telah menerima e-mel dari pemilik Nakar Resources. Antara keperluan yang diperlukan ialah update latarbelakang/profil syarikat dengan SSM atau lebih dikenali SSM E-INFO. Rupanya beliau memerlukan dokumen tersebut bagi diajukan kepada jabatan pada pagi 12/04. Jadi dengan tidak berlengah lagi, kami log-in sistem E-INFO (nasib baik baki akaun dengan SSM banyak lagi), seterusnya membeli profil syarikat Nakar Resources. Dalam masa kurang dari 2 minit, pihak kami memperoleh dokumen tersebut dan seterusnya menghantar sesalinan e-mel kepada pemilik Nakar Resources.

Ternyata, kemudahan sebegini sebenarnya dapat dimanfaat sepenuhnya kepada warga entrepreneur dan enterprise , lebih-llebih lagi yang tiada masa untuk berurusan agensi kerajaan yang berkenaan. Syabas dan tahniah kepada tenaga pengurusan SSM E-INFO kerana sejak pendaftaran serta pengurusan irsah dot com dengan sistem berkenaan, tidak pernah pihak kami mendapat masalah yang berbangkit (kecuali log-in yang lambat, itu pun pada peak hours…). Tetapi poin utama kami ialah, dokumen yang diperlukan oleh pihak kami diperoleh dengan cepat, pantas dan mudah sekali. Diharap pihak SSM E-INFO dapat meneruskan legasi kecekapan virtual anda dan bagi kami di irsah dot com akan sentiasa memastikan kemudahan anda akan sentiasa relevan.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.